Tragedi kemalangan yang tidak dijangka mengubah seluruh hidup seorang lelaki yang bernama Nick Scott. Dia berlawan dengan kesakitan, kekecewaan dan kemurungan sebelum dinobatkan antara insan paling memberi inspirasi dan kesedaran dalam arena kecergasan seluruh dunia.
Ahli bina badan merupakan pakar transfomasi. Mereka membentuk tubuh mereka mengikut rangka dan spesimen yang mengagumkan. Ada yang bermula tanpa lemak (lean), ada juga yang bermula seperti gadang (Sizing). Namun bagi Nick Scott, dia bermula untuk menyelamatkan dirinya.
“Hidup saya musnah. Saya melalui tekanan jiwa dan kemurungan yang parah. Depresi ini membuatkan berat badan saya naik sampai 137kg. Saya bertanya dalam hati, kenapa saya tidak mati maut sahaja sewaktu kemalangan itu?”.
Selama 14 tahun, Nick melalui pelbagai sesi terapi dan rehabilitasi. Kesakitan yang bukan kepalang bukan sahaja dirasai fizikal, malah memainkan minda, emosi dan perasaan Nick. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk merubah hidupnya 360 darjah.
Kini di majlis-majlis besar, Nick bangun dari kerusi roda, berjalan perlahan-lahan dengan kaki lumpuh ke podium pentas untuk memberi ucapan. Nick sengaja mencabar norma, bahawa kaki yang lumpuh tak bisa menghalang dia berdiri . Memberitahu dan memperlihatkan pada penonton dan seluruh dunia, kemalangan ini tak mematikan semangat dia. Nick jadikan tragedi hitam ini untuk membina Nick yang baru dengan badan yang lebih jitu. This is his story.
Hari malang
“Tahun 1998, ketika itu saya berusia 16 tahun. Masih sekolah tinggi. Saya memandu kereta putih saya untuk ke sesi latihan bola sepak. Tak diduga, tayar hadapan sebelah kiri tiba-tiba meletup, lantas membalik-balik kereta saya sebanyak lima kali. Kemalangan ini merosakkan tulang belakang saya. Doktor memberitahu saya lumpuh separa badan. Saya dimaklumkan tidak dapat berjalan lagi. Impian bola sepak saya terkubur pada hari itu juga.”
Kemurungan
Depresi mempengaruhi kehidupan saya pada setiap aspek. Dari aspek kehidupan sehari-hari, pemakanan, hubungan dan segala hal yang saya lakukan. Segalanya tak kena. Fikiran negatif menjejaskan minda saya. Saya merasakan seperti dilahirkan semula, tetapi dalam bentuk seorang bayi, yang tidak boleh pun menggerakkan kaki sendiri. Bayangkan, ketika itu saya masih remaja, hanya mampu melihat sahaja aktiviti yang kawan-kawan saya lakukan. Ia membunuh sanubari ini.
Anjakan paradigma
Tidak saya sangka, kembali ke gimnasium lebih memberi cabaran buat saya. Melihat semua orang dapat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan yang saya tidak dapat lakukan membuatkan saya terasa seperti orang yang tidak berguna. Namun, saya kuatkan semangat dan mencari kekuatan diri ini. Saya sedar, saya masih boleh melakukan bench press. Saya bisik dalam hati, kalau saya tak mampu buat apa yang orang buat, paling kurang, saya harus lebih kuat dari semua orang. Itu lah yang saya laksanakan. Bench pressing memberi saya suatu yang boleh saya fokus. It was precious to me, close to my heart. Bench pressing boosted my confidence.
Awareness
Ia sangat mengharukan bila orang melihat saya sebagai inspirasi. Saya suka membantu orang. I believe God had a different path for my life and I am in the wheelchair for a reason. Jangan putus harapan. Bangkit dan hadapi cabaran itu. Masa akan menyembuhkan fizikal dan mental. Cuma kamu perlu kuat semangat. Take it from someone who has been in the wheelchair for more than 14 years.
Nick Scott merupakan Presiden Wheelchair Athletics Inc dan CEO Wheelchair Bodybuilding Inc serta Pengasas Wheelchair Athletics Foundation, juga seorang atlet Paralimpik, Duta OKU Kebangsaan Amerika, usahawan, model kecergasan, pelakon, pakar motivasi, penulis dan penari ballroom profesional. Nick Scott juga merupakan satu-satunya jurulatih kecergasan di dunia yang mereka cipta gerakan work out terbaru khusus untuk atlet/orang kelainan upaya (mendapat pengiktirafan dari Ottawa University).
Diet Makanan Harian
Hidangan 1: 170g steak, 2 biji telur, oatmeal
Hidangan 2: Dada ayam, beras perang,1 mangkuk brokoli
Hidangan 3: Lean Beef (90%), 170g kentang
Hidangan 4: 170g dada ayam, 142g ubi keladi
Hidangan 5: 8 biji telur putih, 1/4 mangkuk almonds , brokoli
Hidangan 5: 2 scoops serbuk protein + 1 scoops Carb Powder
Rutin Senaman
Isnin: Back – (3-4 set,8-12 rep) ; Wide-Grip Lat Pulldown + Close-Grip Front Lat Pulldown + One Arm Dumbbell Row + Seated Cable Rows
Selasa: Chest– (3-4set,8-12rep) ; Smith Machine Bench Press + Leverage Incline Chest Press + Cable Crossover + Straight-Arm Dumbbell Pullover
Rabu: Rehat
Khamis: Shoulders & Traps – (2-4set,8-12 rep) ; Seated Barbell Military Press + Side Lateral Raise + Front Dumbbell Raise + Reverse Machine Fives + Smith Machine Shrug
Jumaat: Biceps & Triceps – (3-4set,8-12rep)Barbell Curl, Dumbbell Alternate Curl + Hammer Curls + Biceps Cable Curl + Smith Machine Close-Grip Bench Press + Triceps Pushdown + Lying Triceps Press + Triceps Pushdown Rope Attachment
Sabtu – Quads – (2-4set,8-12rep) Leg Press + Leg Extensions + One leg Leg Press + (3-4set,15-20rep) Cable Crunch + Ab Crunch Machine + One Arm High Pulley Cable Side Bends + Hanging Leg Raise
Ahad : Rehat