Macam mana bentuk badan nak sasa kalau anda selalu buat kesalahan masa workout? Ingat! Apabila anda melakukan workout dengan teknik yang betul, bukan saja bentuk badan jadi sasa, malah dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan.
Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa. Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti memberi pelbagai faedah.
Antaranya meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya.
Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu ketika melakukan latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah-langkah yang betul.
Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout kerana anda terlepas pandang. Perhatikan 5 kesalahan ini dan jangan sesekali buat. Kalau tak susahlah bentuk badan nak sasa.
1. Tidak belajar teknik asas daripada pakar
Ads
Ramai lelaki yang buat workout tidak mengamalkan teknik yang betul. Ini terjadi apabila mereka melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapatkan ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai.
Malah ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan (limitation) dan sebagainya. Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan.
Oleh itu, melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam. Malah jika anda melakukan teknik yang salah, ia akan mengakibatkan berlakunya kecederaan serta membuang masa dan tenaga.
2. Tidak buat pemanasan badan dan regangan
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal.
Ads
Manakala regangan pula dilakukan selepas workout bagi tujuan untuk mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan dan memaksimumkan prestasi workout, selain mengurangkan risiko berlakunya kecederaan.
3. Tak ambil makanan & minuman berkhasiat
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gym atau taman rekreasi. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum melakukan workout. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak tersebut akan menentukan prestasi kereta anda.
Sama seperti tubuh, anda memerlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik pula membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.
Ads
4. Tidak mempelbagaikan pergerakan
Bagi anda yang inginkan bentuk badan sasa dan solid, amat digalakkan untuk anda mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh anda akan lambat terbentuk.
Ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda mempelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding lelaki yang hanya melakukan latihan asas dan mengangkat dumbbell sahaja.
5. Kejar kuantiti bukan kualiti
Ramai yang komplen workout yang dibuat tak menjadi, padahal cara anda tak bersungguh-sungguh. Untuk menampakkan anda buat workout, anda pulun semua aktiviti di gym. Sudahnya anda sendiri yang keletihan tapi hasilnya tak ada.
Jangan sesekali mengejar kuantiti workout dalam sehari kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil. Jika anda mahukan keputusan yang terbaik untuk tubuh anda, anda perlu melakukan workout yang serius. Sebaik sahaja anda mula bersenam dengan tujuan sebenar, anda akan dapati workout anda menjadi lebih mudah dan hasilnya akan lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak dapat dinafikan, susu kambing memang mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kita. Antara khasiat yang baik untuk kita ialah kandungan kalsium yang tinggi, kurang tekanan perncernaan, sesuai untuk pengidap anemia, mengimbangi asid lemak dalam tubuh, tinggi potassium dan kaya dengan protein.
Namun jangan pula anda minum susu kambing mentah yang tidak diproses terlebih dahulu. Baru-baru ini telah dilaporkan seramai 8 individu telah dijangkitio dengan wabak brucellosis akibat meminum susu kambing mentah daripada sebuah ladang ternakan.
Hasil sisatan lanjut juga mendapati susu diminum mangsa telah dicemari kuman Brucella, sejenis kuman merbahaya yang boleh membawa maut!
Malah sebenarnya penjualan susu mentah juga menyalahi undang-undang kerana ia bertentangan dengan Akta Makanan 1983 yang membawa hukuman denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak melebihi 5 tahun.
Selain bakteria Brucella kuman lain yang merbahaya ialah mycobacterium bovis dan MERS-CoV yang juga boleh membawa maut.
Sesetengah orang mengambil susu mentah gara-gara percaya ia dapat meningkatkan ketahanan badan. Malah ada beranggapan ia boleh menjadi tonik hari atau merawat penyakit seperti demam kuning. Tak kurang juga ada yang suka minum susu mentah kerana suka akan rasa eksotiknya.
Foto: Public Health Malaysia
Pengguna perlu bijak membezakan susu mentah dan susu yang melalui proses pempastueran suhu ultra tinggi (UHT) atau paling minimum dipanaskan pada susu tertentu.
Meminum susu mentah juga amat merbahaya terutamanya kepada golongan orang tua, wanita hamil dan juga kanak-kanak kerana sistem kekebalan atau imunisasi yang rendah.
Selain itu, meminum susu mentah juga boleh meningkatkan risiko kepada pelbagai jenis penyakit yang boleh mengganggu fungsi ginjal dan juga pencernaaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hipertensi datang tanpa diundang dan ia tidak mempunyai sebarang simptom seperti penyakit lain. Tetapi awas! kerana apabila menyerang ia akan berfungsi sebagai penyebab utama kepada penyakit berbahaya lain seperti angin ahmar atau strok, sakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang iaitu Chronic Renal Failure.
Doktor pakar Dr Hamid Arshat kongsikan 5 cara berkesan untuk mengawal penyakit darah tinggi.
Berikut antara perkongsian beliau:
Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun keatas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi. Saya pun bila kepenatan dan stress, tekanan darah saya naik 150/90 Mm Hg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal . Alhamdulillah biasanya pressure saya 130/80 mm Hg.
Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding-dinding (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan kolestrol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.
Bila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ-organ terpenting.
Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain-lain gejala kesihatan.
1. Kawal berat badan.
Kegemukkan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan-makan bergula dan karbohidrat. Kurangkan makanan-makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, chocolate manis. Jauhkan air minuman soda.
Kurangkan makan daging merah – lembu dan kambing.
2. Lakukan Senaman
Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Senaman meningkatkan aliran darah kepada tisu-tisu dan organ. Disamping menurunkan kolestrol dan gula dalam darah. Senaman mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.
3. Kawal stress.
Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan deep breathing exercises, yoga.
4. Vitamin Tambahan
Makanan2 yang mengandongi vit C, beta carotene, flavonoid, antioxidant bolih bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel-sel dan tisu-tisu. Sayur- sayuran hijau bayam, sawi,
Ulam-ulaman – ulam raja, sambung nyawa, mint.
Jus ulam raja, selain bertindak mengawal cholesterol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser.
Buah2- mangga, tembikai, keledek merah, carrot, berries
5. Amal Jus Buah-Buahan
Amalkan minum juice lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit khususnya selepas makan daging. Air limau boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti inflammatory.Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-dua mengandungi bahan antioxidant dan anti inflammatory.
6. Juga amalkan Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandungi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.