Kalau Bertengkar Lelaki Atau Perempuan Selalu Mengalah?

Share

Elak sewaktu bertengkar!

Hubungan anda dan pasangan kurang menyenangkan kebelakangan ini? Dalam hubungan, pertengkaran merupakan sebuah hal yang tidak dapat dielakkan. Namun, ketika anda sedang marah atau kesal dengan si dia, ada baiknya untuk tidak menyebutkan hal ini demi memancing emosinya.

We’re Done. It’s Over

Kata-kata itu merupakan mantera yang akan segera anda kesali sebaik anda mengucapkannya. Jika tidak benar-benar bermaksud untuk mengatakannya, ada baiknya untuk berfikir dua kali sebelum mengucapkannya. Kata-kata sebegini tidak matang jika diucapkannya sewaktu pertengkaran.

Body Insult

Perlu diingat untuk tidak menyentuh perihal keadaan tubuh si dia ketika sedang bertengkar. Contohnya menyinggung tubuh badannya yang mempunyai lemak kerana sekian lama tidak menghabiskan masa di gimnasium, atau bentuk hidungnya yang tidak sempurna. Sama seperti anda yang tidak mahu dikatakan gemuk, lelaki juga tidak suka jika kekurangannya diungkit-ungkit dalam hubungan.

Membandingkan diri

Jangan membandingkannya dengan pasangan anda terdahulu. Setiap orang diciptakan berbeza-beza dan tidak ada satu pun yang sempurna. Secara logiknya, jika anda begitu menyanjung pasangan anda, mengapa dulu memutuskan hubungan dengan mereka?

Mengungkit masa lalu

Jangan sesekali mengungkit masa lalu anda di hadapan si dia. Contohnya menyangkutpautkan pertengkaran anda dengan kesalahan si dia yang lalu. Tak peduli seteruk mana kesalahannya kali ini, namun jika anda sudah memaafkan kesalahannya, maka janganlah mengungkitnya kembali. Jika anda memang belum memaafkannya, tidak baik jika terus membangkitkan kesalahan silamnya itu secara berterusan. Everyone makes mistakes, stop blaming him for the past mistakes, and move on.

Egois

Kata-kata seperti ‘stop’, ‘dengar penjelasan dulu’ atau ‘cukup’, ‘kamu terlalu berlebihan!’ sebaiknya jangan pernah keluar dari mulut anda. Hal tersebut akan memancing emosi si dia sehingga menyebabkan pertengkaran yang akan berlangsung lebih lama dari yang seharusnya, dengan tingkat kemarahannya yang semakin menjadi-jadi tentunya. Ingat, jangan melawan api dengan api. Dengarkan penjelasannya, tenangkan si dia jika memang terlalu berlebihan, setelah itu sampaikan alasan-alasan anda dengan tenang. Minta si dia untuk tidak memotong bicara anda seperti anda tidak memotongnya. Lalu, berikan solusi yang tepat untuk permasalahan anda berdua. 

 

 

Published by
Kim Rahim