Kalau Berjaya Elak 8 Makanan Ini, Boroi & Paha Bergesel Pun Susah Nak Dekat!

Share

Perut boroi dan paha bergesel merupakan antara perkara yang setiap orang ingin elakkan. Selain senaman, pemakanan juga harus dijaga. Barulah anda boleh jauhi berlakunya perut boroi dan paha bergesel.

Bukan sahaja demi kesihatan, anda juga pasti tidak selesa miliki perut boroi sehingga sendat untuk memakai baju. Apatah lagi bila paha bergesel, akan menyukarkan pergerakan harian anda.

Selain melakukan senaman secara rutin, pemakanan juga harus dijaga jika anda ingin elak masalah perut boroi dan paha bergesel. Ini merupakan antara 8 jenis makanan dan minuman yang anda perlu elak dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

BACA: Sambil Baring Pun Boleh Buang Perut Buncit. Caranya, Dengan 5 Senaman Mudah Ini!

1. Produk kaya tepung

Roti putih dan produk dengan kandungan tepung yang diperkaya adalah antara makanan yang perlu anda elak. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, belilah roti penuh gandum dan pasta.

BACA: Kenapa Anda Kena Kurangkan Makan Roti Putih? Ini 7 Kesannya Untuk Kesihatan

2. Minuman di kedai kopi

Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan harian mereka dengan minum kopi. Sama ada kopi o atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan minuman kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesanlah kopi o kosong dan tambahkan dengan sedikit susu, krimer atau gula mengikut keperluan anda sendiri.

BACA: Selain Beri Tenaga Palsu, Ini 5 Bahaya Serbuk Kopi Instant 3-In-1 Perlu Anda Hadapi

3. Minuman berkarbonat

Minuman berkarbonat manis dan bersifat ketagih. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagihan terhadap air ini.

Anda perlu tahu bahawa, minuman berkarbonat hampir tidak mempunyai khasiat pun. Jadi ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Ambillah air masak dan jus buah-buahan segar jika anda memerlukan gula.

BACA: Lihat Apa Yang Berlaku Dalam Badan Selepas Sejam Ambil Minuman Berkarbonat

4. Makanan atau minuman pek segera (instant)

Kebanyakan makanan pek segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi dan sangat tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula dan krimer ke dalam badan anda, sekali gus boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penting untuk anda elak kerana kebanyakannya mengandungi kalori yang tinggi. Atau setidak-tidaknya kawal pengambilan makanan dan minuman ini.

BACA: Pakar Pemakanan Ajar Cara Betul Masak Mi Segera Untuk Kurangkan Kesan Lilin & MSG!

5. Makanan dalam tin

Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan kandungan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

6. Makanan bergoreng

Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng menggunakan mentega atau telur yang banyak. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, goreng sendiri makanan tersebut agar anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikannya dengan resipi anda.

BACA: 4 Keburukan Ambil Makanan Yang Tidak Berkhasiat, Anda Perlu Elakkannya!

7. Makanan segera

Siapa yang tak suka makan burger dan kentang goreng kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak, malah jarang-jarang ia mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1-2 kali sahaja setiap bulan.

8. Snek buah-buahan

Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah-buahan yang segar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambahkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan, namun snek seperti ini mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semula jadi dan segar daripada anda ambil snek buah-buahan ini.

BACA: Wajib Makan 10 Buah-Buahan Ini Setiap Hari, Kalau Nak Tubuh Berotot Lebih Cepat!

Published by
Roselinda