“Jika berani dan rasa diri ‘anak jantan’, sertailah Askar Wataniah”, demikian seru pelakon Ashraf Muslim.
Menerusi perkongsian video di laman Tiktok, Ashraf Muslim mengajak orang ramai untuk menyertai dunia ketenteraan sebagai askar sukarela atau juga dikenali sebagai Askar Wataniah.
Ashraf Muslim menjelaskan terdapat banyak ilmu dan kemahiran berguna yang boleh diperoleh dengan menjadi seorang Askar Wataniah seperti ilmu senjata, ilmu kelangsungan hidup (survival) dan banyak lagi.
Bagi pelakon berusian 43 tahun itu, amat rugi jika ilmu berguna sebegitu tidak dipelajari.
“Saya nak beritahu kepada mereka di luar sana yang berminat dengan dunia ketenteraan, askar, senjata dan kelangsungan hidup, ada ilmu-ilmu itu dan rugi kalau kita tak belajar,” kata Ashraf.
“Bukan suruh jadi askar sepenuh masa, tapi sukarela. Askar sukarela adalah askar simpanan dan ada banyak kelebihan dan kebaikan untuk diri kita, keluarga kita, orang di sekeliling kita, tempat tinggal kita dan akhir sekali, negara kita.
Ads
“Jadi, mungkin ada yang di luar sana nak menjadi sebahagian dalam ketenteraan, boleh bersama-sama dengan saya, bersama-sama kami askar wataniah dan sesiapa yang berada di Lembah Klang nak masuk ke 515 (Rejimen 515), saya syorkan datang sebab kita ada latihan,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem terkenal Aku Masih Dara itu memaklumkan kini sedang berlangsung beberapa sesi latihan antaranya Latihan Aplikasi Peperangan Konvensional (CW) dan Peperangan Melawan Insurgensi (CIW).
“Contohnya, sekarang kita ada latihan APMS, kita ada buat latihan medan di Bentong. Jadi, sedang dilakukan CIW dan CW. Sangat menarik,” ujarnya lagi.
Ads
Oleh itu, Ashraf mengajak orang ramai untuk memanfaatkan masa mempelajari ilmu dan Kemahiran tersebut berbanding menghabiskan masa menonton cerita atau bermain permainan telefon.
“Jadi, kepada yang berminat, asyik tengok cerita atau main permainan di telefon, apa kata cuba rasa bagaimana.
“Kalau berani lah, kalau berani. Kalau rasa anak jantan. Mari sertai askar wataniah,” katanya.
Ads
Terdahulu, aktor berusia 43 tahun itu telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada Mac lalu.
Sejak beberapa hari lalu, isu kejadian buli semakin rancak dibualkan oleh warga maya.
Apa tidaknya, nasib malang yang menimpa seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnani yang maut akibat dibuli pada 2017 meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat.
Allahyarham bukan sahaja dibelasah beramai-ramai, malah pembuli turut bertindak kejam menekap seterika wap pada seluruh tubuhnya termasuklah di bahagian sulit.
Beberapa hari lalu, seorang pelajar tingkatan dua nekad melarikan diri dari sebuah sekolah berasrama penuh dekat Cheras.
Memetik laporan Berita Harian, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi atau lebih mesra disapa Enel itu mendakwa sudah tidak tahan dibuli di sekolah berkenaan.
Ibu bapa mana yang tidak bimbang jika seorang anak semuda itu nekad untuk mengambil tindakan sedemikian.
Saluran Aduan Buli KPM
Namun tahukah anda yang anda boleh memuat laporan mengenai sebarang kejadian buli menerusia empat saluran utama disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Menurut kenyataan KKM bertarikh 9 Disember 2023, empat saluran berkenaan ialah menerusi talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatApp, emel adubuli@moe.gov.com dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awan (SISPAA).
Saluran ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar dan ibu bapa, malah masyarakat juga boleh menggunakannya jika mengesyaki sebarang kejadian buli di sekitar mereka.
Selain itu, aduan mengenai gangguan seksual yang berlaku di kalangan pelajar sekolah juga boleh diadukan menerusi saluran ini.
Sebagai masyarakat, bukalah mata dan telinga kita untuk lebih peka dengan kejadian-kejadian buli
Manfaatkan saluran ini dengan sebaiknya agar tiada lagi mangsa yang terkorban di saat masa hadapan mereka masih jauh untuk mereka terokai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tidak suka melancong dan pergi travel? Ramai diantara kita yang memang sukakan aktiviti melancong, tambahan pula pergi bercuti dengan rakan-rakan atau orang yang korang sayang kan. Tapi kalau travel ke negara orang, perkara pertama yang perlu kita lalu ialah pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Setiap traveller mahu untuk berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan tanpa sebarang masalah. Untuk berjaya pemeriksaan keselamatan di setiap checkpoint, kita harus bersedia dari awal.
Ini perkara yang anda patut elakkan ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang supaya mudah untuk anda lepas yang dikongsikan di laman tmplbackpackers.my.
1. Jangan bawa cecair melebihi 100ml
Ramai yang tahu, untuk menaiki kapal terbang, kita dilarang sama sekali memebawa barang berbentuk cecair di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun, masih ramai yang terlupa tentang peraturan ini. Jadi ingat, jangan bawa cecair seperti perfume, gel rambut, sabun dan sebagainya ke dalam kapal terbang. Kalau tertangkap ia akan menyusahkan anda dan juga melambatkan keadaan.
2. Jangan simpan cecair dan gel di tempat yang susah dicapai dalam beg handcarry
Tentu menambahkan tekanan buat anda yang tersangkut di kaunter pemeriksaan dek kerana terbawa cecair yang melebihi 100ml dan ditambah menyusahkan pula bila cecair yang anda bawa di dalam beg tangan anda berada jauh di dalam beg. Tentu anda perlu menggali beg anda untuk mencarinya. Jadi, pastikan anda meletakkan barang-barang seperti ini ditempat yang mudah untuk dicapai.
3. Jangan tunggu untuk menanggalkan barang-barang yang perlu ditanggalkan.
Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan, apa kata terus bersedia untuk menanggalkan barang-barang seperti tali pinggang, dompet, jam tangan dan apa sahaja barang yang ada di dalam poket anda.
Setelah selesai membuat pemeriksaan, pakai semula semua barang tadi ditempat yang jauh dari kaunter pemeriksaan. Baru la tidak mengganggu perjalanan orang lain di kaunter pemeriksaan.
4. Jangan keluarkan barang yang tidak perlu
Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai traveller ialah mengeluarkan semua peranti elektronik untuk diperiksa secara berasingan. Tidak perlu pun sebenarnya. Hanya peranti elektronik yang mempunyai saiz seperti standard laptop atau lebih seperti playstation atau X-box atau video camera yang menggunakan casing perlu dikeluarkan untuk diperiksa secara berasingan.
5. Elakkan barisan yang mempunyai keluarga atau kanak-kanak
Sebelum masuk beratur di barisan tu, perhatikan dahulu kalau-kalau ada keluarga atau kanak-kanak di dalam barisan tersebut. Kalau ada, elakkan barisan tersebut. Travel solo atau berdua dengan travel dengan keluarga dan kanak-kanak ni berbeza. Kalau kita dengan keluarga pun kan mesti macam relaks-relaks juga kan?
6. Jangan menyusahkan pegawai yang memeriksa anda
Ingat jangan menyusahkan atau bertekak dengan pegawai keselamatan di kaunter pemeriksaan. Ditakuti anda tidak akan diberi pelepasan semasa pemeriksaan. Tambah parah lagi jika pihak berkuasa seperti polis sudah campur tangan. Apa kata, ikutlah undang-undang penerbangan yang telah ditetapkan.
7. Jangan bergurau atau buat lawak tentang keselamatan negara atau bom
Ini lagi satu kesalahan yang berat juga. Mungkin kita ingat ianya hanya gurauan, tetapi kita tidak tahu penerimaan orang lain tentang gurauan kita. Untuk pengatahuan semua, pegawai-pegawai yang berada di kaunter pemeriksaan bersikap begitu berhati-hati dan begitu mengambil serious dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara dan awam. Jadi, jaga mulut anda!
Jom ikuti tips ini semua. Harap tak la termiss flight jika anda ada melakukan perkara-perkara di atas tadi.
Sumber : tmplbackpackers.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda terdapat 19 bahan dalam kebanyakan sabun anti-bakteria? Pentadbiran Makanan dan Ubat AS melakukan dan mengharamkannya daripada sabun dan mencuci. Kenapa anda perlu menghentikan penggunaannya?\
1. Tidak berkesan berbanding sabun biasa.
Dalam penyelidikan selama 42 tahun, tiada bukti telah diketahui bahawa membuktikan sabun antibakteria lebih berkesan. Bakteria ini mensasarkan bakteria, bukan virus seperti selesema. Virus menyebabkan penyakit yang meluas.
2. Mungkin mencipta antibiotik.
Penggunaan bahan kimia antibiotik yang lebih besar menyebabkan mutasi rawak dalam bakteria yang membolehkannya bertahan pendedahan. Semakin sering kita menggunakan bahan kimia, semakin kuat mutasi.
3. Mungkin bertindak sebagai pengganggu endokrin.
Salah satu bahan dalam sabun ini ialah triclosan, yang seolah-olah mengganggu keupayaan tubuh untuk mengawal selia tiroid. Ini berlaku kerana triclosan menyerupai hormon manusia dan boleh menipu sistem yang bergantung pada tiroid. Ini boleh menyebabkan ketidaksuburan, akil baligh, obesiti atau kanser.
Tubuh mempunyai masa yang sukar untuk memproses triclosan. Dalam satu kajian mengenai kesan sabun antibakteria, triclosan didapati dalam menggunakan sampel 75% daripada subjek yang diuji, menunjukkan bagaimana tubuh kita menyerap dan mengekalkan kimia.
4. Membunuh bakteria yang baik.
Dengan mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada bakteria, sistem imun mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengalami alergi seperti demam hay. Pendedahan kepada bakteria pada usia muda diperlukan untuk sistem imun berfungsi dengan baik sebagai orang dewasa.’
5. Tidak baik untuk alam sekitar
Sabun mengalir ke longkang dan kembali ke alam sekitar. Ia boleh membahayakan alga, yang menjadikan banyak oksigen dunia dan merupakan permulaan rantaian makanan.