Selalu dengan tentang bangkit tubi? Pasti ramai yang menjawab ‘Ya’ tetapi apakah anda tahu rahsia dan keistimewaannya?
Selain boleh kempiskan perut, latihan bangkit tubi memberikan beberapa manfaat kepada diri kita seperti:
1. Bakar lemak secara komprehensif
2. Bentukkan six-pack
3. Tegangkan otot perut
4. Nampakkan badan lebih fit
Sehubungan itu, menjadi satu kerugian jika seseorang lelaki itu tidak pernah mahu mencuba untuk melakukan senaman bangikit tubi ini.
Menerusi entri ini, apa kata pembaca ambil kesempatan untuk buat bangkit tubi berlandaskan kaedah-kaedah ini :
Mulakan gerakkan dalam posisi baring di atas lantai sambil kedua-dua belah kaki dibengkokkan pada lutut
Letakkan tangan di belakang kepala atau disilangkan dan dirapatkan ke dada.
Perlahan-lahan tolak atau bawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut.
Selang-selikan dengan gerakkan membawa tubuh ke belakang semula dan berhenti mengikut kemampuan. Pastikan kaki kekal dalam keadaan membengkok.
Rasakan kontraksi pada otot perut ketika melakukan gerakkan ini.
Setelah serasi dan mahir, cuba bawa tubuh kebelakang dan bertahan selama 10 hingga 20 saat, bermaksud turunkan badan dalam posisi baring dengan cara pelahan-lahan selepas membawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut. Pastikan tidak biarkan tubuh mencecah lantai.
Ulang gerak senaman ini sebanyak 8 kali atau lebih.
Sekiranya anda sudah mulai selesa dengan cara ini, sebaik-baiknya pastikan postur tubuh badan dalam keadaan tegak dan tidak terlalu membongkok.
Apa-apa pun, MASKULIN ingin ucapkan selamat mencuba dan semoga anda berjaya dapatkan bentuk badan yang fit.