Bagi anda yang ingin meningkatkan daya tahan otot dan menjadikan perut tegang, bangkit tubi merupakan antara senaman yang paling sesuai untuk diamalkan.
Selain menjadikan badan lebih fit, senaman ini juga bagus kerana ia memiliki kelebihan dalam membakar lemak secara komprehensif.
Bahkan anda tidak perlu pening kepala untuk melakukannya kerana senaman ini tidak memerlukan ruang yang banyak bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana.
Apabila anda sudah tahu kelebihan dan rahsia mengamalkan senaman bangkit tubi ini, rugi rasanya jika anda tidak melakukannya setiap hari demi mendapatkan perut mantap.
Senaman ini baik dan membawa manfaat jika anda dapat melakukannya dengan cara yang betul dan tepat.
Untuk melakukan bangkit tubi, pastikan anda mengikuti cara-cara ini agar anda boleh mendapat otot perut seperti yang anda idam-idamkan.
Ads
1. Posisi
Mulakan gerakkan dalam posisi baring di atas lantai sambil kedua-dua belah kaki dibengkokkan pada lutut
2. Tangan
Letakkan tangan di belakang kepala atau disilangkan dan dirapatkan ke dada.
3. Gerakan badan
Perlahan-lahan tolak atau bawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut.
Ads
4. Arah
Selang-selikan dengan gerakkan membawa tubuh ke belakang semula dan berhenti mengikut kemampuan. Pastikan kaki kekal dalam keadaan membengkok.
Rasakan kontraksi pada otot perut ketika melakukan bangkit tubi ini.
6. Tahan
Setelah anda semakin serasi dan mahir, cuba bawa tubuh ke belakang dan bertahan selama 10 hingga 20 saat. Maksudnya, anda turunkan badan dalam posisi baring secara pelahan-lahan selepas membawa tubuh ke hadapan menghampiri lutut. Pastikan anda tidak membiarkan tubuh mencecah ke lantai.
Ads
7. Ulang semula
Ulang senaman ini dan lakukannya sebanyak 10 kali, tiga set untuk setiap kali senaman.
Sekiranya anda sudah semakin selesa dengan cara ini, sebaik-baiknya anda pastikan postur tubuh badan berada dalam keadaan tegak dan tidak terlalu membongkok.
Amalkan secara konsisten setiap hari untuk anda mendapatkan otot perut yang mantap dan kurang buncit.
Sebagai seorang lelaki dewasa anda memerlukan sekurang-kurangnya enam sehingga lapan jam waktu tidur dalam sehari.
Ini bagi memastikan anda dapat berfungsi dengan baik pada keesokan harinya untuk mengharungi apa jua aktviti dan juga kerja.
Masalah kurang bukanlah satu perkara asing untuk golobgan lelaki. Kurang tidur sebenarnya sangat tidak elok untuk kesihatan. Apatah lagi jika perkara ini berlanjutan dalam tempoh yang lama. Mungkin anda tak sedar sebenarnya anda seorang yang tak cukup tidur.
Tapi tubuh badan anda tidak akan dapat menipu. Jika anda ada simptom salah satu 5 ini, itu bermakna kulaiti tidur anda sangat rendah.
1. Badan sangat letih walaupun baru bangun tidur
Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna anda kurang tidur. Maka dengan itu harus ubah masa tidur dengan kadar segera. Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Jika berada di tempat kerja anda susah bnak berikan fokus. Bila dalam meeting pujn anda boleh terlelap! Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang.
3. Set alarm lebih daripada satu
Setiap pagi anda pasti ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm telah anda set-kan. Jika anda mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang diingini. Badan dan kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.
4. Tak boleh survive tanpa kafein
Oleh kerana mengantuk anda pasti akan mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang diambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.
5. Badan tak mampu melakukan banyak aktiviti dalam sehari
Ini petunjuk jelas yang anda kurang tidur. Jika badan sudah penat memang korang tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah walauoun masih muda remaja tetapi setiap orang memerlukan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Banyak cerita yang berleluasa sehingga kini tentang keburukan gula. Hakikatnya, gula bukanlah penyebab utama masalah kesihatan terutamanya kepada kita rakyat Malaysia. Menurut pakar kimia, penyakit jantung dan obesiti bukanlah disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan, tetapi puncanya ialah kerana lemak tepu didalam gula yang dijual dipasaran.
Mitos : Gula punca gemuk dan penyakit
Perkara sebenarnya, gemuk dan penyakit itu berpunca dari kandungan kalori yang tinggi. Gula mudah dihadam oleh badan dan ini membuatkan kalori dibawa bersama-sama gula sambil kita masih tidak puas untuk merasa makanan yang manis. Hal ini menjadi punca utama penyumbangan kalori ke dalam badan.
Mitos : Pemanis semula jadi lebih baik dari gula biasa
Tidak! Semua pemanis lain seperti madu, sirap maple dan stevia memberikan kesan yang sama kepada badan anda. Ada kajian lain menyatakan bahawa pemanis didalam buah-buahan juga memberi kesan yang sama. Bahkan lebih teruk lagi ianya boleh membuatkan perubahan hormon justeru selera makan anda meningkat.
Mitos : Gula tidak bagus, Kurangkan gula adalah bagus
Gula sangat diperlukan oleh otak. Ketiadaan gula boleh membuatkan otak anda lembab dan tidak cerdas. Masalah ini berpunca daripada peniaga produk atau industri yang selalu menjaja tagline seperti “sugar free” dan “no sugar added”. Hal ini menimbulkan persepsi yang salah kepada pengguna. Pengguna harus tahu, didalam produk-produk seperti ini, biasanya mereka akan menggunakan pemanis atau gula artificial yang boleh memberikan kesan lebih buruk dari gula biasa.
Mitos : Jus buah-buahan lebih baik dari gula biasa
Tidak! Gula didalam buah-buahan tetap adalah gula yang sama. Glukos dan fruktos juga diproses dalam badan dengan cara sama tidak kiralah dari mana sumber asal gula itu datang. Akan tetapi, kita tidak boleh menidakkan bahawa makan buah-buahan bagus untuk kesihatan kerana ia mengandungi vitamin. Ianya tetap bagus cuma fakta bahawa gula buah-buahan lebih bagus dari gula biasa itu adalah salah!
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Syed Saddiq yang merupakan Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini menyelaskan pendiriannya mempertahankan atlet selepas kenyataan tentang ahli sukan Terengganu harus memakai pakaian patuh syariah mulai 2019 dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS.
Pemain-pemain di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula musim depan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar itu bagaimanapun hanya melibatkan pemain Muslim sahaja.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju mengenai hal ini menerusi Instagramnya.
Syed Saddiq membuat kenyataan tidak bersetuju dengan dasar itu dan mengatakan pilihan atlet sepatutnya dihormati kerana mereka adalah hero dan heroin.
Tolong hormat pilihan hero dan heroin kita. Jangan kacau mereka! Sukan adalah untuk semua dan atlet kita adalah hero dan heroin. Saya rasa perlu untuk mempertahankan mereka kerana mereka adalah aset negara. Ini membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, terjun, renang dan bina badan akan turut terjejas.
Menurutnya lagi, ramai atlet yang sudah menyumbangkan pingat untuk negara dan memberi inspirasi kepada semua termasuk dirinya.
Ramai atlet Muslim yang telah menyumbangkan pingat kepada negara antaranya Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (terjun) dan Sazali Samad (bina badan). Mereka bukan hanya penyumbang pingat tetapi turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan saya sendiri.
Tetap pertahankan atlet
Tegas menteri muda ini lagi, Pocket-Rocket Man, Azizul Hasni Awang juga berasal dari negeri itu dan berjaya di peringkat dunia. Syed Saddiq juga mempertahankan atlet dan menyokong pilihan pakaian mereka.
Hero kita, Azizul Hasni Awang yang juga atlet berbasikal terbaik dan diberi pengiktirafan antarabangsa juga berasal dari Terengganu, walau apa pun pilihan pakaiannya.
Saya akan mempertahankan mereka tanpa mempedulikan apa yang dipakai. Tolong jangan kacau mereka!
Pendirian dikritik netizen
Biar Kerajaan Terenganu Tangani Sendiri
Malaysia sebagai negara Islam
Sumber : Instagram Syed Saddiq
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.