Perahan jus limau kasturi bukan saja sedap ditambah dalam masakan dan minuman tetapi keistimewaannya tidak terhenti setakat itu sahaja.

Banyak lagi khasiat lain yang mungkin anda belum ketahui seperti kulit limau kasturi pun boleh digunakan untuk kurangkan sesetengah penyakit seperti lelah dan sakit tekak.

Kalau anda nak tahu, ini 10 manfaat yang sangat hebat untuk tubuh manusia dan rugi kalau tak cuba amalkannya :

1. Hilangkan batuk

Campurkan limau, kicap serta garam. Minum setiap pagi dan juga malam. Anda akan merasakan batuk anda akan beransur pulih.

2. Ubat demam

Petiklah dua hingga empat genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk tuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

IKLAN

3. Ubat Ketiak

Siapkan limau kasturi yang dicampur dengan kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pada setiap pagi dan petang.

4. Ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

IKLAN

5. Mengurangkan Lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah.

6. Cairkan lemak

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

IKLAN

7. Hilangkan kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8. Berkesan hilang kesan degil minyak pada baju

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9. Wangikan rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10. Berkesan kilatkan cermin mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh di sekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih-bersih kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat dan jelas lebih lama.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI