Bahang kehangatan Piala Dunia 2022 kini semakin dirasai. Bermula bulan hadapan negara Teluk, Qatar akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.
Persiapan yang dilakukan oleh Qatar kini dilaporkan sudah semakin sempurna. Kesemua pasukan juga sudah berada di fasa akhir persiapan mereka untuk menghadapi kejohanan yang bakal menarik jumlah tontonan yang cukup luar biasa.
Selain persiapan infrastruktur, kerajaan negara Qatar juga telah mengambil langkah yang cukup positif untuk kakitangan mereka. Memetik laporan dari The Peninsula Qatar, kerajaan negara tersebut telah bersetuju untuk mengurangkan waktu kerja kakitangan kerajaan.
Sekolah juga akan diarahkan untuk beroperasi dalam tempoh yang lebih singkat. Jelas mereka, langkah ini diambil untuk mengurangkan kesesakan sebelum dan ketika berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2022.
Dengan jangkaan lebih sejuta pengunjung dari seluruh pelosok dunia bermula 20 November hingga 18 Disember, kerajaan Qatar dilihat mengambil langkah yang cukup proaktif bagi memastikan kesesakan berkurangan serta trafik lebih lancar.
Dua minggu pertama kejohanan berlangsung merupakan waktu yang cukup kritikal dan penting kerana pada masa itulah jumlah peminat dari luar negara memenuhi beberapa lokasi stadium.
Jurucakap kerajaan Qatar turut menjelaskan selepas mesyuarat kabinet mereka mengambil keputusan untuk membenarkan hanya 20 peratus kakitangan bekerja di pejabat dengan waktu kerja selama empat jam sahaja.
Bagi sesi persekolahan pula dibenarkan untuk operasi dari pukul tujuh pagi hingga ke tengahari. Selain itu bermula 18 November hingga 22 Disember 2022 pula pelajar akan melalui cuti hujung tahun.
Laluan lebuhraya utama sepanjang pesisir pantai Doha, Corniche pula akan ditutup untuk semua kenderaan bermula November. Ia bagi membolehkan pembinaan dan penganjuran zon penyokong diakan di sepanjang laluan tersebut.
Semoga kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 kali ini dapat berlangsung dengan cukup berjaya danm menyajikan aksi kompetitif yang terbaik.
https://www.youtube.com/watch?v=5_z4urZf58k&t=434s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI