‘KAKI PUTUS TAKPA, BOLEH CARI MAKAN LAGI’- UNCLE CHIN (+VIDEO)

Share

Hidup adalah satu perjudian dan ibarat roda. Senang-susah, bahagia-sedih, lapang-sempit, suka-duka, kaya-miskin. Ramai orang yang mampu menggali hikmah di sebalik episod kehidupan, tapi tidak sedikit pula orang yang ingkar dan menganggap bahawa tuhan itu bersikap tidak adil. Masih ada yang mampu mencari sinar di sebalik kesusahan yang berlaku.

Kisah yang berlaku pada insan bernama Chin Kun On bukanlah penamat hidup. Lebih mesra dipanggil sebagai Uncle Chin, beliau menjalani kehidupan seharian yang sederhana bersama isteri dan seorang anak angkat. Bekerja di sektor pembinaan kehidupannya bahagia sehinggalah beliau terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 2000. Insiden itu menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, isterinya pula disahkan menghidapi kanser dan tidak mampu bekerja. Tidak meminta, Uncle Chin membuka lembaran baru dalam hidupnya. Di tengah kekalutan itu Uncle Chin mengetepikan kesedihan. Langsung merencana masa depannya dan memulakan perniagaan menjual ais krim setelah disarankan oleh rakannya sendiri.

Kesulitan tidak berakhir di situ, Uncle Chin tidak pernah menunggang motosikal. Membulatkan tekad, Uncle Chin mempelajari bagaimana untuk menunggang motosikal dan lulus dalam ujian serta menerima lesen Orang Kurang Upaya (OKU).

Mengharapkan sinar baharu di dalam hidupnya tidak pernah sekali Uncle Chin merungut. Perjalanannya dari Kulim ke Selama (sempadan antara Kedan dan Perak) itu merangkumi 100 kilometer setiap hari. Dalam fikirannya hanyalah mendapat sedikit keuntungan untuk membiayai keluarga kecilnya dan keinginan yang besar untuk membahagiakan keluarganya.

Mimpi tidak akan direalisasikan tanpa usaha. Justeru itu, Petronas mencari lebih ramai lagi insan seperti Uncle Chin menerusi peraduan Pengejar Impian Facebook. Peraduan berkenaan akan berakhir pada 8 Disember depan dan Petronas akan memilih tiga pemenang utama untuk menerima bekalan setahun minyak Petronas Sprinta bersama UltraFlex dan Petronas Primax.

Cara penyertaan adalah mudah:

1. ‘Like’ dan ‘Follow’ laman sosial Facebook dan Instagram PETRONASBrands.

2. Tonton video yang dimuat di Facebook PETRONASBrands dengan hashtag #PengejarImpian dan #PETRONASSprinta

3. Muat naik kisah inspirasi pada Facebook atau Instagram anda dengan kapsyen “Inilah cerita pengejar impian saya…” bersama hashtag #PengejarImpian dan #PETRONASSprinta

4. Pastikan status tersebut adalah ‘Public’.

Pengurus Besar Pemasaran Petronas Lubricants Marketing Malaysia, Kwan Beng Keat berkata kempen sedemikian merupakan pemacu buat rakyat Malaysia agar mengejar impian mereka.

“Ini merupakan pendekatan yang dilakukan oleh kami untuk memberi semula kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan selama ini dan membantu Petronas mencapai impian,” katanya.

Untuk maklumat lanjut peraduan tersebut dan kisah inspirasi Uncle Chin boleh ditonton di www.mymesra.com.my/pengejarimpian. Sediakan tisu sebelum menonton!. 

 

TONTON VIDEO:

Published by
webadmin