Kaki Lebih Pejal & Mantap, Ini Beberapa Teknik Senaman Untuk Dapatkannya

Share

Tidak dinafikan ramai lelaki lebih cenderung melakukan senaman di bahagian atas atau upper badan. Ia melibatkan senaman bahagian perut, dada, belakang, bisep, trisep serta tangan. Sampaikan ada yang melupakan senaman kaki.

Besar kemungkinan ramai yang rasa agak leceh atau tidak berminat melakukan senaman kaki. Sedangkan ia juga tidaklah kurang penting bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan tegap.

Usah risau, kali ini MASKULIN kongsikan beberapa Teknik senaman yang boleh amalkan setiap kali bersenam.

Lunge

Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat.

Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.

Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.

BACA: Amal Lima Jenis Senaman Ini, Pasti Six Pack Tak Segan Nak Muncul!

Squat

Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.

Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.

Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.

Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.

Step Up

Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah.

Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.

Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.

Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju.

Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.

Sumo Dead-lift

Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.

Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.

Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.

Selamat mencuba, lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak. Dapatkan langkah dan teknik senaman yang betul.

Follow YouTube MASKULIN untuk step workout seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim