Kaki Gym Ni Geng Kunyit? Papagomo Kecam Coach Yin, Punca Orang Ramai Pandang Serong

Share

Inilah pepatah yang berbunyi kerana nila setitik habis susu sebelanga. Sejak kebelakangan ini hangat pula kisah sajat ni kan. Terbaru, Sir Azri, atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah memuat naik satu rakaman video menghentam Coach Yin, teman lelaki Sajat kerana menyebabkan golongan lelaki yang mengangkat berat dipandang serong oleh masyakarat.

Papagomo berkata:

Berkenaan dengan teman lelaki Sajat. Kau ni pun satu. Pasal engkau orang yang main besi dikategorikan sebagai geng kunyit.

Papagomo juga mempersoalkan Coach Yin membawa Sajat berjumpa ibunya sebelum berkahwin kerana dia dan Sajat sama jantina.

Orang Malaysia ni baik tau. Kalau kat Acheh dah kena bakar korang ni.

Papagomo menambah, golongan yang ‘main besi’ meluat dengan Coach Yin kerana ‘bercinta’ dengan seorang lelaki.

Papagomo juga meminta Sajat agar berhenti memalukan wanita dengan mengaku sebagai wanita dan menceritakan pengalaman-pengalaman seperti mengandung dan datang haid. Ia dianggap memperbodohkan wanita.

Sebelum ini, Papagomo telah membua laporan kepada Menteri mengenai Sajat, yang membawa kepada pertemuan pihak JAKIM dengan Sajat hari ini. Papagomo mendakwa merasa hairan mengapa Sajat dibiarkan berleluasa mengakui dirinya wanita tanpa ada sebarang campurtangan dari pihak JAKIM.

 

Sumber : beautifulnara

Published by
Ruziana Zainal