Tahukah Anda Dengan 40 Tekan Tubi Sehari Mampu Jauhi Risiko Penyakit Jantung!

13513

Sejak sekian lama senaman push up telah popular di kalangan lelaki terutamanya yang ingin membina otot bahu, lengan, dada, trisep dan perut.

Malah senaman ini merupakan teknik yang wajib dilakukan oleh semua pengamal pelbagai jenis senaman. Ia juga dipraktikkan oleh anggota-anggota pelbagai badan beruniform.

Selain memberikan faedah otot yang kuat dan mantap, kajian terbaru mendapati ia juga bagus untuk mengelak penyakit jantung.

Kajian terbaru yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard T.H. Chan School of Public Health mendapati lelaki yang mampu melakukan 40 push up mempunyai risiko lebih rendah penyakit berkaitan kardiovaskular atau jantung.

Seperti mana yang kita tahu penyakit jantung merupakan antara peragut utama nyawa golongan lelaki.

BACA: Tip Lakukan 300 Push Up Sehari Dalam Tempoh Sebulan, Tak Mustahil Dicapai!

KEPUTUSAN KAJIAN

Mereka telah melakukan tinjauan dan pemerhatian terhadap 1,104 lelaki aktif iaitu anggota bomba selama 10 tahun.

Purata umur mereka ialah 39.6 tahun manakala purata body mass index pula 28.7. Setiap seorang daripada mereka dicatatkan dan diukur kemampuan melakukan push up. Periksaan fizikal, kesihatan dan soal jawab tentang perkara berkait medikal turut dilakukan setiap tahun.

Kadar 40 push up tersebut perlulah dilakukan dengan setting metronome 80 beats untuk setiap minit. Secara kasarnya kira-kira 40 push up seminit.

Selama 10 tahun kajian sebanyak 37 penyakit berkaitan jantung telah dilaporkan. Kesemua daripada 37 kescuali seorang di dapati adalah peserta yang tak dapat melakukan 40 push up semasa periksaan fizikal dilakukan.

Ujian ini juga mendapati lelaki yang mampu melakukan push up ini tak terdedah atau berisiko rendah dengan penyakit lain berkait dengan kardiovaskular berbanding dengan orang yang melakukan larian di atas treadmill.

Menurut mereka lagi kajian ini menunjukkan betapa pentingnya keadaan fizikal yang secara langsung memberi kesan terhadap kesihatan terutamanya bagi lelaki.

Jadi marilah kita sama-sama melakukan push up demi kesihatan badan dan juga jantung!

Sumber: Business Insider