Mitos kebanyakan orang ramai adalah jika seseorang itu bermain game yang berunsur ganas, ia akan mempengaruhi dan memberi kesan ke dalam kehidupan seseorang pemain.
Namun begitu, University of Oxford tampil dengan satu kajian sekali gus mematahkan hujah berkenaan kerana game ganas tersebut cuma sekadar hiburan.
Isi masa lapang
Walaupun pada hakikatnya game-game yang didakwa ganas seperti PUBG, Mobile Legends serta banyak lagi mengandungi unsur-unsur peperangan, tembak serta bunuh, peminatnya cuma bermain pada masa lapang sahaja.
Ini kerana semua pemain yang rasional serta professional ada tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan seperti pelajar membuat kerja sekolah, ibu membuat kerja rumah atau bapa menjaga anak selepas pulang bekerja.
Jadi masa senggang yang ada digunakan untuk bermain game sebagai hiburan dan mengisi waktu lapang sahaja sebelum hari esok kembali bermula dan semua individu perlu komited dengan tugas masing-masing.
Pemain tahu menentukan realiti
Ujar Professor Andrew Przybylski, tidak dinafikan bahawa idea bermain game boleh meningkatkan keganasan dalam kalangan kanak-kanak sangat popular suatu masa dahulu tetapi ia adalah sebuah stigma yang sudah lama tidak dikaji.
Jadi, pemikiran sedemikian sudah boleh dibuang kerana pemain zaman ini tahu membezakan realiti dan fantasi serta sukar untuk mengadaptasi perkara buruk dalam kehidupan sebegitu mudah.
Tetapi keganasan kecil tetap wujud
Walaupun University of Oxford tampil dengan kajian sedemikian, ia tidak merangkumi keseluruhan aspek kerana dalam masa, ada juga pemain yang bertindak ganas secara verbal iaitu memaki hamun dan bercakap kotor.
Lebih-lebih lagi jika seseorang itu gagal melepasi sesebuah halangan dalam game yang sedang dimainkan itu. Mereka menjadi terlalu penat untuk fokus dan melepaskan geram dengan bercakap yang bukan-bukan!