Jika kita pergi pasar malam atau makan ayam goreng perasan tak ada sesetengah orang akan asingkan kulit ayam kerana bimbang paras kolesterol yang buruk dan tekanan darah tinggi hingga mengakibatkan sakit jatung.

Tetapi sebenarnya tahukah anda, menurut laporan portal kesihantan Stethnews.com, kajian yang dijalankan beberapa pakar kesihatan di Universiti Harvard mendapati kulit ayam sebenarnya tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan terutamanya terhadap jantung.

Menurut kajian itu, kulit ayam sebenarnya bagus untuk jantung anda. Ini kerana lemak yang ada dikulit ayam dikategorikan sebagai lemak tidak tepu dan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Malah ia juga mampu mengurangkan kolesterol yang buruk.

Kajian Mengatakan Kulit Ayam Sebenarnya Bagus Untuk Kesihatan, Asalkan Di Ambil Secara SederhanaIni beberapa point yang mungkin akan menyangkal persipi anda. Antaranya seperti jika diambil kadar sederhana, kulit dalam kulit ayam tidak terlalu tinggi dan tidak menyebabkan anda gemok.

Malah kulit ayam juga berfungsi sebagai penghalang kepada minyak daripada terus menyerap ke daging ayam yang dimasak.

IKLAN

Malah menerut portal berita South China Morning Post. Dalam laporan yang memetik pandangan pakar nutrisi klinikal Integrated Medicine Instituite, Sheena Smith, perkara yang utama adalah bagaimana seseorang memasak kulit ayam itu.

Jika anda deep fry dan menyaluti dengan tepung dan serbuk roti, anda akan menambahkan jumlah kalori yang sedia ada.

IKLAN

Kajian Mengatakan Kulit Ayam Sebenarnya Bagus Untuk Kesihatan, Asalkan Di Ambil Secara SederhanaDi sini MASKULIN sediakan beberapa sebab mengapa anda tidak perlu asingkan kulit ayam di makanan anda;

1. Seperti yang diberitahu, kulit ayam mengandungi lemak tidak tepu yang mana ia merupakan sejenis lemak yang baik untuk jantung. Lemak tidak tepu dapat membantu merendahkan tahap tekanan darah dan juga tahap kolesterol sambil mengawal selia hormon dalam tubuh.

IKLAN

2. Ia mengandungi lemak baik dan jahat. Jika anda makan kulit secara berlebihan ia akan memudaratkan kesihatan badan.

3. Mengandungi Omega 9 atau asid Oleic yang sering di temui dalam minyak zaitun. Ia mempunyai fungsi membantu pembentukan lipoprotein yang tinggi dan juga HDL yang mana ia akan mengawal sensitiviti glukosa dalam tubuh badan.

4. Mengekalkan densiti tulang dan mengatur hormon serta sistem imun dalam tubuh badan.

5. Ayam yang dihidangkan mempunyai jumlah kalori yang sama dengan ayam yang dihindangkan tanpa kulit ayam. Kulit ayam menjadi perisai melindungi isi ayam dari menyerap minyak.

SUMBER: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI