Hah jangan terkejut ya, menurut Jan-Erik Lönnqvist, profesor psikologi sosial di Universiti Helsinki Sweden telah mengeluarkan kajian mengenai Jurnal Psikologi Antarabangsa yang mendedahkan bahawa pemilik atau pemandu kereta mewah mempunyai gaya pemanduan yang teruk di jalan raya.
Perkara ini terbukti apabila golongan membawa kereta mewah ini sering melanggar peraturan jalan raya dengan memandu melebihi had laju dan mencucuk rapat dengan kereta hadapan.
Malah lebih teruk lagi, ada diantara mereka yang tidak menggunakan signal dan memandu secara agresif yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Ini kerana, individu yang membawa kereta mewah ini sering bangga dengan kemampuan diri membeli atau membawa kereta mewah dan merosakan tingkah laku yang tidak beretika ketika di jalan raya.
Sumber: World Off Buzz
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
WARNA DAN GRAFIK PERLUMBAAN BAHARU WAVE ALPHA: HARGA RM5086 SEUNIT
Selepas Honda EX5 Edisi Terhad, Boon Siew Honda (BSH) kini memperkenalkan Honda Wave Alpha menerusi kemas kini lebih menarik. Motosikal yang dikatakan terlaris di pasaran tempatan itu kini tampil dengan wajah baru menerusi pilihan warna terkini dan grafik baharu. Pilihan warna baharu Merah Sinar itu ditawarkan bagi menarik minat golongan muda.
Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BSH Sdn Bhd, Datuk Seri Wira Tan Hui Jing berkata pihaknya teruja dengan pengenalan warna baharu tersebut.
“Grafik perlumbaan baharu itu kini ditawarkan kepada pengguna kerana sebelum ini grafik berkenaan hanya digunakan oleh pelumba-pelumba muda dalam perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha 2017.
“Tetapi apa yang lebih penting, wajah sporty ini akan menjadi pilihan tambahan kepada model sedia ada di pasaran,” katanya.
Reka bentuk Honda Wave Alpha dapat menambahkan keseronokan dan pengalaman tunggangan. Ia dilengkapi dengan ekzos yang kelihatan lebih sporty, pemegang belakang yang selesa dan brek cakera (varian rim tuangan) untuk penampilan lebih menarik. Ciri-ciri penawaran yang lain termasuk panel meter yang lebih jelas , kebuk-u yang luas dan pelindung kaki bergaya.
HARGA:
Honda Wave Alpha Baharu (Merah Sinar) dijual pada harga RM 5,086.94 (termasuk GST) seunit.
WARANTI:
Boon Siew Honda menawarkan dua tahun jaminan pembuatan atau 20,000km (yang mana terdahulu).
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
SETELAH SEDEKAD-HONDA CB1000R 2017 BAKAL TEMUI PEMINAT NOVEMBER INI
Honda CB1000R melakukan debutnya pada 2007 dan sejak itu tiada kemas kini major dilakukan pada model berkenaan. Khabarnya setelah sedekad berada di pasaran, Honda bakal mengeluarkan model CB1000R terbaru.
Versi 2017 itu dikatakan bakal dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada pameran motosikal EICMA yang akan berlangsung awal November depan.
Rombakan besar-besaran dilakukan pada model berkenaan yang mana difahamkan desain CB1000R lebih ke arah retro-moden. Pastinya kehadiran model naked bike itu akan membangkitkan ghairah Honda untuk bersaing dengan jenama lain.
Rekaan motosikal tersebut menggabungkan dua model konsep CB4 dan CB1100TR. Penampilan retro boleh dilihat menerusi penggunaan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal yang rata.
Versi kemas kini Honda CB1000R akan bersaing dengan Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S 1000 dan BMW S 1000R. Berdasarkan gambaran berkenaan, dapat dilihat Honda merancang untuk muncul dengan sebuah jentera super naked.
Untuk makluman, CB1000R sedia ada di pasaran dilengkapi enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair. Enjin sama yang digunakan pada CBR1000RR Fireblade. Enjin itu menghasilkan kuasa 123.3 bhp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 7,750 rpm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Manakala, bahagian rangka CB1000R menggunakan jenis diamond dengan material aluminium yang ringan dan digabungkan dengan lengan ayun juga dari bahan aluminium.
Spekulasi menyatakan versi kemas kini CB1000R itu akan menggunakan enjin dari CBR Fireblade generasi terkini. Tidak cukup di situ, sistem keselamatan membrek juga dilengkapkan dengan teknologi ABS. Bahkan, pakej elektronik juga dipertingkatkan sebagaimana milik CBR1000RR Fireblade versi terbaru antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elak Guna Absorber Rosak Untuk Elak Sakit Pinggang
Komponen motosikal yang paling adalah absorber atau dikenali sebagai Penyerap Hentak. Ia menyumbang kepada kestabilan terutama ketika melalui permukaan jalan beralaun atau tidak rata serta ketika mahu memotong.
Kebiasaannya usia absorber mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun segalanya bergantung kepada cara anda menggunakan motosikal serta kekerapan penyelenggaraan dijalankan.
Jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat. Ia juga untuk mengelakkan kemalangan boleh terjadi disebabkan kesilapan anda sendiri yang lupa untuk melakukan pemeriksaan ke atas motosikal
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk periksa keadaan absorber sama ada masih elok atau lebih baik tukar baharu.
BACA: Selain Check Kondisi Rantai Motorsikal, Ini 4 Bahagian Lain Wajib Diperiksa Bila Musim Panas
1. Perhatikan gerakan damper
Tekan hendal motosikal ke bawah & perhatikan gerakan damper. Jika bahagian spring melantun dengan cepat, itu menunjukkan absorber anda sudah rosak.
2. Absorber yang naik sepatutnya menganjal dengan perlahan
Ini menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada simptom kebocoran.
BACA: Cara-Cara Kenal Pasti Tayar Lama Atau Baru Agar Anda Tidak Dikelentong Ketika Membeli
3. Perhatikan Pengedap (Seal) Absorber depan
Jika terdapat lelehan atau tompokan minyak, seal itu harus diganti dengan segera.
4. Cuba tunggang motosikal melalui jalan berlubang atau tidak rata
Jika anda rasa lantunan yang melampau, disarankan untuk menukar absorber. Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingatkan, jika anda menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh memberi kesan pada jentera motor serta menyakitkan badan terutama di bahagian belakang badan serta pinggang.
Ingat, badan nak pakai lama!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI