
Matthew Sachs yang mengetuai pasukan penyelidik dari Universiti Havard menemui satu fakta menarik tentang bulu roma.
Dalam satu kajian, mereka mendapati orang yang mudah meremang bulu romanya adalah jenis peramah dan memiliki tubuh sihat.
Gunakan muzik sebagai eksperimen
Salah satu kaedahnya, sekumpulan peserta di festival Reading and Leeds diberi peluang untuk mendengar lagu selama 2 hari pada Ogos lalu.
Hasil tindak balasnya setiap kali muzik dipasang, kadar degupan jantung mereka bertambah laju dan bulu roma pun naik dalam masa sama.
55 % miliki hidup yang ceria
Sepanjang 45 minit muzik dimainkan, kira-kira 55% daripada mereka meremang bulu roma dan wanita adalah golongan majoriti.
Hasil dapatan kajian itu turut dikaitkan dengan cara hidup peserta-peserta berkenaan yang disifatkan cukup menyeronokkan.
Keputusan itu juga merumuskan orang yang senang meremang bulu roma adalah orang yang lebih sihat, lebih kaya dan juga seorang yang peramah.
Keputusan kajian ini diterangkan secara penuh menerusi The Goosebumps Theory.
Sumber : Metro.co.uk
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hindar Kaki Busuk Bercagu

Ini adalah sebuah perkongsian bermanfaat dari Dr. Ahmad Mahyuddin
Cagu atau di sesetengah tempat dikenali sebagai cengkam adalah keadaan di mana kuku jari menumbuh ke sisi dan menekan tisu di bahagian tepi jari. Sebagai tindak balas, tisu di sisi kuku mengalami keradangan dan menjadi tebal. Ia paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Kerap kali pula ia dijangkiti kuman dan mengeluarkan nanah.
Ia menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat. Ia juga mengakibatkan gangguan emosi terhadap pesakit akibat bau yang kurang menyenangkan dan pesakit tidak boleh memakai kasut akibat kesakitan.
KENAPA IA TERJADI?
Cagu terjadi akibat cara memotong kuku yang tidak betul. Ia menyebabkan kuku tumbuh secara tidak betul dan mula menekan tisu di bahagian tepi kuku. Ia juga boleh disebabkan oleh pemilihan kasut yang terlalu ketat atau berbentuk tirus sehingga mengakibatkan tekanan pada tisu di bahagian sisi kuku. Tekanan berpanjangan pada tisu akan menyebabkan keradangan berlaku.
Keadaan lebih teruk apabila berlaku jangkitan kuman pada kuku yang terlibat. Ini mengakibatkan ia mengeluarkan nanah dan berbau busuk.
RAWATAN
- Mencuci dan merendam kuku terlibat dengan air suam setiap hari. Kemudiannya gauze bersih dilapik pada hujung kuku di tempat cagu berlaku. Krim antibiotik disapu jika terdapat jangkitan kuman. Ini akan memberi masa bagi kuku bahagian cagu untuk tumbuh melepasi tisu yang mengalami radang.
- Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat bukti jangkitan kuman berlaku. Ia termasuk keadaan jangkitan kulit (Cellulitis) dan nanah. Pembedahan biasanya tidak akan dilakukan sehinggalah jangkitan kuman telah sembuh.
- Ubat anti-radang berfungsi bagi mengurangkan kesakitan akibat keradangan yang berlaku. Contoh ubat anti-radang adalah seperti mefenemic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren) dan celecoxib (Celebrex).
- Pemilihan kasut yang sesuai bagi mengurangkan tekanan pada bahagian cagu dapat membantu mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan aktiviti berjalan kaki, berlari dan bersukan semasa kondisi ini berlaku bagi mengawal kesakitan dan keradangan yang berlaku.
- Pembedahan hanya akan dilakukan jika:
- Rawatan tanpa pembedahan tidak berjaya
- Cagu berlaku berulang kali
- Cagu menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Pembedahan hanya akan dilakukan setelah jangkitan kuman tersebut sembuh
TERDAPAT 2 JENIS PEMBEDAHAN YANG BIASA DILAKUKAN.
- Nail avulsion
- Zadek Procedure
Nail avulsion (Pembuangan kuku)
Nail avulsion ialah prosedur dimana kuku pesakit yang mengalami cengkam itu dibuang secara keseluruhannya.
Zadek Procedure (Prosedur Zadek)
Prosedur Zadek ialah sejenis prosedur dimana hanya sebahagian daripada kuku pesakit dibuang iaitu di sebelah yang mengalami cengkam. Bahagian pangkal kuku iaitu bahagian yang dikenali sebagai nail fold dan germinal matrix dibersihkan dengan menggunakan currete, diarthermy atau phenol bagi memusnahkan sel-sel precursor kuku dengan harapan kuku tidak lagi tumbuh di bahagian sisi. Ini akan dapat mengelakkan daripada cengkam daripada berulang.
BAGAIMANA MENGELAKKAN IA DARI TERJADI?
Apa yang paling penting ialah kita mengetahui cara-cara memotong kuku dengan betul. Hujung kuku kaki perlu dipotong secara lurus mulai daripada sisi kuku. Elakkan daripada memotong kuku secara menyerong pada bucu kuku kerana ini boleh menyebabkan cagu berlaku.
SUMBER : mmgazette.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rahsia Liang Pori Kembali Ketat

Lemon
Hiris atau kisarkan sebiji lemon kemudian ambil airnya. Kemudian sapukan pada wajah selama 20 minit. Setelah selesai bilas menggunakan air sejuk.
Soda Bikarbonat
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama 2 sudu air suam. Kemudian, sapukan dan urut pada bahagian wajah selama 30 saat hingga seminit menggunakan gerakan membulat. Setelah selesai, bilas dengan air sejuk.
Putih Telur
Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Gunakan bahagian telur putih dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air sejuk.
Lidah Buaya
Ambil isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya mampu membantu membersihkan serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.
Tomato
Sapukan tomato yang telah dikisar pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Tomato mampu membantu mengecilkan liang pori yang terbuka di samping menghaluskan wajah.
Betik
Ambil dua potongan kecil betik, kemudian lenyekkan ke dalam mangkuk kecil atau kisar. Setelah hancur, sapu pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit sebelum bilas bersih dengan air sejuk.
Timun
Campurkan jus timun yang telah dikisar bersama tepung jagung untuk menjadikannya lebih likat. Seterusnya, sapu pada sekeliling muka terutama pada liang pori yang terbuka selama 15minit. Setelah selesai bilas dengan air sejuk.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Apa Itu Pre-Workout?

Memiliki tenaga yang berpanjangan semasa bersenam tak kira di kawasan beriadah, mauhupun di gym, adalah idalam setiap orang tak kira lelaki ataupun wanita. Makanan memainkan peranan penting dalam pencapaian seseorang. Seseorang yang menjaga diet, akan sentiasa menjaga pemakanan mereka tak kira dalam apa jua keadaan. Namun, ada antara anda yang masih tidak pasti bentuk makanan bagaimanakah yang sesuai dinikmati oleh seseorang sebelum memulakan senaman.
Lebih sinonim dengan nama Pre-Workout dimana anda perlu mengambil sedikit makanan sebelum anda bersenam. Ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk antaranya makanan semua jadi, ataupun supplement yang telah diproses. Masing-masing mempunyai khasiat tersendiri. Tujuan utama mengambil makanan Pre-Workout adalah untuk menstabilkan gula dalam darah semasa bersenam yang akan membantu mencegah pengurangan glikogen dan mengurangkan kerosakan otot anda.
Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan bergantung kepada jenis senaman anda. Contohnya seperti kefein yang diterangkan oleh pakar UK, dimana beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan creatine atau kafein, boleh membantu untuk meningkatkan prestasi. Walaupun mereka mungkin mengandungi bahan-bahan yang meningkatkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan mungkin juga meningkatkan aliran darah ke kulit, kesan-kesan ini begitu kritikal malah membantu anda menjadi lebih kuat, cerdas dan sihat.
Jenis-jenis Pre-Workout
Setiap coach, nutritionist, dan dietitian mempunyai konsep yang berbeza dalam jenis-jenis pre-workout. Namun, mereka semua mencapai kata sepakat bahawa makanan merupakan elemen terpenting dalam pre-workout. Makanan ini hendaklah diambil paling lewat 30 minit sebelum anda mula bersenam. Karbohidrat membantu memaksimumkan glikogen untuk senaman intensiti tinggi, manakala lemak membantu badan anda untuk bertahan lebih lama ketika latihan. Protein juga boleh dimasukkan kerana ia meningkatkan sintesis protein otot dan membantu dalam pemulihan otot yag koyak ketika bersenam.
Tentu sekali, jika anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar nutrisi dan dietitian, mereka akan menasihatkan anda untuk makan makanan yang tidak diproses seperti telur mata lembu, telur rebus bersama dengan sekeping roti sebelum bersenam. Manakala coach dan pakar gimnasium akan sarankan anda untuk mengambil protein powder sebagai makanan tambahan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI