Setiap hari hidup kita di zaman sekarang memang tak dapat lari daripada menggunakan telefon pintar. Malah sejujurnya, MASKULIN sendiri tak dapat nak bayangkan bagaimana kehidupan pada era kini tanpa telefon pintar.
Semua perkara yang kita lakukan boleh dikatakan bergantung kepada penggunaan telefon pintar. Ia kini bukan bertindak sebagai peranti teknologi maklumat sahaja tetapi telah mencorak budaya masyarakat moden.
Tapi sejauh manakah penggunaaan telefon pintar ini boleh menjejaskan kehidupan kita dalam seharian terutamanya dari segi kesihatan?
MASA DEPAN YANG SIHAT
Anda pernah lihat filem animasi hebat dari Pixar Animation Studio bertajuk ‘WALL-E’? Menerusi filem itu manusia digambarkan hidup sebagai makhluk yang hanya duduk di atas kerusi dan menggunakan teknologi seakan telefon pintar.
Di skrin itulah mereka makan, berhibur dan melakukan apa sahaja. Sehinggakan semua orang mempunyai masalah berat badan dan hanyut dalam dunia sendiri.
Ads
Agak menakutkan bila difikirkan ia sebenarnya boleh jadi begitu kepada kita. Sebuah kajian terbaru daripada sekumpukan saintis yang dijalankan di Simon Bolivar University mendapati risiko obesiti boleh meningkat hingga 43 peratus lebih tinggi jika seseorang itu menggunakan telefon pintar melebihi 5 jam dalam tempoh sehari.
GAYA HIDUP TAK SIHAT
Dalam kajian yang dibentangkan di ACC Latin America Conference 2019, saintis telah menjalani pemerhatian dan kajian terhadap 1,060 orang pelajar di Fakulti Sains Kesihatan di Simon Boliver University bermula dari bulan Jun sehingga Disember 2018.
Daripada jumlah itu, 700 orang merupakan wanita manakala selebihnya 360 orang adalah lelaki yang berusia 19 dan 20 tahun. Peserta lelaki didapati 36.1 peratus berkemungkinan untuk lebih berat badan dan 42.6 untuk obese. Manakala wanita pula 63.9 peratus lebih berat dab 57.4 peratus untuk obese.
Ads
Saintis juga mendapati risiko obesiti akan meningkat 43 peratus lebih tinggi jika telefon pintar digunakan melebihi 5 jam sehari. Ini kerana mereka mendapat pelajar-pelajar ini cenderung untuk mengambil makanan ringan, minuman manis, snek dan juga makanan segera akibat aktiviti ini.
Ia juga secara tak langsung menghadkan aktiviti melibatkan fizikal di kalangan pengguna telefon pintar melebihi 5 jam sehari. Hasilnya 26 peratus subjek mengalami masalah berat badan berlebihan dan 4.6 peratus menjadi obese.
Ads
Ini menunjukkan mereka yang menggunakan telefon pintar lebih lama lebih cenderung untuk mengamalkan gaya hidup yang tak sihat. Kajian ini juga mendapati pelajar yang mengambil bahagian dalam kajian ini akan lebih cenderung untuk mengambil makanan dan minuman menggemukan jika menggunakan telefon pintar lebih lama.
Kepada anda yang suka sangat menggunakan telefon pintar lama-lama tu, harap inilah peringatan buat anda. Apa kata letak telefon dulu seketika dan lakukan aktiviti yang lebih menyihatkan.
8 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu dielakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.
Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri
Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas. Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama seperti hero-hero The Avengers dan Thanos, karbohidrat juga ada yang baik dan ada karbohidrat yang buruk.
Jika anda memilih yang betul, karbohidrat dapat membantu anda membuang lemak perut, merasa kenyang, dan menambahkan tenaga. Lagipun, karbohidrat adalah sumber utama untuk membakar lemak. Tetapi apabila ia berkaitan dengan penurunan berat badan, tidak semua karbohidrat sama fungsinya. Ia kerana sesetengah karbohidrat terbukti untuk melambatkan metabolisma anda, menurunkan tahap tenaga anda dalam jangka masa panjang, dan melambatkan penurunan berat badan malah boleh menaikkan lagi berat badan anda.
Apakah ‘karbohidrat’?
Pengambilan karbohidrat anda ketika diet tentulah, karbohidrat yang mudah dan diproses seperti roti putih, nasi putih, pemanis, dan pasta komersil, badan akan memproses dengan cepat dan menghantar paras gula darah anda melonjak, mengakibatkan perpecahan tenaga. Ini kerana karbohidrat yang diproses adalah tidak sah seratnya. Kajian The American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa meningkatkan pengambilan karbohidrat halus, dan kekurangan serat yang diturunkan oleh bijirin ini, dapat meningkatkan risiko diabetes jenis 2. Itulah sebabnya karbohidrat yang halus adalah jenis kanji yang dinamakan karbohidrat buruk.
Jadi tak boleh ambil Karbohidrat terus ke?
Sudah tentu tidak. Badan anda memerlukan karbohidrat untuk tenaga! Sama ada kita mengkonsum buah-buahan dan kekacang atau roti Itali dan pastri, badan anda menggunakan glukosa makanan untuk menjalankan fungsi kehidupan penting dan membantu anda melalui latihan anda. Bila badan mempunyai karbohidrat, kita dapat diatasi keletihan dan nafsu.
Daripada merosakkan tubuh anda dari sumber tenaga utama, membersihkan dapur anda dari karbohidrat yang tidak bagus dan pilih karbohidrat yang penuh dengan antioksidan, mineral dan nutrisi seperti protein pelangsing dan serat.
Cuba makan ini!
Lengkapkan makanan anda dengan karbohidrat kompleks termasuk bijirin seperti quinoa, oat, bulgur, dan kamut serta kekacang dan sayur-sayuran berkanji. Ini akan memberi anda tenaga berpanjangan kerana makanan ini dibakar lebih perlahan oleh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang inginkan ketinggian ideal terutamanya golongan lelaki. Tidak semua mampu jadi tinggi kerana genetik anda yang sememangnya mempunyai ketinggian tidak seberapa. Namun bagi mereka yang ada potensi menambahkan ketinggian, ada beberapa cara boleh anda lakukan.
Amalkan pemakanan seimbang
Dapatkan lebih banyak protein untuk badan. Misalnya anda perlu makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan atau ayam yang membantu menguatkan tulang dan otot. Selain itu, banyakkan pengambilan kalsium dalam susu atau bijirin. Jangan lupa hidangkan susu setiap pagi sebelum ke kolej ataupun sekolah. Pemakanan seimbang boleh membantu anda jadi lebih tinggi dan sihat.
Lakukan senaman sepanjang usia remaja
Pada usia remaja inilah anda perlu aktif lakukan aktiviti sukan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana kadar tumbesaran amat cepat pada peringkat ini. Cuba biasakan diri anda pergi ke gimnasium dan lakukan beberapa senaman secara kerap. Jika ia membebankan atau anda tidak digemari maka anda perlu sekurang kurangnya lakukan senaman ringan setiap hari selama 30 minit kerana aktiviti ini dapat meningkatkan ketinggian anda secara semula jadi.
Dapatkan tidur yang cukup setiap malam
Tidur adalah masa badan anda membesar, oleh itu tidur yang cukup perlu bagi memberikan masa kepada badan untuk membesar. Dapatkan tidur selama 9 jam hingga 11 jam setiap hari jika anda berusia di bawah 20 tahun. Hormon tumbesaran dihasilkan ketika waktu tidur. Oleh itu, tidur yang cukup dapat mempengaruhi kadar penghasilan hormon ini.
Catat tumbesaran
Banyak saja cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ketinggian, namun anda perlu ingat bahawa alkohol dan dadah juga boleh mencacatkan kadar ketinggian anda terutamanya pada waktu remaja. Mengikut kajian saintifik, pengambilan steroid juga boleh mengganggu kadar tumbesaran. Remaja lelaki yang inginkan bentuk badan lebih menarik tidak perlu ambil steroid kerana ia hanya akan memberikan kesan lebih buruk.
Jumpa doktor pakar
Jika anda lahir dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai ketinggian yang ideal dan anda tidak pula tinggi maka anda perlu dapatkan rawatan daripada doktor. Apabila anda sudah mendapat tidur yang cukup dan amalkan pemakanan yang seimbang tapi kadar ketinggian tidak meningkat, anda perlu bertanyakan doktor apakah sebabnya dan cuba ikut apa yang doktor sarankan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je...