Beruntunglah sekiranya anda penggemar masakan tomyam. Ini kerana menurut kajian, masakan tomyam yang menggunakan bahan-bahan asli dan kurang MSG boleh menghalang serta mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.
Perkara ini telah dikongsikan Dr Suri Roowi dalam Facebooknya berkenaan temu bualnya bersama Radio IKIMfm.
Khasiat Tomyam (Yang Dibuat Guna Sumber-Sumber Asli)
Terima kasih kerana tolong ‘share’kan
Moga info ini bermanfaat kepada semua
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Video temu bual Dr Suri Roowi dengan Radio IKIMfm.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tomyam. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa bahan-bahan dalam tomyam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan menghalang pertumbuhan kanser berbanding dengan makanan-makanan yang lain.
Malah menurut Dr Suri Roowi lagi, siapa yang rajin makan tomyam akan lebih rendah risiko kanser usus besar dengan syarat tom yam menggunakan sumber-sumber asli seperti limau purut, serai dan sebagainya termasuk mengurangkan penggunaan MSG ketika memasak.
Sangat bagus kerana mempunyai sifat anti-oksidan, bagus untuk orang yang ada diabetik bagi mengawal gula dalam darah dan bagus untuk sesiapa yang ada masalah saraf.
Hasil kajian mendapati bahan citral dalam serai bertindak sebagai anti-kanser terutamanya kanser usus besar, anser ovari dan kanser payudara.
Kajian ke atas serai pula banyak melibatkan sel di mana kita tanam sel dalam satu bekas. Kemudian ia digoncang dan dikaji dengan memasukkan minyak ke dalam sel serta nampak sel itu mati.
Kaya dengan antioksidan dan kajian terkini menunjukkan yang daun limau purut boleh bertindak sebagai anti-kanser. Ia telah dilakukan kajian ke atas tikus.
Selain menggunakan lengkuas, ada juga yang menggunakan temu kunci yang biasanya digunakan oleh orang Vietnam. Temu kunci ini bertindak sebagai anti-kanser khususnya untuk kanser pankreas.