Semua pasangan mahu rumah tangga bahagia. Tapi kalau dapat suami jenis pemalas memang boleh buat gaduh. Pemalas di sini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri.
Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanyalah kerja wanita dan isteri.
Bercakap tentang suami bermalasan di rumah, baca perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad sebagaimana yang ditulisnya di laman Facebook.
MENGAPA SUAMI BERMALASAN DI RUMAH
Dalam tubuh lelaki terdapat hormone kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki.
Hormon ini bukan saja penting bagi menyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki, tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing, menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang serta mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.
Homone testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormone testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya, malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya, tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga.
Oleh itu jika isteri perasan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah.
Ads
Hormone testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormone testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosterone yang semakin meningkat dalam tubuhnya.
Selain itu ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan sebab pengaruh jin, tetapi hormonenya semakin menurun. Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.
Apatah lagi jika banyak kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental di tempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu.
Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormone ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonenya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.
Ads
Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna.
Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosterone menjadi lebih rendah.
”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah…”
Ads
Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.
Bagaimana isteri boleh membantu suami?
Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya.
”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”
Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nada yang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentu dia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya.
Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone tetstorone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkah ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah.
Allah saja yang lebih tahu…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila mempunyai badan bersaiz besar dan ditambah pula dengan kecederaan sakit lutu ramai yang menyangka ia menghalang seseorang itu untuk bersenam.
Tapi sebenarnya terdapat banyak senaman yang sesuai untuk mereka. Untuk pengetahuan anda badan bersaiz besar bukanlah satu-satunya faktor seseorang itu sakit lutut.
Antara faktor lain ialah trauma akibat kemalangan dan juga faktor genetik. Bagi anda yang mengalami sakit lutut, anda tidak digalakkan melakukan aktiviti berimpak tinggi.
Contohnya jenis senamam yang mempunyai aktiviti memerlukan anda melompat atau berlari. Ini dikhuatiri boleh memberikan tambahan bebadanan pada lutut lalu meningkatkan risiko kecederaan lebih teruk terhadap lutut.
Anda juga dinasihatkan agar tidak memasksa diri untuk melakukan senaman dan tahu limit diri sendiri. Amalkan tip untuk ‘listen to your body’ bagi memastikan perkara tak diingini berlaku.
Hal ini kerana dalam usaha untuk menurunkan berat badan, menjaga pemakanan amatlah penting. Mengikut kajian, 70% usaha untuk menurunkan berat badan datangnya daripada pemakanan dan hanya 30% datangnya daripada senaman.
Jadi kepada mereka yang mengalami kekangan untuk bersenam kerana pelbagai penyakit, jangan patah semangat kerana anda masih lagi boleh mengawal pemakanan. Sebaik sahaja berat badan sudah turun dan sakit lutut semakin berkurang, anda boleh mulakan aktiviti senaman secara berperingkat.
BERIKUT MERUPAKAN TIGA JENIS SENAMAN YANG SESUAI UNTUK ANDA
Brisk walk
Brisk walk sesuai untuk mereka yang mengalami sakit lutut. Anda boleh berjalan secara santai di sekitar taman atau tasik berdekatan kawasan perumahan anda. Tingkatkan kadar kelajuan bergantung kepada kemampuan anda.
Berenang
Berenang ialah salah satu aktiviti senaman yang sesuai untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengelakkan bebanan berat badan diletakkan di lutut bila bersenam.
Berbasikal
Berbasikal juga merupakan salah satu senaman yang rendah impak, mereka yang minat berbasikal boleh menjadikan sukan ini salah satu aktiviti senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saya pernah mencapai berat badan sehingga 110kg, mengambil masa 6 bulan untuk mendapatkan berat badan ideal dan sixpack. Pernah satu tahap, at some point of my life, hidup rasa macam tiada makna sebab dulu sangat aktif dan heba, tetapi bila obesiti perasaan low self estem dan kurang keyakinan diri bila berhadapan dgn kawan-kawan.
Menu Diet
Menu saya simple sahaja, sekarang tiada competito, i just change my menu kepada complex carb seperti berasa perang, dan protein intake aya ambil ikan salmon atau ayam yang dibakar. Sayur biasanya brokoli, saya pelbagaikan cara grill untuk memberi lebih kelainan rasa.
Fitness Goal
Saya cuba memberi inspirasi kepada seramai mungkin orang di luar sana. inspire people to be like me..to be like icon-icon fitness di malaysia seperti Nana Al-Haleq, Kevin Zahri untuk educate people toward masalah obesiti, menjadikan rakyat kita semua sihat!
Cara Mudah Turunkan Berat Badan
Jika seorang mahu turunkan berat badan dengan cepat, mereka boleh kurangkan pengambilan karbohidrat dan juga melakukan latihan beentisiti tinggi untuk peringkat awal, tetapi saya sarankan adalah kepada lebih mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.
Senaman Yang Baik?
Senaman yang baik adalah anda seronok ketika lakukan senaman itu, body anda tidak stres dan tidak terpaksa. Maka berat badan pun mudah turun.
Kekalkan Motivasi Diri
Saya keep fitness knowledge saya up to date dengan sharing bersama teman-teman fitness freak, jadi 3 brains are better than 1, dari situ kita cuba untuk menghasilkan solution atau cara untuk menolong commnity agar terus jalani kehidupan sihat.
Makan Malam Boleh Gemuk?
Bagi saya tiada masalah jika anda makan pada malam hari, bergantung dalam kehidupan anda, macam saya dah kerja sampai lewat malam jadi terpaksa makan lewat, tapi saya akan pastikan ia diambil dua jam sebelum saya tidur dan sata tahu nilai dan keperluan kalori yang diambil. Paling penting anda bersenam dan bakar kembali kalori yang diambil keesokkan hari.
Dapatkan Abs?
Untuk dapatkan abs 80 percent adalah clean or healthy food. Di mana body fat percentage kena below 10. Abs are made in the kitchen
Bahagaian Paling Anda Suka Pada Tubuh Anda?
Maybe bahagian punggung sebab jarang lelaki ada punggung yg seksi, sebab selalunya mereka skip leg days.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang individu boleh kentut sehingga 20 kali sehari. Sama ada anda mengaku atau tidak, tiada siapa yang boleh mengelakkan proses semulajadi ‘membuang angin’ ini. Namun, jika kekerapan kentut anda lebih daripada itu, ia mungkin faktor-faktor berikut.
1. Makan terlalu laju
Setiap kali makan, kita sebenarnya turut menelan udara bersama-sama makanan dan minuman tersebut. Maka lebih laju anda makan, lebih banyak udara yang anda telan. Kebanyakannya akan dikeluarkan kembali apabila anda sendawa, tetapi udara selebihnya itulah yang akan menyebabkan kembung dan menambahkan kekerapan anda buang angin. Anda juga mungkin menelan banyak udara apabila mengunyah gula-gula getah, menghisap gula-gula atau minum melalui straw.
2. Terlalu banyak mengambil pemanis tiruan
Ya, pemanis tiruan mengandungi kurang nilai kalori berbanding gula biasa. Walaubagaimanapun, sistem badan manusia tidak boleh bertoleransi dengan pemanis tiruan seperti sorbitol, mannitol dan sorbito. Tambahan pula, pemanis tiruan turut mengandungi alkohol gula yang boleh menyebabkan gas dan perut kembung.
3. Menghidap Irritable Bowel Syndrome (IBS)
IBS merupakan sindrom kronik yang menyerang usus besar. Bagi sesetengah penghidap IBS, koordinasi pengecutan otot yang menggerakkan makanan dari perut ke rektum menjadi lebih kuat atau lama, menyebabkan gas, kembung dan cirit-birit. Atau pengecutan otot menjadi semakin lemah, melambatkan proses pergerakan makanan sehingga menyebabkan sembelit.
4. Tidak toleran terhadap laktosa
Sesetengah individu tidak boleh menghadam produk tenusu seperti keju, yogurt dan susu dengan baik. Laktosa – gula yang terkandung si dalam susu – perlu diuraikan oleh enzim laktase yang dihasilkan oleh usus kecil. Kekurangan enzim laktase menyebabkan laktosa tidak dapat dihadam dan terus masuk ke kolon lalu diuraikan oleh bakteria; maka bermulalah masalah gas. Intoleransi laktosa merupakan perkara biasa yang biasanya bermula di peringkat dewasa, apabila penghasilan enzim laktase turun mendadak.
5. Hidangan berkarbohidrat
Jika diet anda mengandungi banyak kekacang, tauge, kubis atau bunga kubis, kandungan fiber di dalamnya adalah baik untuk sistem penghadaman, mengatur gula dan kolesterol dalam darah, dan mengawal berat badan. Namun kesan sampingannya anda akan kentut selepas makan. Ini disebabkan perut dan usus kecil tidak dapat menyerap kesemua karbohidrat (gula, kanji, fiber) di dalam makanan yang diambil. Brokoli dan kekacang, makanan yang dikatakan ‘berangin’ pula sebenarnya tinggi kandungan raffinose (sejenis karbohidrat) yang tidak dapat dihadamkan oleh badan. Ia akan diuraikan oleh bakteria di dalam kolon, dan menghasilkan gas sebagai produk sampingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.