Kerja lewat malam biasanya ditakrifkan sebagai syif malam di mana orang bekerja sepenuhnya pada waktu malam. Kerja syif melibatkan semua jenis pekerjaan yang jadualnya ditetapkan di luar pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan kesemua kajian tersebut menyimpulkan bahawa kerja syif mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Hari ini, dalam artikel ini, kita akan mempelajari lebih lanjut tentang kesan kerja syif ke atas kesihatan.

Mengubah gaya hidup

Kaitan Antara Kerja Lewat Syif Malam & Serangan Jantung

Pekerja yang bekerja sepenuhnya pada waktu malam lebih cenderung untuk mengalami gangguan tidur, kehilangan tidur atau kemurungan kerana mereka tidak dapat bersama dengan keluarga dan rakan mereka.

Ia membawa kepada rasa terasing dan tambahan lagi, ia menimbulkan keinginan untuk makan makanan ringan dan mengurangkan keinginan mereka untuk bersenam.

Mengubah biologi

Tidur dan berjaga pada waktu yang ganjil boleh mengganggu dengan jam biologi kita yang secara saintifik dipanggil ritma sirkadian. Ritma sirkadian berfungsi bersama-sama dengan cahaya matahari semula jadi, kegelapan dan keheningan.

Ads

Kaitan Antara Kerja Lewat Syif Malam & Serangan Jantung

Setelah terganggu, ia merosakkan keseluruhan sistem badan anda termasuk metabolisme, pencernaan, keseimbangan hormon, sistem kardiovaskular dan sistem imun. Secara asasnya, ia meninggalkan kesan yang serius dan rumit.

Membawa kesan jangka pendek

Percaya atau tidak, kebanyakan orang pernah mengalami ‘pengalaman’ bekerja syif malam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Ini sama ada anda perlu mengambil peperiksaan yang sangat penting, ujian kemasukan dan perjalanan ke luar negara.

Atau rancangan untuk pulang ke rumah menaiki kapal terbang bersama orang tercinta, keluar rumah sepanjang malam atau penerbangan trans-atlantik.

Ads

Kaitan Antara Kerja Lewat Syif Malam & Serangan Jantung

Tidak kiralah apa tujuannya, berjaga malam menyebabkan kesan yang sama. Keletihan adalah tanda yang paling jelas.

Selain itu, sesetengah orang mungkin mengalami loya, cirit-birit, insomnia, merasa tidak selesa manakala sesetengahnya lebih cenderung untuk mengalami kecederaan.

Ads

Membawa kesan jangka panjang

Banyak kajian telah dilakukan dan hasilnya mendapati terdapat hubungan antara kerja syif dan peningkatan peluang untuk mendapat penyakit kronik. Satu kajian menunjukkan bahawa seseorang bekerja syif selama lebih daripada 15 tahun mempunyai 40% lebih risiko untuk mengalami strok jantung.

Pekerja syif malam juga mempunyai 50%  peluang yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes. Lebih daripada itu, peluang mendapat penyakit metabolik lain seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah tinggi, obesiti dan kolesterol tinggi adalah tiga kali ganda lebih tinggi bagi pekerja yang bekerja syif malam berbanding dengan pekerja bekerja pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Kaitan Antara Kerja Lewat Syif Malam & Serangan Jantung

Di samping itu, bekerja syif malam boleh menyebabkan perubahan emosi (mood swing) yang tidak teratur. Penyelidik mendapati bahawa kemurungan dan gangguan emosi (mood) berlaku kerana perasaan terasing, dan kekurangan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin.

Walaupun terdapat banyak risiko kesihatan dan kebanyakan orang yang bekerja syif malam seolah-olah menyedari risiko ini, mereka masih tidak mempunyai pilihan lain kerana bekerja syif malam dianggap sebagai keperluan profesional.

Cara yang terbaik untuk kekal sihat adalah dengan memakan makanan yang seimbang, mendapatkan tidur yang cukup, senaman secara teratur, berhubung dengan orang yang anda sayangi dan rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI