Kagum! Setiap Hari Lelaki Ini Berenang 2.2 Kilometer Ulang Alik Ke Tempat Kerja

Share

Pergi dan pulang dari kerja merupakan antara rutin harian yang majoriti daripada kita semua lakukan. Ada yang menggunakan kereta, motosikal, basikal dan ada juga yang menggunakan kenderaan awam seperti bas, tren dan juga feri.

Jika anda rasa bosan berulang-alik ke tempat kerja dengan terpaksa meredah kesesakan jalan raya atau menunggu tren, apa pula kata anda selepas melihat apa yang seorang lelaki dari China ini lakukan.

Menggunakan beg kalis air untuk bawa pakaian dan kasut.

Zhu Biwu merupakan seorang lelaki berusia 53 tahun yang tinggal di Selatan Wuhan memilih untuk berenang setiap hari untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Apa yang lebih mengagumkan dia telah melakukan perkara ini sejak 11 tahun yang lalu! Baru-baru ini tular di laman media sosial di negara tersebut selepas rakaman seorang lelaki berenang di Sungai Yangtze.

BACA: 2 Tahun Kumpul RM16.50, Bapa Akhirnya Mampu Belikan Anak Baju Baharu!

LEBIH JIMAT MASA

Setiap hari bekerja Zhu Biwu berenang kira-kira 2.2 kilometer merentasi Sungai Yangtze bagi menjimatkan masa ke pejabat. Dia mengambil masa selama kira-kira 30 minit untuk menyeberang sungai tersebut. Difahamkan perjalanan menggunakan keretapi akan mengambil masa selama sejam.

Inilah rutin harian yang dilakukannya untuk pergi dan balik kerja.

Beliau yang bekerja sebagai pengurus pasar makanan di Wuchang ini berkata keputusan yang dilakukan untuk berenang ke tempat kerja ini bkan sahaja menjimatkan masa tapi telah menjadikannya sebagai seorang yang sihat.

KESAN POSITIF

Malah tidak keterlaluan dikatakan telah menyelamatkannya daripada penyakit merbahaya. Pada tahun 1999 dia telah dikesan menghidap type 2 diabetes dan mempunyai berat bedan melebihi 100 kilogram.

Zhu Biwu mula berenang pada tahun 2004 dan melatih dirinya untuk menyeberangi Sungai Yangtze. Sejak itu, berat badannya turun kepada paras normal. Malah kadar gula juga menurun dan staminanya meningkat dengan begitu hebat sekali.

Kelibat Zhu Biwu di tengah-tengah Sungai Yangtze.
Tiba di darat dia akan terus tukar pakaian untuk ke tempat kerja.

Disebabkan aktiviti hariannya ini, pemandu-pemandu feri telah mengenalinya dan memberi laluan untuknya melintas. Jelasnya lagi, corak renangan yang dilakukannya ialah kuak dada.

Bagaimana dengan kita? Stres berada dalam kesesakan jalan raya sehingga menimbulkan amarah yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri sahaja. Mungkin kisah ini boleh memberikan kita inspirasi untuk lebih bersyukur dengan nikmat kesenangan yang dianugerahkan kepada kita.

Sumber: China News

Published by
Farizul Izwany