Foto: vectorpouch - www.freepik.com

Jika anda seorang pemandu kereta yang secara rutin menjadi pengguna jalan raya, pasti pernah berdepan situasi di mana anda tidak nampak kenderaan yang hampir di belakang. Ketika ingin menukar lorong barulah nampak dan mulalah kalut betulkan semula kereta ke dalam lorong asal.

Sebenarnya, masalah tidak dapat mengenal pasti kereta atau kenderaan lain di belakang atau di sisi akibat blind spot sering menjadi punca kemalangan. Mungkin ia disebabkan kecuaian atau mungkin juga kerana pemandu sedikit naif apabila berdepan situasi ini.

Kita harus sedar sebagai pemandu, peranan kita yang sangat penting bagi memastikan keselamatan diri, penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Cara Selamat Tukar Lorong, Jangan Tekan Signal Terus Masuk Macam Tu Je!
Designed by vectorpouch / Freepik

Semasa memandu sangat penting untuk anda mengetahui di manakah lokasi blid spot kenderaan anda bawa berbanding kenderaan lain. Apabila anda mengetahui lokasi blind spot dengan baik ia akan membnatu anda melindungi diri dan orang sekeliling sekali gus mengelakkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.

IKLAN

Tahukan anda menggunakan pandangan visi peripheral sahaja tidak mencukupi? Jika tidak mengetahui blind spot dengan baik anda akan berdepan banyak masalah semasa memandu terutamanya semasa ingin bertukar lorong.

CARA KENALI BLIND SPOT

Blind spot merupakan kawasan di bahagian sisi kereta anda di mana ia tidak dapat dilihat dengan menggunakan cermin sisi atau cermin belakang. Jadi untuk memastikan kawasan ini selamat sebelum bertukar lorong anda harus memusingkan kepala untuk melihatnya.

Kaedah paling selamat untuk menukar lorong juga sebenarnya cukup mudah. Akan tetapi masih ramai yang terlibat dengan kemalangan akibat tidak ambil serius dengan blind spot.

IKLAN
Cara Selamat Tukar Lorong, Jangan Tekan Signal Terus Masuk Macam Tu Je!
Foto: freepik – www.freepik.com

Ingat sebelum menukar lorong berikan ‘signal’ dahulu untuk memberitahu kenderaan lain di belakang. Kemudian periksa cermin belakang dan cermin sisi. Dan sebelum menukar lorong , toleh dengan pantas di sebalik bahu anda untuk lihat sama ada jalan betul-betul sudah tiada kenderaan terutama di bahagian blind spot.

Dan jika anda membawa penumpang di kerusi belakang usahlah segan untuk meminta mereka meilhat ke bahagian blind spot demi pastikan jalan betul sudah ‘clear’.

IKLAN

Kenderaan model yang lebih maju dan terkini sudah banyak yang dilengkapi dengan sistem amaran dan mengesan jika ada kenderaan di bahagian blind spot.

Jadi ingatlah seberapa handal sekalipun anda mengendalikan kenderaan bahaya blind spot itu tetap akan ada terutamanya bagi mereka yang alpa dan cuai.

Dapatkan aksesori kereta pada harga hebat di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI