Kini, sudah ramai ibu bapa yang menggunakan kad imbas sebagai salah satu cara pengajaran untuk anak-anak mereka. Dan pelbagai jenis kad imbas pun ada di jual dipasaran. Tinggal pilih aje lagi.
Namun, apa yang menariknya ialah bayi kembar yang diberi nama Adam dan Noah turut mendapat teknik pengajaran yang menarik buat bayi ini. Jom kita tengok cara beliau mengajar bayi kembar yang baharu lahir ini menggunakan teknik flashcards.
” Flashcards bersama bayi kembar- Adam berada di sebelah kanan manakala Noah berada di sebelah kiri. Saya lebih suka untuk menghabiskan masa ‘bonding’ bersama mereka dengan menggunakan flashcards. Flashcards yang digunakan adalah seperti haiwan, bentuk atau number dimana ia sangat bagus untuk stimulasi otak anak-anak. Saya juga mendapati bahawa anak kembar saya menjadi lebih ‘alert’ dan focus bila saya tunjuk gambar di flashcard. Adam suka sangat dengan ikan manakala Noah pula sukakan burung. Seorang ayah tak akan pernah boleh mengatasi ‘bonding time’ anak dengan ibu ketika menyusukan badan, jadi bermain flashcards adalah medium untuk si ayah ‘connect’ dengan anak.”
” Teknik flashcards bersama bayi- Seperti yang anda dapat lihat, Adam dan Noah sangat fokus dan ‘alert’ dengan gambar. Cuba lakukan aktiviti ini di dalam suasana yang sunyi dan cerah. Tunjuk flashcards dengan gerak cepat kerana bayi mempunyai tahap ‘attention’ yang pendek. Pastikan suara anda kuat dan jelas dan jangan lupa untuk berikan pelukan kepada anak setelah selesai. Boleh cuba lakukan aktiviti selama 5 kali sehari menggunakan flashcards yang sama selama seminggu. Anda pun boleh buat flashcards mengikut kreativiti anda sendiri ya!”
*Bukan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sahaj yang boleh menggunakan teknik flashcards ni tau. Rupa-rupanya, bayi baharu lahir pun dah boleh belajar menggunakan teknik ini!
Sumber : Sirap Limau