Tidak dapat dinafikan sejak kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri serta pembukaan kepada hampir semua sektor ekonomi rakyat Malaysia berpusu-pusu tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti.
Di antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai ialah lokasi percutian seperti pantai, pulau, air terjun dan sungai yang cantik. Tidak kurang juga yang lebih selesa untuk bercuti di hotel-hotel terkenal yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah kolam renang.
Tambahan pula dengan cuaca panas bersilih ganti dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini aktiviti mandi-manda memang sangat popular. Setelah hampir dua tahun berkurung, pastinya keturajaan itu akan lebih dirasai terutamanya oleh anak-anak.
Namun di sebalik keterujaan tersebut ada beberapa perkara yang harus anda beri perhatian terutamanya ketika melakukan aktiviti tersebut. Selain faktor keselamatan kejadian air masuk ke dalam telinga juga perlu ditanagani dengan baik.
MASKULIN tertarik dengan hantaran dari Mythbusters Malaysia di Facebook mereka di mana penjelasan tentang kaedah terbaik untuk keluarkan air dalam telinga dengan betul dan selamat.
Menerusi perkongsian tersebut Mythbusters Malaysia menerangkan tentang kaedah paling selamat untuk mengeluarkan air dalam telinga. Ikuti perkongsian tersebut di bawah.
Jika dibiarkan air tersebut berada lama dalam telinga boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman atau otitis externa. Manakala andai kata telinga dikorek dengan menggunakan jari atau apa-apa alatan pula boleh menyebabkan berlakunya luka dan membawa kepada lebih risko jangkitan kuman.
Jadi bagaimana hendak keluarkan air yang tersumbat dalam telinga ini? Berikut antara kaedah dan langkah boleh dilakukan.
1. Keringkan bahagian luar telinga denga kain .
2. Elak memasukkan kain/kapas dalam lubang telinga
3. Sengetkan/telengkan kepala, tekap tapak tangan ke cuping telinga dan kemudian tarik tangan dengan pantas. Lakukan beberapa kali sehingga air yang tersumbat keluar daripada telinga
4. Atau, sengetkan kepala dan tarik cuping telinga agar laluan lubang telinga menjadi lurus dan memudahkan air yang tersumbat keluar.
5. Boleh juga menggunakan alat pengering rambut. Setkan pengering rambut kepada kepanasan paling rendah dan halakan kepada telinga. Pastikan jarak jauh daripada telinga (lebih kurang sekaki)
6. Elakkan menjolok lubang telinga dengan jari atau kuku, kapas pengorek telinga atau apa-apa alatan tajam mahupun tumpul untuk elak risiko kecerderaan dan terkena gegendang telinga.
Seandainya terdapat atau berlakunya jangkitan di dalam telinga sila perhatikan kepada beberapa gejala seperti berikut;
1. Kegatalan dalam telinga
2. Kemerahan dalam laluan lubang teliga
3. Rasa sakit dan tidak selesa. Rasa sakit ini akan lebih ketara apabila bahagian luar telinga di sentuh
4. Terdapat cecair jenih dan tidak berbau keluar dari telinga.
Maka sekiranya alami gejala seperti di atas, rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan dan preskripsi ubat titis telinga yang sesuai bagi mengatasi masalah jangkita kuman yang berlaku.
Kredit: Mythbusters Malaysia