Tak kira tua muda, kalau dah namanya rakyat Malaysia tu, pasti gemar makan durian kan? Anda mungkin tahu bagaimana petua untuk hilangkan bau tangan ketika anda makan durian tu, dan anda juga tahu bagaimana nak hilangkan panas badan apabila anda telan berulas-ulas durian tu, namun mungkin anda kurang arif tentang apa yang perlu anda lakukan apabila bau durian lekat di dalam kereta anda. Mungkin ada petua yang anda tahu, atau mungkin ini kali pertama anda dengar?

Kaedah Buang Bau Busuk Dalam Kereta Buat Penggemar Buah Durian

 

1. Bungkus serbuk kopi

Kaedah Buang Bau Busuk Dalam Kereta Buat Penggemar Buah Durian

(tak kisah cap apa pun) dalam kain dan letakkan di dalam kereta. Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian atau bau yang lain dalam bonet kereta anda. Biji kopi juga biasanya  digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda.

 

2. Cuka

 

Letakkan semangkuk cuka dalam bonet kereta dan tutup. Bau cuka yang sifatnya berasid ini boleh juga menghilangkan bau durian. Selain itu cuka juga boleh digunakan untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan rumah anda. Jadi anda boleh mengelakkan diri daripada terkena najis kucing sebelum menaiki kereta, kalau tidak haru beb!

IKLAN

 

3. Roti

Kaedah Buang Bau Busuk Dalam Kereta Buat Penggemar Buah Durian

Mungkin agak pelik, tapi tak cuba tak tahu kan? Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras. Jangan makan pula roti keras tu.

 

4. Arang

IKLAN

 

Ada petua mengatakan arang boleh membantu menghilangkan bau durian. Tinggalkan beberapa keping arang dalam kereta anda selama beberapa hari, bau tersebut akan diserap oleh arang dan lepas itu kalau nak guna semula arang tersebut untuk buat barbeku,tak ada masalah.

 

5. Tangkai Buah Durian di 

Kaedah Buang Bau Busuk Dalam Kereta Buat Penggemar Buah Durian

Ramia yang mengatakan petua ini berkesan. Apa kata anda ambil tangkai buah durian yang anda makan tu dan selitkan di antara jaring-jarang penghawa dingin kereta anda. Bau kayu tangkai tersebut akan merebak dalam kereta anda sekaligus membuang bau busuk durian dalam kereta anda.

IKLAN

 

6. Buah Nenas / Daun pandan 

 

Kaedah Buang Bau Busuk Dalam Kereta Buat Penggemar Buah Durian

Buah nenas juga boleh menyerap bau durian. Potong separuh buah nenas itu dan letakkan dalam kereta anda. Tapi cara ini pasti membuatkan anda berfikir beberapa kali terlebih dahulu. Kalau anda rasa rugi nak guna buah nenas, boleh juga letakkan daun pandan dalam kereta. Bau tersebut boleh dihilangkan oleh aroma daun pandan tersebut.

 

Cara paling simple adalah bungkus dahulu buah durian sebelum dimasukkan ke dalam kereta dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik dan ikat dengan kemas. Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu, jangan memasang pendingin hawa. Biarkan udara dari luar masuk ke dalam kereta anda dan sekaligus memberikan pengudaraan yang lebih baik dalam kereta. OK! lepas ni kereta tak berbau dah!

 

Sumber: careta.my

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI