Sekeping kad plastik kecil yang bernama kad kredit boleh menjadi masalah besar kepada si pemegangnya. Tanpa pengurusan hutang kad kredit yang bijak, pastinya lambat laun pemilik kad kredit akan berpusar lebih dalam ke lubuk hutang.

Bukan hendak kata kad kredit hanya memberi keburukan sahaja, kad kredit mempunyai manfaatnya. Namun sering kali kad kredit dikaitkan dengan masalah yang diberikan- hutang tidak terkawal. Dan seperti apa jua masalah kewangan lain, ia lebih baik disedari di peringkat awal, sebelum terlewat.

Berikut adalah lima langkah mengendalikan hutang kad kredit sekiranya anda telah terperangkap dengan jerat hutang.

Kad Kredit, Bukanlah Bukti Teman Lelaki Anda Kaya

1-Akui masalah anda

Masalah hutang kad kredit adalah masalah anda. Oleh itu, hanya anda sahaja yang boleh menyelesaikannya. Langkah pertama adalah mengakui keadaan sebenar. Mengabaikan keadaan hanya akan memudaratkan lagi keadaan kewangan. Oleh kerana masalah yang tidak diselesaikan, pastinya akan semakin besar.

Ambil masa untuk kumpul semula semua penyata kad kredit dan letakkan di depan anda. Sering kali bagi mereka yang tidak mahu (atau tidak suka) mengaku masalah kad kredit sendiri, tidak akan membuka penyata kad kredit yang diterima di rumah. Ini kerana, tidak mahu hati berasa susah dengan jumlah hutang yang sudah melampau jumlah maksimum.

Perhatikan dan lihat setiap transaksi yang dilakukan. Dengan pen merah, tandakan perbelanjaan-perbelanjaan telah dilakukan iaitu yang anda fikir sepatutnya anda tidak memerlukan.

Selalunya, di sini terdapat berbagai-bagai entri di penyata kad kredit, ada yang tercatat nota merah. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk berhadapan dengan masalah yang anda hadapi, dan bertekad untuk lebih bertanggung jawab pada kewangan anda.

Dalam masa yang sama juga, perhatikan dan pelajari betapa tingginya ‘bunga’ yang dikenakan, jumlah minima yang perlu dibayar dan juga jumlah keseluruhan hutang untuk setiap kad kredit.

IKLAN

 

2-Beri keutamaan

Satu strategi anda boleh lakukan adalah beri keutamaan untuk membayar balik kad kredit yang mempunyai jumlah hutang terendah. Teknik ini sering disarankan untuk memberi motivasi kepada pemilik kad melangsaikan hutang terendah supaya dapat melihat jumlah hutang pada satu-satu kad kredit dapat diselesaikan. Sememangnya boleh pun!.

Dalam pada itu juga pastikan kesemua kad kredit yang lain dibayar jumlah minima supaya anda tidak dikenakan caj-caj tambahan. Teruskan pembayaran kad terendah sehingga langsai kesemua hutang tersebut, dan selepas langsai, berikan keutamaan pada kad kredit yang mempunyai jumlah terendah seterusnya.

Di samping membayar baki minima kad-kad seterusnya, gunakan jumlah yang telah dibayar pada kat pertama tadi untuk kad seterusnya. Ulangi langkah di atas sehingga kesemua hutang dapat dilangsaikan. Teknik pembayaran balik sebegini adalah lebih sistematik di samping memberi motivasi untuk meneruskan momentum pembayaran kad kredit.

 

IKLAN

3-Jaga emosi anda

Dalam proses melangsaikan hutang kad kredit, pastinya terdapat banyak suara-suara dugaan yang datang untuk melarikan fokus anda ke arah perbelanjaan menggunakan kad kredit.

Dugaan datang dalam pelbagai cara, mungkin melalui iklan-iklan TV ataupun pulangan mata ganjaran sekiranya anda menggunakan lebih banyak kad kredit anda.

Kesemua dugaan ini akan menghantui emosi dan ingat- iklan di TV, syarikat kad kredit, dan juga sistem mata ganjaran, kesemuanya dalam ‘perniagaan’ untuk membuatkan anda belanjakan wang.

 Kad Kredit, Bukanlah Bukti Teman Lelaki Anda Kaya

IKLAN

4-Minimakan kad kredit

Sekiranya anda telah capai ke langkah ini, tahniah. Anda mengakui kesilapan perbelanjaan yang tidak terurus. Anda telah melakukan bayaran hutang secara sistematik dan juga mengawal emosi anda supaya tidak berbelanja dan berdisiplin ketika usaha membayar balik hutang kad kredit.

Sekiranya telah selesai bayaran kad kredit pada satu-satu kad, cepat-cepat tutup akaun anda dan tidak lagi menggunakannya. Pastinya tidak berbaloi untuk anda terjerat semula dalam hutang kad kredit.

Tutup beberapa akaun kad kredit anda dan hanya hidup dengan satu dua kad sahaja. Itu pun digunakan khas untuk kecemasan- membeli-belah bukan kecemasan.

Dengan meminimumkan kad kredit yang digunakan, dengan harapan minima juga perbelanjaan. Ada juga pakar kewangan menasihatkan supaya potong kad kredit dan buangkannya. Sekiranya anda ingin lakukan ini, teruskanlah. Asalkan anda jangan lupa tutup akaun kad kredit tersebut supaya tidak dikenakan caj tahunan pula.

 

5-Bangga dengan pencapaian anda

Bangga dengan pencapaian anda- tanamkan rasa gembira atas menyimpan wang dan bukannya membelanjakan wang. Dengan menjadikan menyimpan wang sebagai tabiat dan berasa gembira setiap kali mencapai matlamat kewangan anda- seperti melangsaikan hutang kad kredit, anda berjaya menyemai tabiat kewangan yang sihat.

Untuk berjaya dalam kewangan, ia tidak memerlukan ijazah kewangan peringkat tertinggi. Memadai dengan menanam sikap dan tabiat berbelanja secara sihat. Belanja kurang daripada pendapatan anda. Itu sahaja yang diperlukan untuk tidak terbelenggu hutang kad kredit.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI