Di kalangan mereka yang aktif melakukan aktiviti sukan lasak, luncur air, larian mahupun berbasikal pastinya tidak asing lagi dengan jenama kacamata Oakley.
Melakukan aktiviti luaran sememangnya lebih selesa untuk menggunakan kaca mata bagi melindunginya dari sinaran terik cahaya matahari.
Sebagai jenama yang cukup dipercayai memberikan bukan sahaja keselesaan tetapi perlindungan, Oakley sentiasa memperkenalkan inovasi terkini dalam variasi koleksi mereka.
Terbaru, Oakley memperkenalkan Hydra, kaca mata yang bentuknya dinspirasikan dari bentuk Razor Blade hadir dengan semi-rimless dengan lensa berpelindungan.
Lebih menarik lagi, Hydra tampil dengan inspirasi rekaan dan warna yang popular pada era 90-an. Selain itu juga ia turut memberikan ‘homage’ kepada budaya surfing yang cukup subur pada zaman tersebut.
Ads
Pengenalan Hydra turut dijayakan dengan kempen yang cukup bersifat kelestarian alam. Kempen ini diketuai oleh peluncur air profesional dan Team Oakley iaitu Ethan Ewing dan Griffin Colapinto. Momen dirakamkan mereka ketika meluncur di Indonesia menyingkap intipati ‘Good Times Only’.
Oakley Hydra hadir dengan reka bentuk yang cukup menarik dengan logo jenamanya di bahagian sisi sebelah atas – rekaan yang popular pada era 90-an. Selain tampil dengan reka bentuk Razor Blade, Hydra juga dilengkapi dengan teknologi Prizm Lens Technology yang memberikan visual warna dan kontras yang memuaskan.
Ads
Selain itu, ia juga hadir dengan Unobtainium, ciri kalis gelincir yang terletak di bahagian hidung dan opsyen low-bridge.
“Warisan Oakley di California di sepanjang kemuncak budaya surfing pada era 90-an merupakan sebahagian identiti cukup penting dan merupakan DNA bagi jenama kami.
Ads
“Hydra merupakan sebuah indikasi tradisi dan legasi ikonik peluncur yang membelah arus pada dua dekad lalu. Stau tradisi yang kami ingin teruskan,” jelas Timbalan Presiden Rekaan Oakley, Nick Garfias.
Mungkin dalam tempoh 10 tahun dahulu ramai pihak tidak pernah membayangkan bahawa sesebuah jenama streetwear mampu berkolaborasi dengan jenama mewah. Kini ia bagaikan trend terbaru yang semakin mekar dalam dunia fesyen lelaki.
Salah seorang pereka fesyen high-end streetwear yang sangat prominen ialah Jerry Lorenzo menerusi labelnya Fear of God. Terbaru, Ermenegildo Zegna mengumumkan kerjasamanya bersama Jerry Lorenzo pada pelancaran Paris Fashion Week baru-baru ini.
Zegna menerusi Pengarah Arstistik, Alessandro Sartori dan Jerry Lorenzo telah bersama-sama menghasilkan koleksi lelaki eksklusif.
Rekaan hasil kolaborasi ini menyaksikan hasil yang menyerlahkan identitui kedua-dua jenama – Zegna dengan kepakaran jahitan kemas dan Fear of God sentuhan unik lebih moden.
Kerjasama kreatif kedua jenama turut menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori kotemporari buat lelaki muda yang kehidupannya penuh dengan ekspresi fesyen dan juga kebebasan.
Koleksi eksklusif Zegna x Fear of God ini akan mula dipertontonkan kepada umum di Paris Fashion Week pada 2 Mac 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara berita terbesar yang disampaikan oleh jenama jam mewah Bell & Ross untuk tahun ini ialah pengenalan koleksi Bell & Ross BR 05 Skeleton. Bagi anda yang mungkin kurang tahu tentang jenama ini, Bell & Ross merupakan antara pemain utama pembikin jam premium yang juga mengambil inspirasi indsutri penerbangan sebagai pilihan ramai lelaki sukses.
BR 05 merupakan antara model jam baru yang diperkenalkan oleh mereka. Beberapa versi telah dipasarkan sebelum ini dan kini Bell & Ross mengetengahkan versi ‘Skeleton’.
Menariknya model terbaru ini tampil dengan elemen yang lebih ringkas. Apa yang dibawa menerusi model terbaru ini ialah ketepatan, tahan lasak dan juga reka bentuk yang menggabungkan elemen bulat dan segi petak.
Dari segi rekaan pula, Bell & Ross menegaskan bahawa jam ini tergolong dalam ‘famili’ integrated case di mana tali jamnya seakan bercamtun terus dengan bahagian body jam.
Dengan saiz 40mm, ia merupakan saiz yang cukup sederhana serta sesuai buat jejaka yang mahu tampil lebih minimalis. Ia juga melekat dengan padan pada bahagian tangan bila dipakai kerana rekaan melengkung pada bahagian arc.
Sebagai alternatif, Bell & Ross juga menawarkan tali jam getah yang mampu memberikan gaya lebih berbeza.
Bell & Ross BR 05 Skeleton hanya dikeluarkan dalam jumlah 500 unit di seluruh dunia. Dan ia pastinya menjadi rebutan para penggemar jenama jam ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hari ini masuk hari kedua umat Islam menjalani ibadah puasa di Malaysia dan seluruh dunia. Walaupun berdepan cabaran pandemik, namun keterujaan menyambut Ramadan dan Syawal pada bulan hadapan masih juga terasa.
Dalam tempoh beberapa hari ini pelbagai rekaan baju raya sudah dikongsi oleh banyak pereka fesyen dan juga jenama. Sama ada jenama tempatan mahu pun luar negara, masing-masing menyerlahkan rekaan yang tersendiri.
Begitu juga dengan jenama asal Jepun, UNIQLO yang melancarkan beberapa rekaan pakaian bersempena musim perayaan nanti. Tampil dengan tema ‘Grateful for Every Moment, Essential for Every Occasions’, koleksi raya dari UNIQLO pada tahun ini diserlahkan dengan padanan pelbagai jenis fabrik.
Di antaranya ialah fabrik dari jenis kapas, rayon dan juga strecth jersey yang mampu memberikan keselesaan sepanjang hari sesuai dengan cuaca di negara kita.
Koleksi khas raya ini telah dilancarkan dan kini boleh didapati di outlet dan juga laman e-dagang UNIQLO di atas talian. Di antara yang paling menarik perhatian ialah rekaan Dry Easy Baju Melayu yang tampil tanpa kolar dan juga kemeja bermotifkan batik.
Menariknya, Baju Melayu dari UNIQLO ini dihasilkan dari fabrik strecth jersey yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi rasa kelembutan pada kulit ketika memakainya. Dari segi fit pula ia tidak terlalu lebar atau besar dan sesuai dengan rekaan kotemporari terkini.
Inovasi ‘Dry Easy’ menjadikan Baju Melayu ini tidak panas untuk dipakai serta cepat kering apabila terkena peluh. Dan istimewa lagi ia juga wrinkle-resistant atau tidak akan berkedut.
Kemeja bermotifkan batik pula diperbuat daripada fine cotton broadcloth yang memberikan sensasi kelembutan dan halus pada buat sesiapa sahaja yang memakainya. Untuk sensasi gaya, padankan dengan seluar Smart Ankle atau sleuar Ultra Light bagi penampilan lebih kasual.
Selain koleksi lelaki, pilihan untuk wanita juga tidak kurang hebatnya dengan Batik Collections.
Selain itu sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan akan datang, UNIQLO turut bakal menjalankan beberapa kempen seperti Raya Campaign Activities, Reusable Raya Packet Giveaway dan AIRism Mask Giveaway yang rata-rata disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...