Tahukah anda, epal boleh bantu anda kuruskan badan, ia baik untuk diminum ketika waktu pagi serta selepas makan. Selain itu, terdapat banyak tips diet mencadangkan kita untuk memakan epal sebagai gentian kepada snek lain yang tidak menyihatkan. Ini kerana epal itu sendiri mempunyai banyak khasiat.
Selain daripada memakan epal untuk kuruskan badan, kita juga boleh ekstrak ia menjadi minuman yang menyihatkan. Harus diingat, anda seharusnya meminum ia tanpa campuran gula, kalau tidak sama sahaja anda beli jus epal yang ada di pasaran dengan jumlah gula yang tidak diketahui.
Walaupun buah epal bukan buah tempatan dan sedikit mahal, namun untuk mendapatkan khasiatnya, tidak salah untuk melabur sedikit.
Berikut adalah antara khasiat yang bakal anda perolehi jika mengamalkan minuman jus Epal yang sempat MASKULIN buatkan senarai.
BACA: Selain Bersenam, Lelaki Sihat Sentiasa Amalkan 5 Pemakanan Ini Untuk Kurangkan Kolesterol
Tubuh badan kita memerlukan serat untuk memudahkan proses penghadaman. Buah epal amat kaya dengan serat, ia juga membantu mengurangkan masalah sembelit ketika membuang air besar.
Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap khasiat buah epal dan salah satunya adalah mengurangkan risiko penyakit barah. Ia mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru serta melambatkan proses penyebaran sel tersebut.
3. Merawat Anemia
Seorang lelaki dewasa normal memerlukan 12.5 hingga 18.5g/dL haemogoblin. Jika kurang daripada itu, anda menghidap penyakit Anemia iaitu kekurangan zat besi dalam badan. Buah ini kaya daengan khasiat zat besi serta berupaya menambah kekurangan haemoglobin dalam darah.
Mereka yang mengambil sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat yang tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelak makan terlalu banyak.
Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.