Kesihatan

Jus Buah Lebih Bahaya Daripada Minuman Berkarbonat Jika Salah Faham – Doktor

Share

Umum sedia maklum yang minuman jus buah-buahan segar mempunyai manfaat kepada kesihatan, namun tahukan anda yang minuman ini boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan anda?

Bahkan, minuman jus buah-buahan segar adalah lebih memudaratkan daripada minuman berkarbonat jika anda salah faham mengenai kandungannya.

Menurut perkongsian seorang doktor iaitu Dr Onn Akbar Ali di laman media sosialnya, beliau bimbang dengan tanggapan masyarakat yang menganggap jus buah-buahan adalah satu minuman yang sihat.

@dronnakbarali Baik minum air cola daripada air jus… Follow, Like & Share. #dronn
#pakarjantung #kpjkajang #cola #soda #juice #minuman #gula #unhealthy #airmanis ♬ original sound – DR ONN AKBAR ALI

Beliau yang juga seorang pakar jantung itu adakalanya berpendapat yang lebih baik jika anda minum minuman berkarbonat berbanding jus buah-buahan.

“Sebab apabila kita minum air Coca-Cola atau Pepsi, kita tahu bahawa minuman itu adalah tidak sihat, minuman itu adalah banyak gula dan kandungan-kandungan yang tak bagi apa-apa manfaat,” katanya.

Disebabkan sedar yang minuman berkarbonat bukanlah pilihan terbaik untuk kesihatan, akan timbul rasa bersalah dan was-was dalam diri seseorang sekaligus membuatkannya mengehadkan pengambilan minuman itu, jelas Dr Onn lagi.

Hasil Dari Buah Tidak Semestinya Sihat

Berbeza dengan jus buah-buahan, ramai yang meminumnya tanpa rasa bersalah kerana beranggapan yang minuman itu adalah minuman yang sihat.

“Bangun pagi minum air jus. Petang-petang bila dahaga cuaca panas, minum air jus sejuk. Malam-malam sebelum tidur tengah layan Netflix, minum lagi jus sebab dia rasa benda itu sihat,” ujar Dr Onn.

Walaupun ia terhasil daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan, menganggapnya sebagai satu minuman yang sihat adalah tanggapan yang salah.

Image by Racool_studio on Freepik

Dr Onn menjelaskan yang kandungan jus buah-buahan itu hanyalah air dan buah-buahan sahaja tanpa sebarang khasiat lain.

“Ambil buah kita perah jus, keluarkan air dan gula. Serat semua kita buang,” jelasnya lagi.

“Sebab itu kadang-kadang saya rasa minum air jus lebih bahaya sebab apabila orang minum air jus. Dia ingat dalam kepala otak dia tengah buat perkara yang baik, minuman itu adalah minuman yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan”.

Sumber: Tiktok Dr Onn Akbar Ali

BACA: Santan Tiada Kolestrol, Selama Ini Ia ‘Difitnah’

 

Published by
Ruszaini Ruslan