Umum sedia maklum yang minuman jus buah-buahan segar mempunyai manfaat kepada kesihatan, namun tahukan anda yang minuman ini boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan anda?
Bahkan, minuman jus buah-buahan segar adalah lebih memudaratkan daripada minuman berkarbonat jika anda salah faham mengenai kandungannya.
Menurut perkongsian seorang doktor iaitu Dr Onn Akbar Ali di laman media sosialnya, beliau bimbang dengan tanggapan masyarakat yang menganggap jus buah-buahan adalah satu minuman yang sihat.
Beliau yang juga seorang pakar jantung itu adakalanya berpendapat yang lebih baik jika anda minum minuman berkarbonat berbanding jus buah-buahan.
“Sebab apabila kita minum air Coca-Cola atau Pepsi, kita tahu bahawa minuman itu adalah tidak sihat, minuman itu adalah banyak gula dan kandungan-kandungan yang tak bagi apa-apa manfaat,” katanya.
Disebabkan sedar yang minuman berkarbonat bukanlah pilihan terbaik untuk kesihatan, akan timbul rasa bersalah dan was-was dalam diri seseorang sekaligus membuatkannya mengehadkan pengambilan minuman itu, jelas Dr Onn lagi.
Ads
Hasil Dari Buah Tidak Semestinya Sihat
Berbeza dengan jus buah-buahan, ramai yang meminumnya tanpa rasa bersalah kerana beranggapan yang minuman itu adalah minuman yang sihat.
“Bangun pagi minum air jus. Petang-petang bila dahaga cuaca panas, minum air jus sejuk. Malam-malam sebelum tidur tengah layan Netflix, minum lagi jus sebab dia rasa benda itu sihat,” ujar Dr Onn.
Walaupun ia terhasil daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan, menganggapnya sebagai satu minuman yang sihat adalah tanggapan yang salah.
Ads
Dr Onn menjelaskan yang kandungan jus buah-buahan itu hanyalah air dan buah-buahan sahaja tanpa sebarang khasiat lain.
“Ambil buah kita perah jus, keluarkan air dan gula. Serat semua kita buang,” jelasnya lagi.
“Sebab itu kadang-kadang saya rasa minum air jus lebih bahaya sebab apabila orang minum air jus. Dia ingat dalam kepala otak dia tengah buat perkara yang baik, minuman itu adalah minuman yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan”.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang ada terjadi.
Ibu bapa juga perlu ada ilmu teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa anak di waktu kecemasan. Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.
Jika ANAK Tercekik Makanan, PAPA Kena Lakukan Teknik Heimlich Ini
Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak. Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.
Jika bayi kurang daripada setahun
1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan.
2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.
3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.
4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 sehingga bantuan kecemasan tiba.
Teknik untuk kanak-kanak dan remaja
1. Tundukkan badan kanak-kanak (boleh juga minta anak duduk) lalu tepuk lima kali di antara tulang belikat menggunakan sebelah tangan. Perhatikan jika objek sudah keluar atau tidak.
2. Jika tidak keluar, letak sebelah tangan di belakang badan anak. Sebelah lagi tangan di bahagian dada lalu tekan dada anak menggunakan bahagian bawah telapak tangan sebanyak 5 kali. Lihat sama ada objek sudah keluar atau tidak.
3. Jika tidak ulang langkah 1 dan 2 hingga bantuan sampai.
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu keadaan neurobiologi yang mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Tidak dinafikan ramai yang tidak begitu tahu mengenai penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Penyakit ini dikaitkan dengan kecelaruan minda disebabkan beberapa masalah. Malah lebih membimbangkan rupanya mereka yang menghidap ADHD ini boleh sampai rasa ingin membunuh diri.
Perkongsian lelaki ini menggunaka akauan twitter @aimanomist menceritakan pengalaman didiagnosis ADHD sejak kecil lagi.
Aku membesar macam budak2 biasa. Dari keluarga yang lower middle income. Tapi semua benda serba serbi cukup. Tak susah & tak mewah. Mak ayah aku membesarkan aku dengan kasih sayang dan pendidikan yang cukup baik. Kadangkala busy cari rezeki benda biasalah.
Aku membesar normal.
Nakal tapi cepat tangkap dalam pelajaran
Orang sekeliling aku selalu cakap yang ni nakal tapi cepat tangkap dalam pelajaran & kehidupan. Nakal aku masa sekolah rendah tu boleh tahan jugak. Selalu ulang alik bilik guru besar. Sekolah menengah aku baik sikit. Masa tu banyak bina kepimpinan diri aku. Sangat outspoken.
Cemerlang dalam pelajaran, dapat banyak offer jawatan
5A UPSR, 8A PMR, 11A SPM, Dean’s list Asasi UIA, Dean’s list semester 1 & 2 degree
Ramai orang pandang tinggi. Banyak offer jawatan. Lecturer sayang. Tapi sebenarnya, aku makin lama makin sakit. Makin lama makin bodoh.
Sebenarnya ada masalah fokus belajar
Dari zaman sekolah lagi, aku ada masalah susah focus belajar. Aku tak boleh belajar masa prep macam orang lain. Aku kena sorang2 dalam kelas baru boleh ulangkaji. Kadang2 aku akan “fly” keluar sekolah semata2 nak cari tempat yang sunyi untuk aku study.
Pernah menangis tiba-tiba & lari dari semua orang
Tapi once dah mula focus tu, aku boleh go sampai 3-4 jam. Masa zaman sekolah, aku tak rasa besar sangat masalah ni. Cuma kadang2 aku akan ada fasa depresi yang aku tak tau kenapa. Aku akan menangis tiba2 dan lari dari semua orang.
Masatu takde exposure pasal mental illness..
Pernah jumpa ustaz, minta air penawar tapi rasa pelik dengan diri tak hilang
.. jadi ada masalah pelik2 jumpa ustaz lah untuk berubat. Dapatlah air yasin 2-3 botol. Tapi rasa pelik dengan diri sendiri tu tak pernah hilang. Cuma teruk tak teruk je. Mungkin kawan2 yang best buatkn aku kuat masa zaman sekolah.
Mula menyendiri & ada social anxiety
Lepas habis SPM, masalah aku jadi makin teruk. Aku mula menyendiri. Aku mula ada social anxiety. Aku mula hilang keyakinan diri. Aku jadi pendiam & timid.
Aku yang dah biasa bercakap depan 1000 orang, jadi terketar2 nak bercakap depan 10 orang. Betul terketar beb. Cakap depan reunion classmates je pon!
Pernah bangun pagi rasa nak mati
Masa zaman asasi, aku cuba bina diri aku balik. Aku cuba kuatkan diri aku depan orang. Cuba dapatkan balik leadership aku yang hilang.
Orang nampak aku tenang & berkepimpinan. Tapi sebenarnya, hari2 aku bangun pagi rasa nak mati. Tapi aku tak tahu ape masalah aku.
Makin susah fokus, mudah penat alami insomnia
Masuk degree, aku keep bertarung dengan diri aku. Rasa makin susah nak focus. Makin mudah penat. Mood swing makin kerap. Insomnia makin teruk. Fasa depresi lebih lama.
Tapi aku lawan. Dan untuk tahun2 pertama, aku masih boleh menang dengan musuh yang aku sendiri tak kenali.
Kembali jadi pendiam dan susah untuk senyum
Masuk tahun kedua, aku dah tak tahan. Masalah aku makin kerap dan teruk. Aku tak boleh focus dalam kelas. Aku makin susah nak senyum. Makin kerap tak boleh bangun ke kelas. Aku kembali jadi pendiam menyendiri. Aku jadi jauh dari kawan2.
Aku terseksa belajar di university!
Atas nasihat kawan, pergi jumpa psikiatri
Tahun 2018, aku tahu serba sedikit tentang mental illness. Jadi, atas nasihat seorang kawan, aku pergi jumpa psychiatrist. Diagnose pertama aku ialah MDDwith schizophrenia. Mana datang schizo tu aku pon tak tahu haha. Takde symptom pon.
Terpaksa burn beberapa semester, doktor bagi ubat tapi tak berkesan
Mula tahun ke-3, aku dah tak boleh belajar. Terpaksa burn beberapa semester. 3 kali aku terpaksa amik study leave di tengah2 semester. Aku makan ubat depression yang doctor bagi. Tapi takde kesan. Aku tetap tak boleh berfungsi seperti manusia biasa.
Tukar hospital, diagnos penyakit lain
Tahun depannya, aku tukar hospital. Pegi hospital semi-private. Lebih mudah dapat doctor. Aku didiagnose ada bipolar disoder pulak. Berpapan2 lah ubat bipolar aku kena telan. Tapi tak ada effect. Aku putus asa. Masalah yang sama terus berulang.
Tukar pula klinik swasta untuk mudah buat appointment & ubat
Tahun seterusnya, aku ke klinik swasta pulak. Lebih mudah untuk buat appointment dan dapat ubat. Beberapa kali jumpa doctor, dia kata aku bukan bipolar. Ada penyakit lain yang dia belum boleh nak conclude.
Akhirnya lepas 6 bulan barulah tahu hidap ADHD
Hampir 6 bulan jumpa doctor tu, barulah dia conclude yang aku ada ADHD. Depression itu adalah product of untreated ADHD. Masa tu aku sedih gila tapi tak terkejut. Sebab abang sulung aku memang dari kecik diagnosed ADHD.
With the latest diagnose, baru lah aku faham dan dapat kaitkan kebanyakan masalah2 ada dari kecil hingga sekarang. Aku selalu rasa diri aku pelik dan bermasalah. Now i know the reason.
Ini yang perlu tahu mengenai ADHD
Apa itu ADHD??
‘Attention-Deficit/Hypeactivity Disorder’ ialah masalah perkembangan otak yang menggabungkan 3 masalah utama;
kesukaran untuk focus
kelakuan impulsive
hyperactive
ADHD ni ialah penyakit dari lahir. Bukan kerana trauma atau masalah2 dunia.
Di Malaysia, ADHD adalah OKU kategori pembelajaran.
Sangat penting untuk penghidap ADHD tahu yang kita tak boleh belajar macam orang biasa. Kalau belajar university memang sangat susah dan seksa. Di US, hanya 5% penghidap ADHD yang graduate. 95% akan dropout.
Punyai risiko bunuh diri lebih tinggi
Pengidap ADHD mempunyai risiko bunuh diri lebih tinggi dari orang biasa. Pengidap ADHD juga menghadapi risoko penceraian lebih tinggi dari pasangan biasa.
Jadi please, jika anda ada simptom ADHD, cepat2 dapatkan bantuan professional.
Aku sekarang masih struggle nak habiskan degree selepas 6 tahun di UIA.
Tapi alhamdulillah aku ada isteri yang banyak membantu, kawan2 yang supportive af dan keluarga yang memahami. Pensyarah2 di UIA juga banyak membantu dalam kapasiti masing.
Masih perlu ubat untuk tidur & habiskan ribuan ringgit untuk berubat
Aku masih perlukan ubat untuk aku tidur, ubat untuk bangunpagi dan ubat untuk focus. Beribu ringgit parents aku spent on my medications.
Proses ni penat dan menyakitkan. Tapi aku harap Tuhan akan ganjari aku dalam usaha aku untuk terus hidup.
Buat yang kenal aku, aku minta maaf kalau aku menghilang dan diam. Buat kawan2 rapat aku, terima kasih kerana sentiasa terima aku walau aku macamni. Untuk isteri tercinta, aku sayang padamu.
**Kesimpulannya : ADHD adalah satu keadaan yang memerlukan pemahaman dan sokongan dari pelbagai pihak, termasuk keluarga, guru, dan masyarakat. Dengan pendekatan yang betul, individu yang mengalami ADHD boleh menguruskan gejala mereka dan menjalani kehidupan yang produktif dan memuaskan. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami gejala ADHD, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Pejam celik pejam celik, esok kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan.
Bila nak menyambut bulan puasa ini rata-rata dari kita sibuk membuat persiapan untuk bersahur. Tapi ramai juga yang skip sahur dengan alasan tak lalu nak makan pada waktu pagi. Padahal sama seperti breakfast, sahur ni pun penting untuk membekalkan tenaga supaya korang boleh bertahan sepanjang hari.
Bukanlah pagi-pagi tu dah kena makan nasi kandar atau nasi Arab, tapi kalau bijak memilih menu sahur, insyaAllah anda akan kekal bertenaga ketika berpuasa.
Kami nak kongsikan satu video TikTok yang menarik tambahan lagi kita akan berpuasa selang beberapa hari ini. Seorang pengguna bernama Nur Hashida berkongsi tips sahur supaya kenyang lama sekaligus dapat mengurangkan berat badan. Jom ikuti perkongsian tips beliau.
Kenyang Lama Ketika Berpuasa
1. Makan kurma 3 biji
Makan kurma adalah sunnah jika di makan dalam bilangan ganjil. Bukan untuk saja-saja, ternyata kurma yang dimakan dalam jumlah ganjil akan memberi kesan yang berbesa jika dibandingkan makan kurma dalam jumlah genap.
2. Minum 2 gelas air kosong
Pada bulan Ramadan, minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh terutamanya apabila kita terpaksa seharian tidak dapat minum air.
3. Minum milo oat
Milo dan oat merupakan antara makanan yang ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangat mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kita. Cara untuk bancuh milo oat ini adalah dengan letak 1 sachet milo dangan oat dan bancuh dengan air panas.
Sangat mudah disediakan dan yang paling penting dapat memberi kekenyangan dalam waktu yang lama. Lepas ni dah tak ada alasan untuk korang tak mahu bersahur.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.