Seperti MASKULIN perkatakan sebelum ini dalam berpakaian dan berfesyen ia sebenarnya terpulang kepada individu. Asalkan rasa selesa dan tidak keterlaluan dalam pemilihan pakaian ia sudah mencukupi buat sesetengah orang.
Namun bagaimanakah jika seorang lelaki tampil dengan pakaian yang lebih sinonim dengan wanita? Ambil contoh pakaian seperti skirt atau blaus. Pastinya ia satu pemandangan yang cukup aneh dan janggal untuk kita saksikan seorang lelaki yang tampil macho tapi menggayakan pakaian tersebut.
Berbeza dengan lelaki ini yang dikenali dengan nama Mark Bryan, warganegara Amerika Syarikat yang menetap di Jerman. Dia juga bukanlah seorang yang calang-calang orang kerana tugas hariannya sebagai seorang jurutera robotik.
Tapi apa yang membezakan dengan orang lain ialah dia memilih untuk memakai bukan sahaja skirt atau blaus tetapi turut menggayakan kasut tumit tinggi yang kedua-duanya merupakan pakaian sinonim dengan wanita.
Sejak tahun lalu namanya mula menarik perhatian ramai. Malah dia pernah diundang untuk mengikuti sesi penggambaran bersama majalah fesyen yang berpengaruh di negara Barat. Malah dia kini turut menggelarkan dirinya sebagai seroang perawagan.
Jelasnya menerusi temu bual bersama Remix Magazine, “Kira-kira setengah tahun lalu saya hanya ada 200 orang pengikut di Instagram. Kini ia sudah melebih 600 ribu pengikut. Jadi ia benar-bena satu perkara yang cukup mengagumkan bagi saya.
Dari segi fesyen dia mengatakan banyak mendapat inspirasi dari Carrie Bradshaw. Tambahnya lagi idea untuk menggayakan skirt dan kasut tumit tinggi sudah ada sejak pengajiannya di universiti di zaman mudanya.
Pada waktu itu teman wanitanya berseloroh menyuruhnya memakai kasut tumit tinggi bagi menampakkan dirinya lebih tinggi darinya.
Lebih memeranjatkan lelaki pertengahan umur ini mempunyai isteri, anak dan keluarga yang cukup memahami dan tidak kisah akan penampilannya seperti ini. Dari segi kerjaya profesional pula ia tidak menjadi masalah di kalangan rakan sekerja.
Apa pandangan anda tentang perkara seperti ini. Bagi MASKULIN ia sememangnya hak individu masing-masing namun bagi kita terutamanya orang Islam, biarlah ia kena agama, budaya dan adat kita sebagai orang Timur.
Dunia, oh dunia.
Kredit: Remix Magazine & Instagram Mark Bryan