Faktor kecergasan dan kesihatan kini memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan. Apatah lagi kita masih lagi mendepani pandemik COVID-19 yang melandan bukan sahaja negara tetapi seluruh dunia.
Selain mengambil suntikan vaksin, kita juga perlu sentiasa menjaga kesihatan serta kecergasan diri agar tubuh badan sentiasa sihat serta ada tahap imun yang baik.
Di sebalik segala macam informasi tentang kesihatan dan kecergasan kita kadang-kadang keliru untuk tahu yang mana satu betul atau tidak. Mungkin niat kita baik untuk menurunkan berat badan dan bersenam namun apa gunanya jika cara yang dilakukan itu tidak tepat dan lebih malang mendatangkan keburukan.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada seorang Jurulatih Kecergasan, Aidy Johan menerusi satu bebenang ciapan di Twitter kendaliannya, @aidyjohan. Menerusi bebenang tersebut, Aidy berkongsi tentang beberapa mitos berkenaan kesihatan dan kecergasan yang ramai orang masih amalkan.
Jom kita ikuti beberapa mitos seperti yang diterangkan oleh saudara Aidy Johan.
Waktu makan tidak menentukan akan naik atau turun berat badan seseorang. Apa yang menentukannya ialah berapa jumlah tenaga yang masuk dan berapa yang keluar.
Kalori nasi lauk ayam pada waktu siang adalah sama dengan kalori pada waktu malam.
Nasi adalah sejenis makanan karbohidrat. Tanpa karbohidrat badan kita tak ada tenaga untuk lakukan aktiviti seharian seperti bersukan dan sebagainya.
Apa yang perlu dipantau adalah kuantiti jumlah pengambilannya sama ada bersesuaian atau tidak dengan aktiviti seharian yang kita dilakukan.
Ini antara mitos yang paling ‘famous’.
Buat pengetahuan anda badan wanita hanya banyak mengeluarkan hormon estrogen, tidak mengeluarkan hormon testosterone sebanyak lelaki. Justeru itu, untuk badan nampak macam lelaki adalah mustahil melainkan menggunakan bahan terlarang.
Badan membakar lemak secara keseluruhan bukannya boleh disasarkan kepada kawasan spesifik. Ikuti prinsip kalori defisit/ keseimbangan tenaga.
Sebanyak mana anda lakukan sit up sekali pun jika tidak jaga pemakanan, aktiviti seharian tak aktif, perut masih tetap tak akan flat.
Perlu ingat senaman hanyalah sebahagian gaya hidup sihat. Apa yang membantu kita untuk sihat ialah mendapat dapat vitamin dan nutrisi yang cukup adalah melalui pemakanan.
Anda boleh sihat tanpa bersenam, tanpa supplement dengan hanya jaga pemakanan yang lengkap.
Ukur prestasi diri dari segi kekuatan, keupayaan melakukan sesuatu aktiviti, inch loss dibahagian tertentu. Itu adalah lebih baik daripada berpandukan penimbang berat badan semata-mata.
Itulah di antara beberapa mitos kecergasan yang mungkin masih ramai daripada anda tidak tahu. Semoga perkongsian dari Jurulatih Kecergasan, Aidy Johan mampu memberikan manfaat buat anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan lanjut tentang kecergasan bolehlah follow di Twitter atau di Instagram kendaliannya.
Kredit: Aidy Johan