Mungkin anda semua masih tidak puas hati dengan Star Lord yang menjadi punca The Avengers tidak dapat menyelamatkan dunia. Namun anda pasti akan teruja dengan karektor yang sekali lagi dibawa oleh Chris Pratt dalam Jurassic Word: Fallen Kingdom. Masih memegang watak yang sama iaitu Owen Grady dan Bryce Dellas Howard sebagai Claire Dearing serta ramai lagi pelakon lain dan ada beberapa penampilan cameo istimewa daripada pelakon asal filem “Jurassic Park” seperti Jeff Goldblum.
Filem yang berdurasi selama 2 jam 10 minit ini memang penuh dengan babak-babak suspen dan mengharukan. Jika anda pernah menonton Jurassic Park dan Jurassic World 1 yang ditayangkan pada 2015, anda pasti tidak mahu melepaskan peluag untuk menonton filem ini.
Garis masa filem ini berkisar pada tiga tahun selepas kejadian kemusnahan yang terjadi di taman tema dan resort mewah Jurassic World oleh dinosaur yang terlepas dari kurungan.
Isla Nublar, pulau yang menempatkan Jurassic World kini ditinggalkan oleh manusia, manakala dinosaur yang masih hidup kian terancam akibat gunung berapi di pulau itu yang bakal meletus. Owen dan Claire ingin menjalankan kempen operasi menyelamat bagi menyelamatkan dinosaur yang masih hidup dari sekali lagi diancam kepupusan, terutamanya Blue satu-satunya spesies Velociraptor yang masih hidup.
Biarpun filem ini bercirikan fantasi kerana spesis Dinasour ini tidak lagi wujud, namun elemen habitat haiwan yang tidak dipedulikan oleh manusia atas ketamakan diri sendiri menjadikan haiwan tersebut, pupus menjadi masej utama filem ini. Mungkin storyline dia agak cliche, tapi jika anda peminat setia filem Dinosaur, mungkin ada boleh tonton bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jurassic World: Fallen Kingdom” boleh dikategorikan sebagai filem wajib tonton tahun 2018, bukan hanya kerana jalan cerita dan CGI-nya, tetapi juga nilai pengajaran kepada kita untuk terus memelihara alam ciptaan Tuhan.
Jadi, apa tunggu lagi, malam ni lepas Tarawih, pergi tonton kejap!
Sumber: Astro Awani