Jump Rope Trend Terkini, Banyak Kelebihan Senaman Ini Rupanya Antaranya Bakar Lemak Dengan Baik

Share

Mungkin disebabkan lockdown, senaman jump rope atau juga popular dengan panggilan skipping menjadi sangat popular di kalangan penggemar aktiviti kecergasan.

Selain tidak memerlukan banyak peralatan ia juga tidak memelukan ruang yang banyak untuk dilakukan. Hanya perlu sedikit ruang selesa dan juga seutas jump rope yang sesuai. Melakukan aktiviti jump rope dapat merangsang bukan sahaja kekuatan otot tetapi membina stamina dengan baik.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kelebihan yang anda boleh dapat jika melakukan senamam jump rope.

KESIHATAN JANTUNG

Senaman ini mampu menaikkan kadar degupan jantung dengan pantas. Jadi lakukanlah dengan kadar sesuai dengan kemampuan jantung anda. Jika dilakukan dengan baik ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.

Buat anda yang mampu melakukannya dengan baik, jump rope amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko berisiko seperti serangan jantung.

BAKAR KALORI DENGAN BAIK

Buat anda yang ingin turunkan berat badan dan mahukan senaman yang mudah, jump rope boleh menjadi senaman pilihan paling unggul. Tahukah anda, selepas melakukan jump rope selama 15 minit, anda mampu membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori.

Senaman lompatan seperti jump rope menggerakkan banyak otot badan yang menjadi aktif. Ia menjadikan badan kita dalam kategori dikenali sebagai ‘thermogenic’ iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam.

Camera photo created by freepik – www.freepik.com

MAMPU KUATKAN TULANG

Melakukan senaman lompat tali atau jump rope juga dikatakan dapat menguatkan kekuatan tulang. Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan bersenam jump rope selama 10 minit setiap hari didapati mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ia sekali gus boleh mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis.

HAPUSKAN LEMAK PERUT

Untuk anda yang mempunyai masalah berat badan, senaman jump rope boleh membantu anda membakar lemak di bahagian perut dengan baik sekali. Senaman yang konsisten diikuti dengan amalan gaya hidup dan pemakanan diet seimbang mampu memberikan anda hasil yang mantap.

OTAK LEBIH FOKUS

Tak ramai tahu bahawa melakukan senaman jump rope memerlukan fokus yang baik. Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim