Pada Hari Raya nanti tak sah kalau setiap rumah yang kita kunjungi tak ada kuih raya. Itu adalah satu perkawa wajib ada sepanjang musim perayaan nanti.
Ramai di antara anda pastinya akan ‘terbabas’ dalam penjagaan diet harian. Terlebih makan itu sudah pasti. Cuma adakah anda tahu jumlah kalori kuih raya yang dimakan?
Jika selama ini anda menjaga pengambilan kalori kenapa pula perlu dibezakan sepanjang musim perayaan.
Jadi inilah jumlah kalori kuih raya yang perlu anda tahu.
Jadi berapa kalori biskut biskut dan kuih raya ni?
Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal
Almond London = 110 kkal
Biskut cornflakes = 80 kkal
Biskut Arab/ makmur = 50 kkal
BACA: 6 Cara Terbaik Buat Senaman Treadmill Untuk Cepat Bakar Kalori & Kurangkan Berat!
Biskut suji = 40 kkal
Kuih Semperit = 40 kkal
Bahulu = 60 kkal
Dodol = 70 kkal
Kek buah = 130 kkal
Kek lapis Sarawak = 160 kkal
Muruku = 120 kkal
Kerepek pisang = 40 kkal
Rempeyek = 70 kkal
Ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.
Makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.
Selamat Hari Raya!
Sumber: kevinzahri.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rutin Harian Yang Mampu Bantu Kulit Wajah Licin Dan Bersih
Siapa kata lelaki tak suka jaga kulit wajah.
Zaman sekarang penampilan terutamanya buat lelaki yang bekerjaya dalam profesion profesional sangat mementingkan kesihatan kulit wajah. Jadi tak hairanlah ramai mengejar kulit wajah yang licin dan bersih.
Tapi bagaimana nak kekalkan kulit wajah seperti itu. Jika anda lakukan 4 rutin di bawah dengan konsisten pasti ia tak akan menjadi masalah.
1. Pilih ikut kesesuaian kulit wajah
Jangan gunakan mandian badan untuk tujuan mencuci muka kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
2. Cuci wajah setiap hari
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat. Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
3. Jangan tidur sambil menggunakan krim pelindung matahari
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
4. Exfoliate secara berkala
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari. Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut dan perlu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka. Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
BACA: 8 Pencuci Muka Khusus Buat Lelaki Pilihan MASKULIN, Semuanya Ada Di Pasaran
Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Penyakit Paling Digeruni Di Malaysia. Jom Baca!
SAKIT JANTUNG
Jantung merupakan organ yang sangat penting bagi manusia, kerana ia diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehingga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supayadapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Penyakit jantung ialah penyakit yang menyerang jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-penyakit dapat mempengaruhi bahagian badan mana-mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah seperti penyakit jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling umum adalah penyakit kronis pada arteria koroner. Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering menyebabkan serangan jantung pada seseorang manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri yang berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung menjadi tersumbat dan melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya menyebabkan kematian.
OBESITI
TALASEMIA
KENCING MANIS
BATUK KERING(TIBI)
HIV/AIDS
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Kulup Berisiko Hidap Barah Prostat
Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kulit yang meÂnutup penghujung zakar. Prosedur ini biasa dilakukan kepada kanak-kanak lelaki sebelum baligh, seolah-olah menggambarkan persediaan atau keraian sebelum baligh.
Sebenarnya, prosedur ini diamalkan bagi menjaga kebersihan anggota kemaluan lelaki. Ini kerana penyakit barah zakar jarang kelihatan kepada lelaki berkhatan dan masalah salur reproduktif pasangan perempuan seperti jangkitan dan kanser pangkal rahim jarang berlaku apabila pasangan lelaki berkhatan.
Berkhatan untuk perempuan membabitkan pemotongan ‘klitoris’ atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar. Berbalik kepada berkhatan untuk lelaki, cara pemotongan kulit penghujung zakar mengikut kemudahan yang ada atau yang biasa dilakukan oleh Tok Mudim atau orang yang ditauliahkan untuk membuat prosedur itu. Kebiasaannya penghujung kulup zakar dipotong dan kulit yang terdedah dicelup dengan minyak untuk menghentikan pendarahan. Luka kulit akan reda dalam tempoh seminggu atau dua.
Sebelum kulit kulup dipotong, kepala zakar akan dilucut keluar daripada penghujung kulup dan jika sukar akan dibantu dengan merendam dalam minyak. Kini, ada pelbagai cara moden untuk prosedur berkhatan. Ia boleh dilakukan ketika kanak-kanak lelaki itu masih bayi. Cara pemotongan moden ini membabitkan pengunaan alat penyepit atau klam, di mana kulit penghujung zakar diklam serta dipotong. Klam itu ditanggalkan selepas seminggu atau akan tertanggal secara sendiri.
Berkhatan perlu dilakukan mengikut keadaan zakar kerana kulit kulup perlu dipotong secara seimbang supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Jarang wujud keadaan yang mana kecederaan berlaku akibat prosedur berkhatan secara moden. Berkhatan secara tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak harus dikekalkan kerana banyak masalah berlaku akibat prosedur itu seperti kecacatan kulit, parut tebal, infeksi dan kecacatan kepada zakar.
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.
Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan. Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
Minda kanak-kanak lelaki perlu dipersiapkan terlebih dahulu sebelum prosedur dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Berilah asuhan agama yang mendalam kepada mereka. Terangkan kenapa berkhatan digalakkan dalam agama Islam. Beritahu mereka kelebihan berkhatan. Membawa kanak-kanak lelaki ke majlis kenduri berkhatan adalah cara yang baik. Ia memberi idea kepada kanak-kanak tersebut betapa pentingnya berkhatan. Kadang kala, kita perlu menjanjikan benda kesukaan mereka seperti alat permainan komputer atau basikal jika mereka bersetuju berkhatan. Ianya bukanlah rasuah tetapi sekadar pemudah cara.
Andai anak lelaki anda bersetuju untuk berkhatan, maka bawalah mereka berjumpa doktor atau mereka yang bertauliah. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor bagi mengetahui tahap kesihatan dan juga bagi menghindarkan komplikasi prosedur tersebut. Doktor perlu mengetahui dan memastikan zakar anak anda normal, anak anda tiada penyakit hemofilia (penyakit gangguan pembekuan darah), tidak mengambil ubat yang boleh mengakibatkan pendarahan seperti aspirin atau warfarin, tidak menghidap penyakit jantung reumatik dan penyakit lain seperti kencing manis, sawan, asma dan alahan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini akan dirujuk kepada doktor pakar bedah bagi menentukan kaedah berkhatan yang sesuai dan selamat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI