Tahniah kepada Haneesya Hanee dari team MASKULIN kerana berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2018/19! Setelah lapan minggu mengharungi pelbagai tugasan, cabaran, curahan air mata dan menimba pengalaman akhirnya Dewi Remaj dinobatkan semalam pada episod finale yang ditayangkan secara langsung menerusi Astro Ria.
MASKULIN turut hadir sebagai media jemputan berasa cukup berbangga dengan pencapaian bukan sahaja kepada Haneesya tetapi kesemua 12 finalis Dewi Remaja 2018/19.
DEWI REMAJA 2018/19, Haneesya Hanee!
Tempat kedua pula dimenangi oleh Tia Sarah dan tempat ketiga pula berjaya dirangkul oleh Sherin Amiri. Selepas berakhirnya majlis pemahkotaan Dewi Remaja semalam, MASKULIN sempat menemubual secara eksklusif Haneesya tentang kemenanganya.
“Sejujurnya saya memang tak expect dan terkejut bila saya diumumkan sebagai pemenang. Sebelum ini saya sudah cuba masuk pelbagai pertandingan tetapi inilah acara yang paling kemuncak dalam hidup saya.”
“Sejak berusia 15 tahun saya memang sudah target untuk menyertai Dewi Remaja dan memenanginya. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya,” jelas Haneesya gadis yang sebelum ini dikenali dengan watak Zaza dalam drama ‘Cik Reen DanEncik Ngok Ngek’.
PENGALAMAN PALING MENCABAR
Sepanjang lapan minggu Haneesya dan finalis lain diuji dengan pelbagai bentuk cabaran. Antaranya ialah cabaran fizikal ala-Spartan Race, catwalk, keusahawanan, pengacaraan, lakonan dan menjayakan kempen kesedaran. Antara tugasan yang paling sukar pernah dihadapi oleh Haneesya sendiri ialah cabaran keusahawanan.
Menerusi cabaran inilah Haneeysa bersama dia rakan satu kumpulannya iaitu Anna Jobling dan Affie Rania menyaksikan mereka berada di ‘bottom three‘ buat seketika.
“Cabaran itu ketika kami di MAEPS, Serdang. Grup saya perlu menjual produk kecantikan kepada pengunjung sebuah karnival di situ. Apa yang mencabar ialah kami diletakkan di khemah atau booth kanak-kanak. Itu yag membuatkan kami sangat struggle. Tambahan pula saya sebagai ketua grup, jadi tanggugnjawab itu lebih besar,” jelasnya lagi.
Ads
Jika anda mengikuti program mingguan Dewi Remaja 2018/19 di Astro Ria pasti akan ingat di mana juri-juri memberikan komen yang cukup pedas buat mereka. Malah juri juga mengatakan mereka merupakan grup yang paling lemah ketika itu.
Mengambil teguran itu sebagai pemangkin semangat Haneesya memperbaiki dirinya dan tidak menoleh ke belakang lagi. Persembahan yang konsisten setiap minggu dan penyampaian yang bersahaja pada malam final telah memberikan julah markah yang menyaksikannya merangkul juara.
Ads
KRITIKAN NETIZEN
Di sebalik setiap kejayaan pasti akan ada cabaran. Begitu juga dengan Haneesya yang sebelum ini pernah dikritik oleh netizen kerana mereka menganggap dia sering ‘play victim’ dengan warna kulitnya yang gelap. Malah ada yang mengatakan Haneesya seorang yang ‘full of herself’ di media sosial.
Menjawab tentang perkara itu, Haneesya berkata dia bercakap netizen cuba berada dalam situasi dirinya yang telah berdepan dengan pelbagai kritikan dan tohmahan disebabkan warna kulitnya.
“First of all saya minta sangat-sangat agar sesiapa yang baca apa juga posting saya dengan hati terbuka. Saya bukan nak raih simpati tapi anggaplah ia sebagai satu bentuk awareness. It’s not okay untuk kutuk orang lain hanya disebabkan mereka berbeza daripada orang lain. Ada yang suruh saya berhenti bercakap tentang warna kulit gelap kerana ingat saya nak raih simpati. Itu bukan niat saya dan jauh sekali,” tambah Haneesya.
Ramai yang seakan lupa Haneesya baru sahaja berusia 18 tahun dan sangat muda. Kadangkala ada yang menghamburkan kritikan tidak memikirkan perkara tersebut.
Jelas Haneesya lagi dia akan cuba yang sebaik mungkin untuk membawa title DEWI REMAJA. Deangan menjadikan Neelofa dan Scha Alyahya sebagai bekas juara yang telah berjaya, Haneesya berkata dia akan cuba menjadi sebaik mereka. Namun dalam masa yang sama masih jadi diri sendiri dan bangga dengan diri sendiri.
Antara misinya untuk membuktikan orang berkulit gelap juga mampu menjadi juara kini telah tercapai. Sekali lagi tahniah kepada Haneesya dari team MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Situasi penularan wabak COVID-19 kini masih lagi melanda negara dan dunia. Dengan norma baharu yang kita semua telah lakukan sebagai rutin harian, pelbagai aktiviti sama ada ekonomi dan sosial berubah dengan drastik. Antaranya ramai terpaksa bekerja dari rumah sebagai langkah menghentikan penularan. Kini, pelbagai seleksi hotel terkenal menawarkan pakej unik dengan tawaran kerja di premis mereka.
Mungkin anda sendiri sedia maklum bahawa industri pelancongan dan perhotelan merupakan antara yang paling teruk terjejas dengan pandemik ini. Jadi pengenalan pakej bekerja di hotel mungkin memberikan satu nafas baharu buat industri ini.
Bagi yang bekerja dari rumah mungkin sekali-sekala anda mahukan kelainan dan mungkin lebih keselesaan tanpa sebarang gangguan dan dalam masa yang sama berada dalam kondisi selamat. Mungkin pakej bekerja dari hotel adalah jawapan yang anda cari.
Beberapa seleksi hotel terkenal di Selangor contohnya telah memperkenalkan pakej menarik pada harga yang cukup rendah buat mereka yang ingin menggunakan premis mereka. Pendekatan unik dari beberapa hotel terkenal ini dilihat mampu menawarkan konsep bekerja dari rumah kepada bekerja dari hotel.
Pengusaha hotel dilihat telah menawarkan pelbagai pakej kepada pelanggan untuk mendapatkan suasana kerja yang selesa dengan pelbagai kemudahan menarik yang percuma.
Pendekatan itu sekali gus dapat membantu pihak hotel daripada terus dibelenggu dengan masalah kekurangan pelanggan akibat sektor perlancongan yang dilihat semakin teruk terkesan akibat pandemik Covid 19.
Menurut tinjauan MASKULIN dilaman media sosial, ramai pekerja terutamanya dari golongan eksekutif tertarik dengan tawaran seperti ini. Apatah lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kerajaan menggalakan untuk kerja dari rumah.
MASKULIN ingin kongsi 10 buah hotel terkenal dan terkemuka di Selangor menawarkan seleksi pakej ‘work from hotel’ pada harga menarik yang turut didokong oleh Tourism Selangor.
Cool kan….. Pakai apa sahaja nampak elok. Untung sangat Jaden Smith ni. Gemar tampil dengan berpakaian seperti wanita, Jaden berani menyarung skirt yang seolah-olah sudah menjadi pelengkap dalam berfesyen. Jangan terkejut, pemuda berusia 19 tahun ini juga menjadi lelaki pertama dilantik sebagai penghias kempen koleksi wanita Louis Vuitton, untuk musim bunga/panas 2016.
Kerap sekali dikritik, Jaden tidak lagi berdiam apabila menghantar satu pesanan yang cukup padat di Twitter.
Anda tentu teruja apabila si dia setuju untuk keluar dengan anda. Ketika itu pelbagai perasaan bermain di dalam fikiran anda. Adakah dia berminat dengan perangai anda setelah anda keluar dengannya buat kali pertama, atau ini adalah kali terakhir anda bertemu dengannya.
Kemungkinan ini kali pertama crush yang dah lama anda minat itu bersetuju untuk keluar bersama anda, dan ini kali pertama anda berdating! Pasti anda, tidak mahu tampil buruk dihadapan crush anda kan? Bak kata semua orang ‘first Impression’ kena cantik. Mulalah bukak almari dan fikir apa yang perlu anda pakai? Berapa banyak yang anda perlu tanya semasa keluar dengannya?
Walaupun sesetengah orang mendakwa ia adalah yang terbaik untuk berterus terang ketika pertama kali anda bertemu dengan seseorang dan bertanya soalan yang serius seperti,
“Apa yang anda cari dalam hubungan?”
“Kenapa anda berpisah dengan pasangan anda?” atau
“Apakah arti kehidupan?”,
Menurut seorang pakar temu janji, strategi yang jauh lebih baik adalah untuk menjaga momentum antara anda dan dia.
Menerusi MSN Lifestyle, Doktor cinta, James Preece percaya bahawa jika anda mengekalkan perbualan yang menyeronokkan, crush anda lebih cenderung kepada mood yang baik dan berasa lebih positif terhadap anda.
“Pada temu janji pertama, anda hanya boleh bertanya soalan yang berunsurkan positif,”
kata Preece.
“Jika anda bercakap tentang perkara-perkara positif maka anda akan dilihat sebagai seorang yang positif. Jadi tanya si dia tentang keluarganya, cuti kegemaran dan cari tahu apa yang dia suka.
Apabila mereka bercakap mengenai subjek yang sangat menarik minatnya, wajah mereka akan ceria dan mereka akan tersenyum lebih banyak. Oleh itu, ia adalah bagus untuk berhati-hati memilih topik, tetapi anda juga perlu mencuba dan memberi perhatian kepada subjek yang mana si dia paling teruja. Dengan cara itu, anda dapat mengetahui sama ada anda berkongsi minat dan fikiran yang sama.
Jika anda mengakhiri temu janji anda dengan sifat negatif, ia sangat berisiko. Jika anda mengeluh atau bertanya sesuatu yang berkaitan dengan topik negatif, si dia akan menganggap anda juga seorang yang negatif.
Ini bermakna elakkan topik politik, cuaca buruk atau bertanya kepadanya mengapa dia masih belum berpunya. Tidak ada yang lebih buruk daripada cuba berterus terang tentang diri sendiri kepada orang asing. Dating itu sebenarnya bertujuan untuk mengenali dan berseronok, termasuk temu janji pertama.Ideanya ialah untuk melihat sama ada dan sejauh mana anda dapat meneruskan dengan seseorang.
Temu janji yang pertama belum masanya lagi untuk anda berkongsi pengalaman buruk anda. Ia bukanlah idea yang baik untuk membandingkan pengalaman temu janji yang lepas, rasa ketidakpuashatian terhadap politik atau tentang kehidupan.
Jangan tanya soalan berkaitan pasangan lamanya, berapa banyak temu janji yang telah dia hadapi atau mengapa hubungan lepasnya tidak berjaya. Tanya soalan ini setelah anda dan dia makin rapat.
Anda boleh gubal soalan ke arah longgar sifatnya seperti harapan dan impian si dia terhadap kehidupan, apa yang dia impikan dari kehidupan selang 5 tahun, hubungan bagaimana yang dia impikan.
Cari tahu apa yang membuat dirinya teruja tentang kehidupan, lihat apa persamaan yang anda miliki. Cari kepentingan dan nilai bersama untuk lebih rapat dengannya.
Tanya soalan yang tepat dengan cara yang betul boleh membantu seseorang meluahkan juga. Perlu ingat, tekun apabila dia memberi jawapan. Ini akan membuatkan si dia berasa ada tempat untuknya meluahkan perasaan terhadap seseorang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun pernah mengumumkan pembubaran tujuh tahun lalu, trio adik-beradik lagenda KRU membuktikan bahawa pengaruh mereka masih kuat dalam industri hiburan tanah air.
33 Tahun Dalam...