Berita gembira buat semua rakyat Malaysia. Bermula hari ini, 3 Januari 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembayaran saman.
Peluang ini diberikan bersempena pelancaran fungsi baharu pembayaran saman menerusi Aplikasi MyJPJ.
Promosi ini berlangsung sehingga 30 Jun 2025, memberikan masa yang cukup untuk anda menyelesaikan saman dengan mudah dan jimat.
Inisiatif pendigitalan JPJ ini merupakan langkah proaktif oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan perkhidmatan awam lebih cekap dan mesra pengguna. Melalui aplikasi MyJPJ, pengguna kini boleh:
Buat anda yang masih tidak mempunyai palikasi MyJPJ, boleh muat turun di platform berikut:
Selain diskaun 50%, JPJ turut memperkenalkan kadar rata RM150 untuk tiga jenis notis saman tertentu:
Manfaat ini boleh dinikmati melalui saluran berikut:
Namun, pembayaran melalui MyEG dan Pejabat Pos Malaysia tidak termasuk dalam inisiatif ini.
Sepanjang tempoh tawaran khas ini, tiada pengumpulan Mata Demerit akan dikenakan ke atas pemandu. Selain itu, JPJ juga akan mengkaji semula pelaksanaan sistem Mata Demerit bagi memastikan ia lebih berkesan dan relevan.
Kegagalan untuk menyelesaikan saman dalam tempoh tawaran ini boleh mengakibatkan sekatan urus niaga
pada masa akan datang. Jadi, manfaatkan inisiatif ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.JPJ komited memastikan rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan yang cekap, selaras dengan perkembangan teknologi moden.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk cara pendaftaran MyJPJ atau hubungi JPJ terdekat.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.