JPJ Senaraikan 7 Jenis Kereta Perlu Dipanggil Semula Kerana Masalah Beg Udara Takata

Faktor keselamatan merupakan antara ciri-ciri yang paling penting dalam sebuah kereta dan kenderaan yang digunakan di atas jalan raya.

Antara ciri keselamatan yang cukup signifikan ialah penggunaan beg udara. Umum mengetahu beg udara merupakan sebuah rekaan alat keselamatan yang berfungsi untuk mengelakkan berlakunya impak teruk ke atas pemandu dan juga penumpang apabila berlakunya kemalangan.

Apabila berlaku perlanggaran atau hentakan beg udara akan dilepaskan dalam masa yang sangat pantas.

Namun begitu terdapat beberapa jenis beg udara yang terdapat di beberapa model kereta masih belum disahkan selamat terutamanya di negara kita kerana beberapa isu keselamatan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Facebook mereka telah memuat naik dan menyenaraikan sebanyak 7 buah model kereta perlu dipanggil semula kerana ia melibatkan penggunaan beg udara Takata.

BACA: Pemanduan Pada Waktu Malam Lebih Selamat Jika Amalkan 5 Tip Ini

Malah, pihak JPJ menyeru kepada orang awam untuk memanjangkan pesanan mereka kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Ini kerana dibimbangi mungkin ada pemilik kenderaan yang disenaraikan tidak tahu atau tidak menerima notis daripada pengeluar kerana mungkin membelinya dari sumber terpakai.

JPJ turut menyertakan beberapa pautan daripada setiap pengeluar yang menyatakan dengan terpinci tentang masalah yang dihadapi oleh beg udara dalam model kereta mereka.

Ikuti perkongsian daripada JPJ di bawah;


 

PANGGILAN SEMULA BEG UDARA TAKATA

Adakah anda memiliki salah satu jenama model ini?

Anda digalakkan untuk memberitahu kepada orang tersayang atau sahabat jika memiliki jenama model ini. Dan anda mungkin pemilik kenderaan yang tidak menerima notis daripada pengeluar kenderaan (jenama) tersebut, kerana anda mungkin membeli kenderaan daripada sahabat atau pusat jualan kenderaan terpakai.

SEMAK SEGERA kenderaan anda di laman web berikut :

1. HONDA : https://productrecall.honda.com.my/

2. TOYOTA : https://toyota.com.my/aftersales-…/special-service-campaigns

3. BMW : https://www.bmw.com.my/…/bmw-owners/takataairbagtechnicalca…

4. SUBARU : http://sites.subaru.asia/my/en/owners/aftersales/?pg=recall

5. MAZDA : https://mazda.com.my/Community/takata-announcement.aspx…

6. NISSAN : http://servicecampaign.nissan.com.my/

7. MITSUBISHI : http://mitsubishi-motors.com.my/mmm-takata-airbag-recall-la…

Bagi memudahkan segala soalan dan aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Guna #soalanJPJ Untuk pertanyaan dan #aduanJPJ Untuk menyalurkan aduan, melalui Media Sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook/ Twitter /Instagram) #JPJMalaysia

Keprihatinan amat dihargai. Terima kasih.

Klik utk aduan melalui SISPAA http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.


 

Masalah beg udara ini sebenarnya bukan sahaja di negara kita malah ia turut dilaporkan berlaku di beberapa negara lain. Panggilan semula untuk pemeriksaan di pusat servis ini bukanlah satu perkara yang asing kerana ia merupakan satu prosedur yang biasa.

Kredit: Jabatan Pengangkutan Jalan