Atlet muay thai termuda di ONE Championship, Johan Ghazali ternyata tidak gentar malah yakin dengan kemampuannya untuk menumpaskan lawan dari Mexico, Josue Cruz pada 6 September akan datang.
Johan Ghazali, 18, atau mesra disapa Jojo itu memaklumkan yang tahap keyakinan dirinya untuk menghadapi Josue Cruz adalah di aras yang tinggi iaitu kira-kira 99.9 peratus hasil daripada persiapan dirinya setakat hari ini.
“Jojo rasa macam Josue Cruz ini bukan lawan Jojo lah, senang cerita,” katanya ringkas ketika ditemu bual MASKULIN secara perbualan video atas talian semalam.
@maskulinmyBakal berentap dengan Josue Cruz, Johan Ghazali tidak gentar malah yakin dengan kemampuannya untuk menghadapi petarung muay thai dari Mexico itu. Johan, atau mesra disapa Jojo itu dijadualkan untuk bertarung di One 168: Denver pada 6 September nanti. #ONE168 #ONEChampionship #denvercolorado #johanghazali #josuecruz #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Bukan Berlagak, Perlu Yakin Diri
Mengulas lanjut, Jojo menekankan betapa pentingnya seorang atlet muay thai untuk memiliki keyakinan diri yang kuat untuk bertempur.
“Jojo bukan nak berlagak, Jojo bukan nak sombong ke apa. Tapi dalam sukan muay thai ini kena ada keyakinan diri.
“Kalau tak ada keyakinan diri, kita yang kena ‘makan’. Jadi, Jojo dah bersedia, insyaAllah,” ujar anak muda kelahiran bumi kenyalang itu.
Ads
Bercerita mengenai Josue, Jojo mengakui yang lawannya itu memiliki lebih pengalaman memandangkan usia Josue yang 10 tahun lebih tua darinya.
Sumber foto: Instagram Johan Ghazali.
Bagaimanapun, hal itu tidak bermaksud petarung Mexico itu tidak mempunyai kelemahan tersendiri yang boleh dijadikan peluang keemasan bagi Jojo meraih kemenangan.
“Jojo rasa macam bila Jojo tumbuk dia, dia akan mula menyesal lah,” selorohnya sambil tertawa kecil.
“Jojo rasa Josue Cruz tak ada ‘hati’. Bila dia kena tumbuk, dia akan mula takut,” jelasnya lagi.
Ads
Bukan Pandang Rendah
Sungguhpun begitu, Jojo tetap tidak memandang rendah terhadap Josue mahupun mana-mana petarung lain, namun Jojo tidak menganggap Josue sebagai pesaing yang kuat jika dibandingkan dengan enam pertarungannya di ONE Championship sebelum ini.
“Jojo tak pandang rendah Josue Cruz ini. Jojo melihat dia apa adanya,” jelas Jojo.
“Kalau nak bandingkan dia dalam enam pertarungan Jojo dengan ONE Championship sebelum ini, Jojo rasa dia bukan yang paling terkuat lah,” tambahnya lagi.
Jojo dijadualkan untuk berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pada 14 Ogos bagi berentap dengan Josue di kejohanan ONE 168 yang akan berlangsung pada 6 September di Denver, Colorado.
Ads
Terdahulu, Jojo melakar sejarah sebagai atlet termuda meraih kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM472,749).
Kontrak itu menjadi miliknya selepas dia berjaya menumpaskan Temirlan Bekmurzaev, petarung dari Rusia ketika kejohanan ONE Championship Thailand pada Oktober tahun lalu.
Bekerja bukanlah hanya melunas tugas semata malah ia juga merupakan tanggungjawab dan ibadah juga . Integriti diri boleh dilihat ketika bekerja, kalau cincai hasilnya maknanya anda seorang yang tidak boleh harap. Samada anda seorang pekerja atau majikan, berikanlah yang terbaik pada tempat bukan sahaja cari makan tapi pengalaman hidup.
Pengasas terkenal syarikat teknologi Apple. Figura yang mengubah dunia dengan ciptaan teknologi yang hebat, seorang yang mempunyai idea yang mengubah bagaimana kita memandang teknologi. Mendiang Steve Jobs seorang yang berjaya membawa syarikat Apple kembali daripada pupus sehingga mampu menjadi standard de facto kepada teknologi penghasilan telefon.
Adakah korang salah seorang yang mengagumi idea dan cara kerja figura ini? Nah maskulin kongsikan tips menjadi pekerja terbaik menurut dari mendiang Steve Jobs. Jangan main-main ya, pengasas Apple ini sangat tajam dalam menilai pekerja tidak kira pihak pengurusan atasan atau pekerja biasa.
1. Minat! Minat! Minat!
Saat awal pembikinan Apple, Steve mengambil pekerja dari pengurusan profesional namun setelah diteliti mereka hanya pandai mengurus tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Dia mula percaya kerja yang bagus bermula dengan minat. Minat ‘passion’ akan mendorong individu tersebut menghasikan kerja yang berkualiti kerana tahu ilmu sebenar berbanding hanya kerja kerana mahu gaji dan atas pangkat.
Bekerjalah dengan tugasan mendorong anda untuk mencipta suatu kepuasan. Walaupun ia bukanlah pilihan pertama anda, berusahalah mencari keseronokan ketika bekerja.
2. Berdedikasi
Individu yang berdedikasi sinonim dengan tidak pernah kenal putus asa. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam tugasan, dia dapat terima dan ambil sebagai pengajaran. Bukannya untuk tunduk mengeluh atau terus tanpa melakukan apa-apa.
Mereka yang berteraskan dedikasi juga akan faham misi syarikat dan berusaha mencapai matlamat dengan bersungguh-sungguh.
3. Menghargai
Kerja, kerja juga tapi jangan lupa dengan nilai hidup anda. Seimbangkan kehidupan dan laluilah dengan apa adanya.
Anda tidak perlu stress tentang perkara yang kecil dan sentiasa ingat hidup ini pendek malah sementara. Cuba untuk bahagia bersama keluarga, lakukan perkara yang menyeronokkan, membuat sedikit simpanan wang dan paling hargai apa yang ada disekeliling anda. Jika berkaitan dengan kerja pula bertindaklah secara kreatif yakin anda mampu mengubah, mempengaruhi dan mencipta perkara tersendiri. Jiwa, minda yang tenang boleh mengubah hidup dan dunia.
3 kriteria diatas secara khususnya takluk pada sikap dan mental individu yang sihat ketika bekerja. Terimalah tugasan anda kerana tanggungjawab dan lakukanlah dengan sedaya upaya. Bukan sahaja anda telah mengembirakan hati majikan tapi juga ia terkandung dalam kepuasan hati. Manusia yang malas..tiada siapa yang mahu…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anak kelahiran Kelantan, dari Kampung Manal, Tanah Merah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila aktif bertanding dalam sukan bola sepak gaya bebas sejak lapan tahun lalu.
Zulhilmi Zuaswa, 21, baru sahaja pulang daripada menyertai kejohanan dunia bola sepak gaya bebas di Turin, Itali selama seminggu yang berakhir Sabtu lepas.
“Sebelum itu saya perlu bertanding di peringkat Asia di Jakarta dan dipilih sebagai empat peserta terbaik Asia Pasifik daripada 60 peserta lain,” katanya.
Zulhilmi (duduk, dua kiri) ketika menyertai kejohanan di Jakarta.
Bercerita mengenai penglibatannya, kata Zulhilmi, segalanya bermula ketika dia berusia 13 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah agama di Tanah Merah.
“Ketika itu saya hanya menonton video di platform media sosial dan mencubanya sebelum mengambil keputusan untuk fokus sepenuhnya dalam sukan ini.
“Saya mula belajar menimbang bola dan memberanikan diri menimba pengalaman dengan menyertai kejohanan ‘freestyle’ pertama di Kuala Lumpur,” katanya.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, mula menyertai kejohanan dunia pada usia 15 tahun di Poland.
Tahniah Zulhilmi , moga terbang terus tinggi di persada yang diceburi dan mengharumkan nama Malaysia!
Bukan senang orang berbadan besar ingin kurus. Jika tiada kesungguhan dalam diri pasti gagal untuk kurus.
Lebih membakar semangat untuk kurus apabila dia pernah diperli dan diejek dengan pelbagai gelaran memalukan sehingga kemurungan.
Gara-gara pengalaman pahitnya menjadi gemuk sejak tadika, Caden Harris berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan dengan tujuh tip kurus demi membantu orang yang ada masalah berat badan sepertinya.
Jom baca pengalaman dan perubahan yang dialaminya. Semoga perkongsian ini memberi anda semangat untuk menurunkan berat badan.