Jangan membiarkan kelesuan membataskan aktiviti harian hidup anda – caranya adalah dengan menambahkan pengambilan makanan-makanan yang boleh menambahkan tenaga anda dan menjadikan anda lebih cergas.
Pengambilan makanan oat adalah sangat baik untuk kesihatan kerana ianya amat kaya dengan jumlah serat dan protein yang sihat untuk diri anda.
Makanan berasaskan oat ini kebiasaannya diambil ketika bersarapan untuk membantu menstabilkan kadar gula dalam darah sepanjang hari.
Pengambilan ikan salmon ini adalah digalakkan kerana ia memiliki dos protein yang menggalakkan metabolisma
pada kandungan yang sempurna.Oleh kerana ia mampu mempercepatkan proses metabolisma, maka ia juga boleh membantu anda untuk terus kekal lebih bertenaga.
Makanan seperti kacang almod ini adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia memiliki khasiat magnesium yang boleh membantu menukarkan gula kepada tenaga.
Protein dan serat yang dimilikinya itu boleh membantu mengekalkan tenaga
dengan lebih berkesan.Memiliki kadar antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melawan wujudnya rasa letih di dalam badan.
Ia juga boleh menjadi sumber tenaga berasaskan karbohidrat tanpa perlu menambahkan lebih gula.
sumber: lelakisihat.com