Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu dan ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan malah turut terhasil kerana kurang bersenam.
Namun begitu, ada penyelesaiannya untuk anda jika anda benar-benar mahu lemak di perut hilang tetapi dengan syarat, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti berikut :
Bicycle Exercise
Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.
Ads
Vertical Leg Crunch
Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.
Ads
Senam Lilin
Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.
Ads
Sit Up
Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.
Diharap dengan perkongsian ini,anda tiada lagi alasan untuk mengurang lemak di perut dan semoga senaman yang dilakukan akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, amalkan selalu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar sukan lasak, program televisyen seperti ‘Ninja Warrior’ pastinya tidak asing lagi. Program yang menyerlahkan pelbagai aksi fizikal merentasi halangan yang sangat sukar tersebut sebenarnya berasal dari Jepun dan dikenali dengan nama ‘Sasuke’.
Di Jepun sendiri program tersebut telah cukup lama bertahan sejak ia mula diperkenalkan pada tahu 1997. Dan kini ia dkenali sebagai program cabaran lasak paling popular di dunia.
Melengkapkan kesemua peringkat cabaran menerusi program ini bagaikan satu perkara yang mustahil. Hanya segelintir atlet profesional yang mahir dan mempunyai kemampuan serta ketahanan fizikal sahaja pernah berjaya menekan loceng penamat.
Atlet dari pelbagai latar belakang sukan telah menyahut cabaran ‘Ninja Warrior’. Dan kebanyakannya, walaupun semangat penuh berkobar-kobar telah tumpas di pertengahan cabaran.
Foto: Ninja Warrior
Akan tetapi terdapat juga atlet yang mendedikasinya diri mereka sepenuhnya terhadap ‘Ninja Warrior’ dan melakukan persediaan serta senaman yang spesifik untuk melengkapkan kesemua peringkat.
Ingin tahu apakah bentuk senaman yang mereka lakukan? Berikut MASKULIN kongsikan beberapa rutin senaman yang dilakukan oleh atlet Ninja Warrior profesional. Jika anda ingin badan yang berstamuna tinggi dan memiliki ketahanan fizikal luar biasa, boleh cuba lakukan senaman ini!
Pertama sekali, lakukan rutin ini dalam 4 hingga 6 hari seminggu. Pastikan ada sekurang-kurangnya 1 hari untuk anda berehat.
RUTIN WORKOUT NINJA WARRIOR
Alternate Jump Lunge
Lakukan senaman ini sebanyak 4 set dengan 30 reps untuk setiap kaki. Untuk selang bagi reps, rehat selama kira-kira 30 saat.
Wide Grip Pull
Senaman menggunakan pullup bar ini dilakukan sebanyak 4 set dengan 12 reps. Rehat selama 30 saat untuk selang masa.
Hanging Leg Raise
Juga senaman yang menggunakan pullup bar. Lakukan sebanyak 4 set dengan setiap satunya 15 reps. Rehat selamg masa selama 30 saat.
Handstand Pushup
Senaman yang agak mencabar dan hanya boleh dilakukan jika anda ada skil keseimbangan badan yang baik. Buat sebanyak 4 set dengan 14 reps. Rehat kira-kira 30 saat.
Burpee With Tuck Jump
Akhir sekali senaman yang agak mencabar terutamanya di bahagian abdomen. Lakukan sebanyak 4 set dengan 15 reps.
Selamat mencuba.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video senaman menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila anda sedang berdiet, anda pasti akan makan makanan yang berkualiti dengan kuantiti yang diperlukan untuk makanan harian anda kan? Adakalanya anda akan makan sedikit berikutan daripada mindset makan sikit, cepat kurus.
Tetapi menurut kajian baru dari Penn State University, mereka yang makan makanan sihat dengan banyak akan lebih berjaya menurunkan berat badan berbanding mereka yang makan sikit. Ini kami kongsikan beberapa tips menghilangkan berat badan anda itu dengan 10 bahan yang pasti berat badan kurang 100%.
1. Ikan
Ikan adalah satu lagi sumber protein yang sangat berkesan. Kebanyakan jenis ikan putih seperti salmon mengandungi omega-3 yang sihat. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa protein ikan mungkin lebih memuaskan daripada protein daging lembu. Tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk menjelaskan fakta ini lagi dan salah satu penjelasannya ialah ikan secara semula jadinya, mempunyai kandungan asid amino L-glutamat yang tinggi. Kandungan asid inilah yang dikatakan memberikan rasa umami (ala rasa manis-manis gitu) isi ikan.
2. Cili
Menambahkan cili dalam masakan akan membantu mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Cili turut mengandungi elemen antioksida dan Vitamin C serta beta-karoten yang mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita.
3. Kobis Bunga
Seperti sayur-sayuran yang lain, kobis bunga penuh dengan fitonutrien yang menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan merupakan sumber vitamin C yang hebat. Bagi memaksimumkan lagi kandungan antioksida dalam kobis bunga, makanlah mentah-mentah atau jika anda tak lalu nak makan sayur mentah, stimlah kubis tersebut.
4. Limau Gedang
Limau gedang merupakan salah satu buah yang amat bagus untuk kesihatan jantung anda. Limau gedang mengandungi vitamin C, asid folik, kalium, pektin dan serat larut yang mungkin sekutu kuat terhadap aterosklerosis. Limau gedang yang berwarna merah jambu dan merah juga mempunyai vitamin A dan lycopene, iaitu fitokimia yang melindungi dinding arteri daripada kerosakan oksida. Tip untuk memilih buah yang mmpunyai isi yang berjus: belilah buah yang berat kerana buah yang berat mempunyai kandungan air yang tinggi. Tak percaya, cubalah! Jangan pula guna tip ini untuk beli durian. Mestilah tak jadi…
5. Lobak
Sayuran-sayuran berwarna terang ini dipenuhi dengan kalium, asid folik, antioksidan, dan sebatian sulfur yang membantu pencernaan. Jangan lupa bahawa akar yang berwarna hijau mengandungi 6 kali vitamin C dan kalsium berbanding sayuran yang tidak mempunyai akar hijau. Potong nipis-nipis dan masukkan dalam salad hijau segar atau tak tahan tak ada rasa lemak, masukkan sedikit mayonis. Sikit tak apa, jangan satu balang!
6. Bayam
Sayuran yang berwana hijau ini kaya dengan elemen besi, asid folat, dan vitamin K. Bayam juga mengandungi beta-karotena, antioksidan dan vitamin C yang membantu dalam melawan penyakit serta lutein fitokimia yang melindungi mata daripada pengecutan makula mata yang berlaku akibat peningkatan usia.
7. Saderi
Anda mungkin pernah dengar bahawa saderi mempunyai kalori negatif. Walaupun fakta itu tidak begitu tepat tetapi ada kebenarannya juga. Oleh sebab kebanyakan saderi mempunyai kandungan air yang tinggi, setiap batang saderi hanya mengandungi 6 kalori sahaja! Walaupun kiraan kalori sayur ini rendah tetapi saderi mampu membuatkan anda berasa kenyang. Di samping itu, saderi juga mengandungi folat dan vitamin A, C, serta K. Jadi, jikalau anda memerlukan makanan ringan atau makanan tambahan, saderi merupakan superfood yang penting dalam kembara berat badan kurang anda.
8. Kacang
Kacang Garbanzo, kacang buah ginjal, kacang hitam dan segala macam kacang bukan sahaja mempunyai protein malah mempunyai serat juga! Kacang murah, rendah kalori, dan anda boleh menambah segala macam herba atau rempah-ratus untuk mewujudkan kombinasi rasa yang berbeza. Penyelidikan Journal of the American College of Nutrition mendapati bahawa pemakan kacang mempunyai 22% risiko menjadi gemuk. Jika anda seorang yang bersifat optimistik, statistik ini sudah cukup untuk meyakinkan anda untuk makan kacang.
Bagi yang agak pesimistik, menurut Kajian Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan, penggunaan kacang dikaitkan dengan pengambilan nutrien yang lebih besar, mengurangkan tekanan darah sistolik, berat badan yang lebih rendah dan pinggang yang lebih kecil. Fakta di atas lebih meyakinkan anda, bukan?
9. Ubi keledek
Ubi keledek mempunyai banyak manfaat kesihatan yang hebat. Mereka mengandungi kira-kira 377% vitamin A yang disyorkan untuk anda perlu sehari-harian, 15% vitamin B6 dan kaya dengan kalium serta serat. Ubi keledek juga mengandungi vitamin C, manganes, kuprum, asid pantotenik, niasin, vitamin B1, vitamin B2, dan jugafosforus. Bagaimanakah ubi keledek boleh membantu anda mengurangkan berat badan? Ubi keledek kaya dengan nutrisi yang dapat membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
10. Beras perang
Nasi ialah bahan ruji di kebanyakan negara Asia kerana sumber karbohidrat tersebut adalah sangat murah. Mentaliti diet anda mungkin mahu anda elakkan daripada makan karbohidrat tetapi percaya atau tidak, beras ini boleh buatkan berat badan anda kurang! Satu hidangan beras perang mengandungi 21% magnesium, 15% vitamin B6, 4% zat besi dan 3.5 gram serat sepertimana yang disyorkan dalam pengambilan makanan seharian anda. Beras perang ialah bahan yang hebat untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan dengan kadar segera.
Jadi ini lah makanan terbaik untuk mengurangkan berat badan anda.Jadi jangan tak makan kalau tengah berdiet tu. Pastikan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan makan makanan yang berkhasiat.
Selamat mencuba dan semoga anda semua berjaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dengan bersenam, anda boleh bakar banyak kalori sekali gus mudah kurus. Malah nak pastikan anda bakar banyak kalori itu, sebenarnya ada cara senaman yang perlu anda buat.
Tanpa perlu ke gym, anda boleh buat tujuh senaman ini di rumah dengan selesa. Asalkan ada kesungguhan untuk bersenam dan bakar banyak kalori, tak mustahil anda boleh kurus.
Jangan biarkan lemak degil berkumpul di tubuh. Jadikan tahun ini sebagai azam baru untuk anda kembali kurus dan sihat. Segalanya tak mustahil untuk anda miliki bentuk tubuh yang diidamkan.
Cuma ambil masa 10 minit sehari, lakukan senaman-senaman ini untuk hasil yang mengagumkan.
1. Plank
2. Push up
3. Bird-dog
4. Squats
5. Dead bug
6. Down-dog
7. Wall-sit
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tayar kereta bengkak, jangan pandang remeh, boleh undang bahaya! Pernah tak satu hari masa tengah nak keluar rumah, tiba-tiba nampak tayar kereta ada benjolan pelik kat tepi? Kalau ya, itu tanda tayar kereta anda sudah bengkak dan ini bukan benda kecil yang boleh tunggu.