Mesti pernah kan,berangan nak bersenam keesokan paginya, tetapi bila dah bangun terus terasa malas. Ini 6 cara patut kita cuba sebelum semangat tu terus hilang.
Persediaan Di malam Hari
Untuk memastikan anda mengikuti rutin bersenam di pagi hari, persediaan peralatan sukan, baju dan air secukupnya pada malam sebelumnya amatlah diperlukan kerana anda hanya mempunyai masa yang sangat sedikit untuk bersenam di pagi hari. Dengan membuat persiapan awal, anda tidak akan membuang masa dengan mencari baju dan kasut sukan anda.
Jauhkan Jam Loceng
Daripada tidur berdekatan dengan jam loceng, cuba anda letakkan jam loceng jauh daripada anda yang boleh memaksa anda bangun daripada katil untuk tutup jam loceng tersebut. Sesudah anda bangun daripada katil, ianya akan lebih senang untuk anda menyarung baju sukan dan terus melakukan rutin senaman pagi. Jika anda menggunakan penggera yang memainkan muzik, cuba anda tetapkan lagu yang bertenaga yang sering digunakan sewaktu bersenam, ianya dapat menaikkan semangat untuk anda bersenam di pagi hari.
Berteman
Mempunyai rakan ketika bersenam dapat membantu anda lebih bersemangat. Cuba anda membuat temu janji dengan rakan anda di pagi hari. Seperti aerobik di taman atau gym pada pukul 8 pagi. Ini dapat mengelakkan diri anda daripada mencari alasan daripada untuk tidak bersenam.
Rakan Baru
Bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam di pagi hari jika anda tidak mempunyai rakan untuk meneman anda. Cuba anda pergi ke gym setiap pagi sekerap yang mungkin. Lama kelamaan, anda akan terbiasa dengan ahli-ahli gym yang lain. Ia akan membuat anda lebih bersemangat kerana anda tahu bahawa mereka akan berada di sana dan mungkin akan ada ahli gym yang sedang menanti kehadiran anda.
Berikan Badan Anda Masa
Pada awalnya, amatlah payah untuk bangun awal daripada tidur anda yang penuh nikmat semata-mata untuk bersenam selama 30 minit di gym. Tetapi selepas satu atau dua minggu tubuh badan anda akan terbiasa dengan jadual baru dan anda akan berasa lebih mudah untuk bangun awal di pagi hari.
Ganjaran
Bagi anda yang perlukan tenaga sebelum bersenam di pagi hari, amatlah disarankan supaya anda mengambil makanan yang dapat merangsang tenaga anda seperti pisang atau sedikit kekacang. Untuk sarapan, buatlah sesuatu yang istimewa sebagai ganjaran terhadap diri anda setelah penat dan untuk segala usaha yang dilakukan semata-mata untuk bersenam. Tetapi, ingat! Jaga pengambilan kalori anda. Ganjaran bukanlah bermaksud anda boleh makan untuk memuaskan nafsu makan anda semata-mata.