Jom Lelaki, Tiru 4 Amalan Wanita Ini Kalau Nak Tampil Sihat & Bertenaga!

Share

Wanita memang banyak amalan dan petua untuk tampil sihat. Walaupun nampak mudah tapi kalau amalan wanita ini dibuatkan secara konsisten boleh memberikan impak positif pada kesihatan lelaki.

Jadi lelaki, kalau nak kekal sihat dan postif jangan ambil remeh dengan amalan wanita ini. Oleh itu, jom tiru 4 amalan wanita ini.

1. BERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR

Mengikut kajian oleh Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah berbanding wanita. Tabiat ini memudahkan penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malam untuk mengurangkan minyak dan mengelakkan bakteria daripada menutupi liang pori-pori wajah.

2. TIMBANG BERAT BADAN SECARA KONSISTEN

Menurut kajian oleh Minnesota University pula, individu yang menimbang berat badan secara konsisten lebih banyak menurunkan berat badan berbanding individu yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan dengan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!

3. BAWA GEL ANTI-BAKTERIA

Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk anda atasi penyebaran bakteria. Pastikan anda sentiasa membawa gel anti-bakteria ini setiap masa. Hanya sapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat sebelum ia kering sendiri. Ini antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah untuk lelaki amalkan.

4. MANDI AIR SUAM ATAU AIR PANAS

Bukan mengada-ngada nak mandi guna air panas. Sebenarnya, mandi air suam atau air panas dapat membuka liang pori-pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh. Malah, jika anda mencampurkan air mandian dengan garam laut juga, anda dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit. Jadi pastikan anda amalkan ye.

Published by
Roselinda