Pernah tak kira rasa duit tak pernah cukup walaupun gaji setiap tahun semakin meningkat. Hati tak pernah tenang walaupun tiada kesusahan yang melanda. Mungkin itu satu petanda bahawa rezeki yang kita perolehi itu tidak berkat. Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Ads
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
Ads
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati *
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
Ads
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memasak memang cukup sinonim sebagai tugas hakiki seorang perempuan. Malah ada yang merasakan seorang perempuan memang wajib untuk pandai memasak sebelum mendirikan rumahtangga. Malah, perempuan pandai memasak juga menjadi satu kriteria penting untuk dijadikan calon isteri. Lelaki pula akan menyerahkan seratus peratus tugasan memasak ini pada perempuan atau isteri. Memang jarang lelaki akan masuk ke dapur.
Namun tahukan ada lelaki yang pandai memasak sebenarnya terlihat lebih seksi berbanding mereka yang tidak. Lelaki seksi bukan hanya dilihat pada postur tubuh yang sasa. Jika lelaki itu menunjukkan kesabarannya saat menghiris makanan dalam bentuk dadu, ia boleh menandakan bahawa dia merupakan jenis lelaki yang mampu untuk membahagiakan pasangannya terutamnya apabila berada di ranjang,” kata seorang pakar hubungan.
Beruntung atau bertuah jika isteri mendapat suami yang mempunyai hobi memasak dan pandai memasak. Oleh itu lelaki seperti ini memang harus di jaga dengan baik. Lelaki seperti ini juga disifatkan sebagai seorang lelaki edisi terhad dan menjadi rebutan ramai wanita. Malah, lelaki seperti ini juga memiliki ego yang rendah dan mudah untuk bertolak ansur. Walaupun begitu, isteri juga sepatutnya tidak mengambil kesempatan dengan suami yang pandai memasak dan mula mengabaikan tugas memasak dan menyerahkan tugas memasak seratus peratus pada suami
FRANCO NORIEGA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Makan durian memang satu nikmat jika anda antara peminat raja buah ini. Aromanya yang memikat selera pasti membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk makan durian apabila tiba musimnya.
Walaupun rasanya enak namun bau durian yang ‘pekat’ boleh membuatkan nafas berbau busuk.
Nafas berbau selepas makan durian lebih-lebih lagi jika anda sendawa pastinya membuatkan orang sekeliling rasa tidak selesa dan pening kepala.
Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh ikuti perkongsian seorang saintis, Dr Suri Roowi tentang cara-cara mudah untuk menghilangkan nafas berbau selepas makan durian.
Semoga dengan adanya tip ini, bolehlah anda mempraktikkannya selepas makan durian.
BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?
Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian?
Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.
WALAU BAGAIMANAPUN
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian
Walau bagaimanapun sifat ANTIKANSER akan BERKURANG
Selamat Mencuba
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sukan bola sepak itu seharusnya menyatukan bukan memisahkan. Itulah yang sering kita dengar menerusi pelbagai kempen yang dijalankan oleh penganjur kejohanan serta kelab bola sepak di seluruh dunia terutamanya di Eropah.
Walaupun masih wujud masalah diskriminasi perkauman di dalam sukan tersebut namun masih ada sinar positif untuk kita terus melihat ke hadapan. Dengan masyarakat yang kini bersifat lebih global dan bercampur, toleransi menjadi kunci utama kejayaan sesebuah penganjuran sukan.
Salah sebuah kelab yang dipuji ramai dengan sikap terbuka dan toleransi mereka ialah Blackburn Rovers. Juara Liga Perdana Inggeris pada tahun 1995 yang terkenal dengan barisan pemain legenda seperti Alan Shearer, Chris Sutton, Tim Flowers dan Grame Le Saux kini beaksi di liga kedua iaitu EFL.
Terbaru pendekatan kelab ini yang mendapat pujian warganet seluruh dunia ialah menyediakan ruang solat dan juga imam untuk solat Maghrib di stadium mereka. Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, Blackburn Rovers menyatakan mereka peka memahami tuntutan orang Islam yang perlu menunaikan solat Maghrib yang merupakan kewajipan.
Selaras dengan itu, kelab tersebut mengambil keputusan untuk menyediakan ruang khas di Jack Walker Stand sebagai tempat solat berjemaah.
Lebih menarik, solat Maghrib tersebut akan didirikan secara berjemaah yang bakal diimamkan oleh pemegang tiket bermusim, Hafiz Zayd pada jam 8.55 malam waktu tempatan.
“Penyokong beragama Islam yang menghadiri perlawanan di laman sendiri menentang Hartlepool United Rabu ini, kami faham anda perlu menunaikan solat Maghrib pada jam 8:55 malam.
“Sila patuhi arahan daripada petugas kerana kami telah menyediakan ruang solat di Jack Walker Stand.” tambah mereka lagi.
Jelas mereka, Hafiz Zayd adalah seorang peminat mereka dan pemegang tiket bermusim. Selain itu, bilik untuk pelbagai agama di Blackburn End juga terbuka kepada sesiapa dan bukan sahaja melibatkan perlawanan itu.
“Pihak Blackburn Rovers sangat memahami kewajipan solat fardhu terutamanya bagi penyokong (beragama) Islam kami. Mereka juga turut bertanggungjawab dan berbangga kerana dapat menyediakan peruntukan tersebut di Ewood Park”.
Rata-rata komen memuji tindakan yang dilakukan oleh Blackbunr Rovers sama ada peminat mereka sendiri atau peminat kelab lain. Malah warganet berbilang agama turut memuji keterbukaan dan sifat toleransi yang ditunjukkan oleh kelab yang dianggap mereka boleh dijadikan contoh kepada kelab lain.
Ini bukan kali pertama pendekatan ini dilakukan. Pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu juga Blackburn Rovers menjadi kelab bola sepak pertama menganjurkan solat hari rata di United Kingdom.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.