Jom Amalkan Makanan Sihat Dengan Bajet Yang Rendah!

Tidak kira samada anda berbelanja di pasaraya untuk keperluan anda sendiri ataupun anda memberi makan untuk keluarga yang besar, bil tentunya akan meningkat.

Terutamanya jika anda sedang mencuba untuk memberikan menu yang sihat.

Namun masih ada beberapa pilihan lain yang turut menawarkan nutrisi yang lebih banyak tanpa memerlukan bajet yang banyak.

Berikut adalah contoh beberapa makanan yang anda boleh dapati dengan belanja yang sangat murah.

Jom Amalkan Makanan Sihat Dengan Bajet Yang Rendah!

1. Peha Ayam Tanpa Kulit

Ia adalah sumber protein yang baik dan bahan utama untuk hidangan dari jenis bergoreng, sebagai salad mahupun dijadikan stew.

Peha ayam bukan sahaja lebih murah dari dada ayam malah mereka lebih berperisa dan cukup mudah untuk dimasak kerana mereka tidak mudah menjadi kering.

Jom Amalkan Makanan Sihat Dengan Bajet Yang Rendah!

IKLAN

2. Ikan Kod

Ikan sudah pun diketahui ramai kerana memiliki begitu banyak kebaikan untuk kesihatan namun kebanyakannya boleh menyebabkan meningkatnya bil makananbulanan anda.

Ikan kod lebih murah untuk anda ambil kerana ia juga cukup kaya dengan vitamin B12, iodin dan selenium.

Jom Amalkan Makanan Sihat Dengan Bajet Yang Rendah!

3. Sayuran Sejuk Beku

Kebanyakan daripada kita lebih banyak mengutamakan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kita dan cara alternatif yang menjimatkan adalah dengan pilihan sejuk beku.

IKLAN

Ia juga tidak akan ada pembaziran kerana ia boleh dibiarkan beku untuk masa yang lama tidak seperti kebanyakan sayuran segar yang lain.

Jom Amalkan Makanan Sihat Dengan Bajet Yang Rendah!

4. Sumber Kekacang

Ia adalah sumber protein yang murah dan boleh menjadi alternatif yang sesuai untuk anda.

IKLAN

Malah kekacang yang ditinkan ataupun dikeringkan adalah baik untuk jantung anda dengan kajian baru-baru ini mendapati ia juga bagus untuk membantu menurunkan berat badan anda.

Jom Amalkan Makanan Sihat Dengan Bajet Yang Rendah!

5. Telur Ayam

Ada pelbagai sebab untuk anda menggemari telur tidak kira samada ia dibuat telur dadar, direbus ataupun separuh masak.

Ia adalah sumber protein yang berkualiti tinggi dan cukup versatil dan yang paling penting ia adalah murah dan mudah untuk didapati.

 

sumber: lelakisihat.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI