Selepas pertarungan sengit menentang Johan Estupinan baru-baru ini, Jojo tanpa ragu-ragu meminta untuk bertemu sekali lagi dengan lawannya itu.
Walaupun tidak berjaya memenangi pertarungan tersebut, Jojo merasakan perlawanan itu cukup sengit dan bukan kekalahan yang besar buat dirinya.
“Fight tu agak close fight sebab Jojo tak kalah jauh pun sebenarnya. Jojo tahu sebelum masuk fight tu yang memang fight ni susah sebab dia undefeated. Johan Estupinan rasanya 26 atau 27 kali fight undefeated, jadi Jojo memang tahu cabaran besar menanti,” ujar Jojo.
Namun, semangatnya tetap tinggi untuk bangkit dalam pertemuan seterusnya.
“Nak cakap tak konfiden tak jugak, so dalam next fight Jojo akan perbaiki semua aspek. Setiap fight menang atau kalah, Jojo pasti belajar sesuatu at least satu atau dua perkara,” tambahnya lagi.
Menghadapi lawan sekuat Johan Estupinan bukan tugas mudah, tetapi Jojo yakin dengan kemampuan dirinya.
Beliau berazam untuk memperbaiki teknik dan strategi dalam perlawanan seterusnya.
“Dalam next fight, Jojo akan improve on footwork, boxing semuanya Jojo akan perbaiki,” katanya dengan penuh tekad.
Keazaman Jojo untuk bangkit menunjukkan betapa seriusnya beliau dalam dunia pertarungan.
Kelemahan dalam perlawanan terdahulu akan dijadikan pengajaran bagi memastikan prestasinya lebih cemerlang di masa hadapan.
BACA LAGI : Neymar Umum Kepulangan ke Santos
Tekanan sebelum, semasa dan selepas perlawanan adalah sesuatu yang perlu dihadapi oleh setiap atlet.
Bagi Jojo, pegangan agama menjadi faktor utama yang membantunya menghadapi saat-saat sukar.
“Agama lah yang betul-betul tolong sebenarnya. Walaupun Jojo nampak seorang yang bukannya Jojo nak cakap Jojo ni insaf ke, tapi of course agama menolong kita bila betul-betul stress. Jojo just let go, biar Tuhan yang membantu kita,” jelasnya.
Kepercayaan dan keyakinan ini menjadi asas ketenangan Jojo dalam setiap perlawanan.
Dengan sokongan mental yang kukuh dan keazaman tinggi, beliau bersedia untuk kembali ke gelanggang dan membuktikan kemampuannya sekali lagi.
Jojo kini tidak sabar untuk menghadapi pertarungan seterusnya dan peminat pastinya teruja untuk melihat sejauh mana perkembangan serta strategi yang bakal ditampilkan olehnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.