Walaupun namanya terpalit dengan kontroversi hangat bersama bekas isterinya, Johnny Depp dilihat tetap utuh mempertahankan reputasinya sebagai ikon berpengaruh.
Kisah pergolakan rumah tanngganya bersama Amber Heard telah menjadi penghias muka hadapan berita-berita berpengaruh dunia.
Namun keputusan yang memihak kepadanya dalam perbiacaraan tahun lalu sedikti sebanyak telah memulihkan imejnya sebagai seorang selebriti yang dilihat masih mempunyai pengaruh sangat besar dalam dunia lakonan danjuga fesyen.
Bersama Dior yang setia bersamanya, Johnny Depp dilihat sebagai antara wajah jenama tersebut dengan persona cukup ikonik. Dan terbaru, Dior telah dilaporkan menawarkan kontrak kepada Johnny Depp bernilai USD20 juta (RM90 juta) sebagai duta wangian mereka.
Jenama fesyen dan kosmetik mewah dari Perancis tersebut dilihat setia berdiri bersama Johnny Depp ketika dia ‘dilambung’ ombak.
Melihatkan hubungan baik itulah membuatkan Dior tanpa ragu-ragu menandatangani Johnny Depp untuk sebuah kontrak yang cukup besar menandakan kerjasama mereka bagi wangian lelaki. Ia merupakan kontrak yang terbesar pernah dilaporkan seumpamanya.
Memetik Variety, perjanjian tiga tahun itu pada harga lebih daripada USD20 juta, mengatasi perjanjian USD12 juta Robert Pattinson untuk berkhidmat sebagai jurucakap pakatan Dior Homme dan USD7 juta untuk Brad Pitt mempromosikan Chanel No. 5.
Sumber yang biasa dengan industri wangian ini turut mengatakan kebanyakan artis ‘A-lister’ dengan tawaran wangian memperoleh sekitar USD2 juta sehingga USD4 juta setahun seperti Chris Pine di mana kontraknya bersama Armani bernilai $4 juta setahun dalam tempoh tiga tahun.
Johnny Depp, bintang filem siri ‘Pirates of Caribbean’ telah menjadi wajah wangian Dior Sauvage sejak tahun 2015 dengan seleksi kempennya ditampilkan sebagai bintang rock.
Walaupun pernah berdepan tekanan dan gesaan untuk menggugurkan Johnny Depp namun Dior tetap utuh bersamanya sehingga ke hari ini.
BACA: Kalau Bukan Kerana Wanita Ini, Raja Charles III Mungkin Tidak Akan Naik Takhta
Imej dan keboleh pasaran Johnney Depp meningkat secara mendadak tahun lepas selepas keputusan mahkamah tersebut menjadikan wangian tersebut sangat popular di pasaran bukan sahaja Amerika Syarikat tetapi seluruh dunia.
Perjanjian Dior yang cukup besar ini juga dilihat mungkin menjadi pembuka jalan semula bagi Johnny Depp kembali ke filem dari studio utama, yang telah teragak-agak untuk bekerjasama dengannya sebelum ini.