Aktor terkenal John Krasinski dinobatkan sebagai “sexiest man alive” for 2024” oleh sebuah majalah terkemuka, People magazine’s .
Krasinski, yang popular menerusi wataknya sebagai Jim Halpert dalam siri televisyen popular The Office, telah menjadi salah seorang bintang yang paling digemari dalam industri hiburan kerana karismanya yang luar biasa dan bakat lakonan yang mengagumkan.
John Krasinski bukan sahaja terkenal dengan penampilannya yang tampan dan kacak, tetapi juga dengan personaliti yang mesra dan kemahiran lakonannya yang berbakat.
Dengan ketinggian dan bentuk fizikal yang tegap serta gaya yang kemas, Krasinski telah menambat hati ramai peminat di seluruh dunia. Sebagai seorang pelakon, pengarah, dan penerbit, beliau sentiasa menunjukkan ketekunan dan dedikasi yang tinggi dalam setiap peranan yang diambilnya, sekali gus menjadikan beliau sebagai salah seorang selebriti yang dihormati dan diidamkan.
Peminat di media sosial turut menyatakan rasa gembira mereka dengan pengiktirafan yang diberikan kepada Krasinski. Peminat menyatakan bahawa gelaran ini amat layak untuknya, memandangkan beliau bukan sahaja berbakat dalam lakonan, tetapi juga seorang suami yang penyayang kepada isterinya, pelakon Emily Blunt, dan seorang ayah yang penyayang kepada dua anak perempuan mereka.
Ads
Dalam temuramah, Krasinski menyatakan rasa terharunya dan menghargai sokongan yang tidak putus daripada para peminat. Gelaran “sexiest man alive” for 2024” ini pastinya menjadi salah satu momen yang membanggakan dalam kerjaya cemerlang John Krasinski, yang akan terus memberi inspirasi dan hiburan kepada peminatnya di seluruh dunia.
Berikut adalah lima fakta menarik tentang John Krasinski:
Pengarah dan Pelakon Berbakat
Selain sebagai pelakon, John Krasinski juga berbakat dalam bidang pengarahan dan penulisan. Filem seram A Quiet Place yang diarahkannya pada 2018 mendapat pujian kritis dan komersial. Menariknya, dalam filem ini, beliau turut berlakon bersama isterinya, Emily Blunt. A Quiet Place bahkan mendapat sambutan luar biasa sehingga menghasilkan sekuel pada 2021.
Popular di “The Office”
Sebelum mencapai kemasyhuran sebagai Jim Halpert dalam siri televisyen terkenal The Office, Krasinski pernah melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk menjadi pelayan restoran. Beliau bekerja keras untuk mencipta nama dalam industri hiburan dan akhirnya berjaya mendapatkan watak yang mengubah kehidupannya itu pada tahun 2005.
Ads
Sahabat Rapat Chris Evans
John Krasinski dan Chris Evans, yang terkenal sebagai Captain America dalam Marvel Cinematic Universe, adalah sahabat rapat. Mereka berdua berasal dari Boston dan mempunyai latar belakang yang sama sebagai anak seni yang bermula dari bawah sebelum mencapai kemasyhuran di Hollywood. Mereka sering berkongsi detik-detik persahabatan mereka, terutama dalam acara-acara besar.
Hampir Menjadi Captain America
Sebelum watak Captain America diberikan kepada Chris Evans, John Krasinski sebenarnya turut menjalani ujian uji bakat untuk watak tersebut. Namun, beliau akhirnya menarik diri kerana merasakan Evans lebih sesuai. Meskipun tidak terpilih, Krasinski tidak pernah menyesali keputusan tersebut dan tetap menyokong sahabatnya yang berjaya membawakan watak itu dengan baik.
Ads
Mengusahakan Program Komedi Kemanusiaan
Semasa pandemik COVID-19, John Krasinski melancarkan saluran YouTube bernama Some Good News, sebuah rancangan komedi yang berfokuskan pada berita-berita positif untuk menaikkan semangat orang ramai. Program ini mendapat sambutan hangat dan menyentuh hati ramai kerana memaparkan kisah-kisah inspirasi di seluruh dunia. Projek ini memperlihatkan sisi kemanusiaan Krasinski yang prihatin terhadap masyarakat, terutama dalam masa-masa sukar.
Mempunyai kerjaya sebagai penjaga panda di Zoo Negara merupakan satu perkara yang cukup unik dan hanya beberapa orang sahaja di dunia berpeluang melakukannya.
Amanah yang diberikan kepada penjaga panda di Zoo Negara, Akmal Hadi Samsuddin dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan terbaik kepada dua panda gergasi yang menjadi salah satu tarikan utama zoo tersebut.
Ikatan unik telah terjalin di antaranya dan dua ekor panda gergasi tersebut kini telah berjaya melintasi sempadan antarabangsa dan menawan hati rakyat China. Akmal dilihat oleh warganet China sebagai seorang penjaga panda yang cukup berdedikasi.
Malah dia dianggap sebagai individu penting buat dua panda tersebut yang bernama Feng Yi dan Fu Wa. Kedua-dua ekor panda tersebut merupakan panda yang dipinjamkan oleh kerajaan China kepada negara kita. Mereka tiba di Malaysia pada tahun 2014.
HAIWAN SENSITIF
“Panda merupakan satu haiwan yang sangat sensitif, dan ia juga haiwan yang datang atas dasar perhabatan di antara Malaysia dan China.
“Sebelum ketibaan mereka, team kami termasuklah saya ada pergi buat sesi suai kenal. Kami jalani latihan di Panda Base terletak di Chengdu. Di mana kali pertama saya tengok Feng Yi dan Fu Wah di situ,” jelas Akmal dalam satu temu bual bersama CNA Insider.
Perkembangan semasa Akmal dan dua panda tersebut sering dikuti rapat oleh rakyat China. Bahkan dia turut mendapat gelaran mesra “nai pa” atau “nanny daddy” dari oleh warganet China kerana komitmen luar biasanya. Malah kemesraan dan keikhlasannya menjaga panda tersebut berjaya membuatkan mereka berasa terharu.
Kisah Akmal dan panda di Zoo Negara bukan sekadar tentang penjagaan haiwan; ia adalah cerita pertukaran budaya, diplomasi dan hubungan emosi yang dalam. Panda merupakan sejenis haiwan yang cukup dikenali dengan kesukaran untuk menjaga mereka.
Apatah lagi untuk membiakkan mereka di dalam kawasan seperti zoo. Namun itulah yang berjaya dilakukan oleh Akmal dan juga kakitangan zoo negara. mereka untuk berkembang biak dalam tawanan, namun di bawah jagaan Akmal, Zoo Negara telah mencapai kejayaan yang luar biasa.
Sejak dijaga di Zoo Negara, pasangan panda ini berjaya menghasilkan tiga ekor anak panda dalam tempoh enam tahun. Ia satu pencapaian yang luar biasa, malah dianggap yang terbaik di dunia oleh kerajaan China sendiri.
Kejayaan ini menjadi bukti kerja keras yang ditunjukkan oleh Akmal dan pasukan Zoo Negara dalam memberikan penjagaan serta keselesaan yang terbaik sehingga membolehkan tiga anak panda dilahirkan di sini.
“Kerajaan negara China sendiri terkejut – setiap dua tahun Feng Yi mengandung. Mereka cukup berterima kasih kepada Malaysia terutamanya Zoo Negara dan panda team yang bertungkus lumus selama ini,” tambahnya lagi.
Anak-anak panda ini kemudian dipulangkan ke China selepas dua tahun mengikut perjanjian yang telah dimeterai. Anak panda pertama yang dihantar pulang ialah Nuan Nuan pada tahun 2017.
Akmal juga melahirkan rasa terharu kerana dihargai terutamanya dari pengunjung negara China ke Zoo Negara. Dia berharap kontrak penjagaan panda ini disambung dan hubungan diplomatik kedua negara ini bertambah mekar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Buat anda yang sudah bekerja pasti pernah berdepan dengan seribu satu kerisauan selepas tamat belajar bukan?
Itulah tempoh di mana hala tuju hidup anda melangkah ke alam dewasa bermula. Titil di mana anda perlu berdikari mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dan masa depan.
Tapi pada zaman sekarang mendapat kerja seperti yang diidamkan bukanlah satu perkara mudah. Mendapat kerja yang baik ini bergantung kepada banyak faktor. Antaranya persembahan ketika temuduga, pencapaian akademik, kepetahan bercakap, personaliti menarik dan banyak lagi.
Ramai juga yang terpaksa menganggur dalam tempoh yang lama kerana tak dapat cari kerja. Tapi bukan itu pilihan kepada jejaka ini yang dikenali dengan nama Azmil.
Dia yang baru menamatkan pengajian dan belum ada kerja tetap memilih untuk menjadi seorang penghibur sebagai badut.
Menerusi perkongsian yang tular di Twitter, Azmil berkongsi tentang usahanya untuk mencari wang untuk diri sendiri dan sedikit sebanyak membantu keluarganya.
Sebagai seorang graduan yang baru tamat pengajian pendekatan yang diambil oleh Azmil ternyata mendapat pujian daripada ramai warganet nak memuat naik ciapan balas perkongsian tersebut.
Semua dapat balloons yg dyorg nak hehe, mula2 mcm takot bila dah ajak borak buat lawak mereka tak takot siap mintak pokok pisang kau ? jem kepala. pic.twitter.com/aDcdQom1uh
Azmil yang menggunakan tweethandle @MurahRezekiMil ini merupakan graduan dalam bidang Pengrusuan Industri yang bergiat secara aktif menawarkan pelbagai servis selain badut seperti pertunjukan silap mata, membuat belon dan apa sahaja bentuk permainan yang sesuai untuk parti terutamanya bagi majlis meraikan kanak-kanak.
Bergerak bersama grup atau syarikat Clownbadut Entertainment, Azmil turut berkongsi sedikit pengalamannya ketika melayan kanak-kanak.
MASKULIN cukup kagum serta terinspirasi dengan usaha yang ditunjukkan oleh Azmil yang mampu berdikarid an mencari duit sendiri walaupun dalam bidang jauh berbeza yang dipelajarinya di universiti
Jika anda berminat dan ingin menyokong anak muda ini untuk berjaya dalam kerjayanya bolehlah hubungi Azmil menerusi Twitter atau Instagram milikinya.
Syabas buat Azmil yang tidak pernah jemu bekerja keras demi mencari rezeki. Siapa kata graduan tak boleh jadi badut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan!
Setiap kali munculnya penuh keberkatan bulan Ramadan, kita pastinya sudah tidak asing lagi dengan iklan buah kurma dengan bisikan ‘Yusuf Taiyoob’. Sama ada di corong radio mahu pun di televisyen ia satu iklan yang cukup sinonim dengan umat Islam di Malaysia.
Namun pernahkah anda tertanya siapakah insan yang dibisikkan bernama Yusof Taiyoob tersebut?
Buat anda yang masih belum mengenali figura ahli perniagaan cukup berjaya ini, beliau ialah Dato’ Seri Yusuf Taiyoob, pengasas syarikat pengeluar kurma Malaysia, Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
Dilahirkan pada 23 Disember 1958 di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Menariknya, ahli perniagaan yang cukup berpengaruh ini mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perubatan.
Dia mendapat pendidikan tinggi di India namun memilih untuk berhenti demi menguruskan perniagaan sendiri. Pengenalan dunia perniagaannya tidak terus bermula dengan berdagang buah kurma.
Pada usia 19 tahun beliau berjinak-jinak dengan berniaga menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menerusi jenama Perfume of Penang. Pada mulanya perniagaannya berkembang dengan baik sehinggalah dia terpaksa berpindah.
Berikut 10 fakta menarik tentang ‘Raja Kurma’ yang mampu memberikan inspirasi buat kita semua.
1.
Perniagaannya menjual minyak wangi seperti dinyatakan di aras tidak kekal lama.
2.
Berdepan tekanan akibat kegagalan perniagaan pertama sehingga mengalami muntah darah walaupun di usia seawal 19 tahun.
3.
Beliau bangkit membangunkan perniagaan sendiri semula dengan produk kosmetik menerusi syarikatnya Yusuf Cosmetic pada 1979. Namun perniagaan ini juga tidak bertahan lama dengan hanya dua tahun sahaja.
4.
Pada tahun 1988 beliau bangkit sekali lagi. Kali ini dengan menubuhkan syarikat yang kini cukup dikenali ramai Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
5.
Dipercayai sehingga kini beliau membekalkan kira-kira 30 jenis kurma dan lebih 100 produk makanan ke seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
6.
Jenis kurma Yusuf Taiyoob yang paling popular iaitu Waseem, Safiya dan Safina. Kesemua nama tersebut berasal dari nama anak-anak beliau.
7.
Kilang Yusuf Taiyoob terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, tempat yang sangat strategik, berada di tepi Lebuhraya PLUS.
8.
Beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang perniagaan.
9.
Strategi iklan bisikan ‘Yusof Taiyoob’ merupakan antara yang terbaik pernah dilakukan oleh ahli perniagaan di Malaysia.
10.
Beliau mendapat gelaran Datuk pada tahun 2002.
Kejayaan yang dikecapi beliau tidaklah datang bergolek. Walaupun pernah berdepan kegagalan namun ia tidak pernah melunturkan semangat juang beliau untuk terus berusaha hingga mencapai kejayaan.
Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat anda terutamanya yang mungkin baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.
Fasa Trying to Conceive (TTC), iaitu usaha untuk mendapatkan zuriat, bukan sahaja memerlukan kesihatan wanita yang baik tetapi juga kesihatan lelaki.Ramai yang tak sedar...