John Cena Buktikan Yang Lelaki Berusia 40 Tahun Ke Atas Pun Boleh Angkat 227kg Besi

Share

 

Ahli gusti paling terkenal abad ini John Cena telah menyambut hari jadinya di Gym! Cina yang telah memuatnaik videonya mengangkat berat menjadi bualan peminat yang menyangkakan Cena akan menyambut hari jadinya di pusat hiburan ataupun makan malam istimewa seperti orang lain.

 

Ahil gusti WWE yang juga seorang pelakon itu telah membuktikan kepada umum yang usia 40an hanya sekadar nombor. Anda dapat saksikan dalam video tersebut, beliau mengangkat berat sebanyak 160 kilogram tanpa sebarang masalah.

Selain daripada itu, dalam video lain di laman Instagramnya, dia juga turut ber deadlift sebanyak 500 pound.  Walaupun sedih dengan perpecahan antara dirinya dan pemain gusti WWE Nikki Bella, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bemain di gym. Menerusi quote di laman Instagramnya, dia menyebut gym membantu seseorang untuk terus berjuang dan tidak berputus asa. Ia sebagai pusat pemulihan untuk para gusti untuk teruskan perjuangan walau apa keadaan sekalipun. Dia turut menjadikan The Rock Dwayne Johnson sebagai role model untuk teruskan perjuagan walaupun tidak aktif sebagai ahli gusti professional lagi.

Betullah kata orang, jika kita terlalu minat dalam sesuatu perkara, pada hari jadi kita pun, masih lagi kita memilih tempat itu. Semangat John Cena ni sebenarnya harus diterapkan dalam semua abang-abang sado diluar sana. Selamat hari jadi John Cena!

Published by
Maiya Deen